Khamis, 28 April 2011

tulisan 25 : aurat..apa kah itu?



Tahu kah anda definisi aurat? Yaa anda la..tengok-tengok belakang pulak..

Tahu? Tak Tahu?Tahu ka tak ni?

Eh..Malu-malu pulak..Lempang kang..

Aurat berasal daripada kalimah Arab iaitu "'awr" yang bermaksud sesuatu yang kurang, aib dan keji.

Ini pulak definisi aurat dari encik wiki

"Aurat (Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis." 

Kita tengok pada definisi kat atas. Simple saja kan tapi dah cukup untuk memberi kefahaman yang jelas.

WAJIB menutup aurat..W.......A.............J............I.............B............WAJIB...

Apa yang kita tak faham tentang wajib? Wajib adalah sesuatu yang kita mesti buat dan tiada alasan untuk mengelat. En. wiki pun ada sebut kewajipan menutup aurat ini adalah berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith. Jelas ia suruhan dari Sang Pencipta yakni Allah S.W.T.

" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"
~Surah Al-A'raf : 26~


Kita ni lah anak-anak Adam itu. Kalau tak mau mengaku jugak tu bole dah  pi cek kat klinik haiwan kalau saket *bukan manusia la hampa.haha*. Jelas ayat di atas menerangkan kewajipan menutup aurat sebagai tanda taqwa kita kepada Allah dan orang-orang yang gagal menutup aurat adalah orang yang rugi serta tidak mensyukuri nikmatNya. Allah dah bagi kita bahan-bahan yang cukup untuk membuat pakaian tetapi penulis  tengok kita ni sekarang makin lama makin tak cukup kain ja. Isu aurat ni rasanya dah selalu sangat di bicarakan kat mana-mana sahaja. Tapikan penulis rasa ia sangat perlu memandangkan keadaan zaman sekarang yang jelas di mana kita menganggapnya remeh dan tak lagi mempraktikkan apa yang kita tahu. Kalau ada subjek aurat ni kat sekolah atau universiti, pelajarnya mesti perform ujian teori tapi kurang pada praktikal nya.




Banyak hikmahnya menutup aurat ni. Bukan sekadar pakai tudung saja. Antaranya adalah sebagai lambang keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kalau kita betol beriman dan bertaqwa, kita mestilah patuh dengan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya kan. Hikmah lain pulak adalah dapat mengelakkan diri daripada golongan yang berniat jahat. Kalau dah pakai pakaian yang menarik tertarik kau memang de bom, mana tak tertarik kaum yang berlawanan jenis tu *kebaboom depa mai*. Kewajipan menutup aurat juga adalah sebagai pembezaan antara muslim dan non-muslim. Mungkin untuk lelaki tak jelas perbezaan tapi untuk perempuan memang terang bagaikan lampu kapal dah. Ternyata Islam punya identiti nya tersendiri.

Dah cukup cantik dan manis dah kalau perempuan itu bertudung menutup rambut lengkap. Di tambah pula dengan pakaian labuh yang kemas. Tak perlu pun ketat sana ketat sini. Bagi lelaki pun, aurat amat penting kerana kita jugak memiliki bahagian tubuh yang wajib ditutup. Apa bahagian-bahagiannya?

LELAKI - antara pusat dan lutut

PEREMPUAN - seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan

Bila dah tahu bahagian-bahagian yang perlu ditutup, datang pulak masalah lain.

Pakaian yang dipakai dah tutup dah apa yang patot tapi..

Tapi..

Tapi..

Apa yang berketoi-ketoi tuh? Lemak ka? Awat ketat sangat tuh baju.

Haaa. Ni la masalah nya. Dah bertudung tapi tak cukup labuh atau terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Tak cantek la begitu. Aurat perlu ditutup sampai tak dapat di kesan oleh mata. Untuk perempuan, pakaian yang paling afdal adalah

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher tangan, kaki dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.


Penulis suka petikan daripada penulisan Ustaz Zaharuddin di www.zaharuddin.net yang berjudul 'Aurat : Apa sudah jadi?'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya sebab nak nampak cantek, sanggup tubuh ditayang-tayang sana-sini. Ish3~

Memang tak mudah untuk terus sempurna dalam berpakaian. Pelan-pelan kayuh. InsyaAllah bila niat itu ada dan dizahirkan dengan usaha, Allah akan bantu kita. Yang jadik masalah selalunya pemahaman kita yang sering merasakan pemakaian tudung adalah adat semata. Tak takot kah dengan balasan Nya?

Tahu tak apa balasannya bagi orang-orang yang tak menutup aurat?

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya it : (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam) : (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung keapda perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
~Riwayat Muslim~

Nauzubillah. Mintak jauh la kan. Matlamat hidup kita bukan untuk dunia, bukan untuk manusia lain, tapi untuk akhirat. 

Oh.Dah azan subuh. Kejap lagi ada test dan petang pulak ada project presentation. Sempat pulak menulis kan. Haha. 


si Irene pun da pandai pakai tudung 

Diharap tulisan kali ini dapat membantu walau sedikit. Kita boleh berubah kan dan perubahan ke arah kebaikan adalah yang terbaik. Betoi tak? Never say never bak kata Justin Bibir *haha*. Beruntunglah bagi mereka yang sedar dan rugilah bagi mereka yang leka. Peringatan buat penulis sendiri.





Ahad, 24 April 2011

tulisan 24 : pelajar dipukul mati (the other story)

Petikan pendek dari akhbar Harian Metro *penulis potong-potong sket*


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

------

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Berita penuh kat sini.

Penulis yakin ramai dah tahu tentang kisah ni. Kisah yang agak menggemparkan Malaysia. Yalah, pelajar di pukul sampai mati oleh gurunya sendiri. Ustaz pulak tuh. Budak tu pulak kecik lagi. Memang ramailah makcik-makcik, pakcik-pakcik dan rakyat Malaysia seangkatan yang marah, mengutuk-ngutuk dan mengeji perbuatan guru tersebut.

Tapi kan.

Tapi..

Tetapilah

Pernah tak anda terfikir walau sekejap pun, sekejapp jaa..



" Betoi ka tak laporan berita ni?eh..canteknya rama-rama tuh"

Pernah tak? Pernah? *rama-rama tu takdak kaitan okeh*

Haa..memanglah kita tak kan tau pun apa cerita sebenar di sebalik kejadian ni. Selalunya yang kita baca kat paper, yang tu la yang kita percaya kan. Biasa la manusia. Sebab tu la penulis nak menyelit sikit cerita lagi satu pasal kejadian ni.. Source nya dari sini. Kesahihannya penulis tak pasti tapi kita kenala pasang telinga dan dengar jugak cerita dari pihak lagi satu kan kan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangarpada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat".
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad."
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. " dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia" cerita abang zamri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Begitulah kisahnya. Penulis copy paste bahagian yang penulis rasa penting. Kalau nak baca yang full bole singgah ke link kat atas tadi. 

Siapa yang betol? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Cuma kita ni janganlah cepat sangat percaya dengan media zaman sekarang. Pom Pang Pom Pang depa bagitau orang tapi hakikat nya cuma pot pet pot pet ja *analogi rekaan yang amat buruk*. Memburuk-burukkan orang dah jadik satu trend untuk mendapat populariti bagi sebahagian pihak. UTP sendiri pun pernah kena tahu. 

Baca, nilai dan cari kebenaran dulu sebelum percaya okeh!!





Rabu, 20 April 2011

tulisan 23 : ada apa dengan cuti?

Jangan disebut tentang 'cuti'..Memang sesapa pun kalau dah dengar perkataan tuh, tersenyum-senyum suka hati lah..Senyum tu kalau dapatla..Kalau tak dapat..Alamat muka tuh saling tak tumpah macam zombi.

Hari ni 19 April 2011 *semalam la kiranya* semua penduduk negeri Perak boleh lah tersenyum gembira *tengah senyumm nii*

ntah gambaq sapa penulis sebat..tapi lebih kurang macam ni la pnulis senyum 40 taun lagi.pacik hensem!!
Sebab apa?? Sebab apa??Haa....

Birthday Sultan Perak daa..
Alhamdulillah tahun ni Sultan Azlan Muhibuddin Shah a.k.a Sultan Perak telah mencapai umur 83 tahun *wowww*. Ni gamba baginda yang paling kacak penulis jumpa

sungguh kacakkk!!Daulat Tuanku!!
Satu lagi..satu lagi...

ini pun kacakk

Panjang betoi umoq Sultan Perak kita ni kan..
Penulis? Wallahualam~ Sayur pun tak makan..Macam mana nak idop lama.haih~

Sebenarnya..Dalam-dalam tengah bercuti ni, penulis pun terpikir jugak lah kalau di Malaysia, kita ni dapat cuti bila ada birthday Sultan ataupun menang Suzuki Cup *hahah* dan lain-lain lah kan. Macam mana la pulak cuti-cuti di negara-negara lain?? Depa takdak Sultan macam kita. Cuti apa yang depa dapat?

Lalu penulis pun google la sat tengok-tengok apa festival-festival yang diraikan kat luar sana. 

Dan hasilnya...


1. Baby-Jumping Festival

Mak oiiiii!!!
Fuhh..festival yang di beri nama Corpus Christi ni berlaku di perkampungan Castrillo de Murcia, Spain. Bayi-bayi yang cute mute ni depa letak kat atas tilam dan si pelompat tuh memakai baju ala-ala devil lalu lompatlah beliau atas bayi-bayi tuh. Upacara ini bertujuan untuk membuang kejahatan dan menyucikan diri bayi-bayi tersebut spiritually serta memberi tuah. Memang bertuah la kan kalau tak lepas lompat tuh. Apa punya turrr!!! 


2. Food-Throwing Festival

Fire in the hole!!
Haa..untuk insan-insan yang makan tak habes dan suka membuang makanan, festival ni memang kenalah dengan hampa.haha..Festival food war ni memang selalu sangat dah kita dengaq kan..Ia agak popular di Spain dan Italy. Ada yang baling tomato la..buah oren la..Membazir btoi!! Sedih tengok buah-buah tuh..Makan lagi sodapp~


3. Naked Festival

*No picture*

Haha. Festival Hadaka Matsuri berlaku di negara matahari terbit di mana beribu-ribu manusia tanpa segan silu bermarathon di jalan-jalan raya hanya dengan seciput kain menutup bahagian-bahagian penting *sebab tu tak letak gamba*. Dengan suhu rendah yang bole menggigilkan diri, mereka tetap berlari *yalah..da sejokk.lari laaa.haha*.


4. Near-Death Experience Festival

Nak mati sangat kot
Fiesta de Santa Marta de Ribarteme ni jugak berlaku di Spain *banyak btoi la hampa ni* dekat sebuah perkampungan kecil Las Nieves. Festival ni meraikan insan-insan yang telah melalui detik-detik hampir mati dan berjaya hidup untuk menceritakan kepada orang ramai. Santa Marta de Ribarteme adalah nama seorang paderi yang disegani suatu ketika dahulu. Ketika festival berlangsung, insan tersebut akan di papah di dalam sebuah keranda dan dibawa ke kubur-kubur serta church. *Awat tak tanam teruih ja..alang-alang kan.haha*


5. Color-Throwing Festival

Lempaq!!Lempaq!!
Tu diaa..Kalerful!! Ni la satu-satunya festival orang Hindu di mana mereka tak dressing bling-bling caca merba. Sebaliknya, mereka pakai baju paling lama dan paling lusuh untuk festival yang diberi nama Holi. Depa seronok bermain dengan serbuk warna-warni. Lempaq sana. Lempaq sini. Serbuk tu dipanggil gulal. Memang meriah la nohh~


6. Monkey Buffet Festival

Hahaha..makan budak!!makan budak!!
Kalau kat utp, menatang ni memang jangan harap lah bebudak nak bagi makan. Satgi depa mai balek jenuh. Tapi dekat Thailand, nahhh..buffet depa bagi kat monyet-monyet. Pesta makanan ni adalah sempena menghormati Hanuman, Tuhan Monyet mereka. Festival ni pun dah semakin popular dan menjadi antara tarikan pelancong di Thailand. Boleh la lepas ni tunjuk gambaq ni kat monyet-monyet utp. Biaq depa jelez. Haha~


7. Crying Baby Festival

Penulis pun bole nangis ni..wuwuwu~


T.T..Memang menangis la baby-baby kalo nampak giant-giant ni. Festival Konaki Sumo yang berlaku di Jepun ni agak unik di mana bayi-bayi comel akan beradu siapa yang menangis dahulu *bole pulak macam tu kan*. Mengapa ada festival begini? Haa...Sebab ada pepatah orang-orang Jepun yang bermaksud 'Bayi yang menangis akan cepat membesar'. *Brader-brader sumo ni mesti hati banyak taman*. Selain itu, tangisan mereka juga menandakan doa semoga bayi sentiasa sihat.


8. Coming of Age Day

Awat nampak tua ja depa ni


Yang ni pulak tradisi dari Jepun. Tujuan wujudnya hari ni adalah untuk meraikan remaja-remaja mereka yang dah mencecah umur 20 tahun dan membantu mereka mengenal erti menjadi dewasa. Ia diadakan setiap hari Isnin pada minggu kedua bulan Januari. Kalau kat Malaysia, dah masok umur 20 tahun mula la resah bila nak kawen. Gatai meghela. Btoi x? Haha~


9. National Snowman Burning Day

Takziah diucapkan kepada pacik salji.Sobs..


Haih. Kita punyala tunggu bila Malaysia nak turun salji nak maen buat snowman ni, depa boleh pulak pi bakoo jee. Bila musim panas da menjelma, mereka akan membakar snowman sebagai tanda meraikan pemergian musim sejuk dan menyambut kedatangan musim bunga atau panas. Mula di lakukan di Switzerland tetapi sekarang sudah diterima di kawasan Amerika Syarikat. *syok oo saljii*


10. Napping Day

Keroihh..keruihhh...zzZZZzzz
Oh sedapnya kalau ada holiday ini. Menurut Professor William Anthony dari Boston University dan isterinya, Daylight Saving Time mampu memberi kesan buruk pada kesihatan badan. Jadi, cara terbaik adalah untuk tidooo!! Memang ramai lah yang meraikan hari ni. Malang Malaysia takdak Daylight Saving. Tapi siang pun tidoq jugak. Tak payah Napping Day ni. Every day is napping day.


11. Hug Your Cat Day

Adoi..comel btoi kucing ni
Bagi para peminat kucing seluruh dunia *angkat tangan!!*, tanggal 13 May merupakan hari memeluk kucing sedunia. Kucing pun nak dipeluk jugak. Peluk tiap-tiap hari pun bagos.


12. Lost Sock Memorial Day

Stokin pun ada memorial day.Haha


Anda hilang stokin? Sebelah tak jumpa? Haaa. Pada 9 Mei, sesiapa yang kehilangan stokin kaler pink ka ada polkadot dot ka kaler apa-apa lah boleh la memperingati kenangan anda bersamanya. Kehilangan sebelah stokin amatlah dirasai dan ia memerit kan. Alang-alang tu biar lah hilang dua-dua belah kan.


Jadi itu saja lah cuti-cuti pelik yang dapat penulis cecita kan kat sini. Banyak lagi sebenarnya. Banyak sangat. Tak larat nak letak semua. Kalau ada sahabat-sahabat yang kat luar negara tuh yang nak share pun boleh. Kot-kot la ada pengalaman baling buah durian ramai-ramai ka. Apa-apa pun, yang penting bila cuti tuh, pandai-pandai la guna. Nak terjun longkang ka, makan ulat ka, gelak tak berenti ka suka hati hampa la. Janji selamat dan bahagia~






Sabtu, 16 April 2011

tulisan 22 : video teater 'JERIT'

Dalam tulisan 20 lepas, penulis ada memberitahu yang penulis bersama kumpulan nasyid Insaff dan band Morven turut serta memeriahkan persembahan teater 'JERIT' anjuran TTS. Video-video nya ada di facebook penulis tapi untuk memudahkan pembaca blog ni, penulis letak jugak kat sini.

Damai - Insaff (Cover)


Damai Yang Hilang - Insaff (Cover)


Taqwa - Insaff feat. Morven (Cover)


Stand Up for Gaza - Morven feat. Insaff (Cover)

Di sini jugak penulis letak kan short video clip yang dihasilkan selepas tamat program teater 'JERIT'. Nice video made by Watch Dolly.

JERIT! Jilid 1 : Untukmu Palestin by Tronoh Theatre Shop



Jumaat, 15 April 2011

tulisan 21 : muhasabah cinta


I need time
I need it badly
But He who created time had made it so perfect,
Perfect as nothing can change it,
I am the one who should change myself,
As time will not wait, never will..

Realizing the certainty of death,
Realizing the certainty of afterlife,
Realizing the certainty of heaven,
Realizing the certainty.........................of hell..

Ignorance still seeds in me
Growing and growing nonstop
Sin rides me..
Stupidity wears me..
Weak.................that is me..

He gives everything to me..
Life................Chances................Choices..
And will continue giving..

What did I give in return?
What??

Till that day..
The day when I will be given nothing..
Only me with all my deeds to answer Him..


Lailahaillah...Lailahaillah...
Lailahaillah...Lailahaillah...
Lailahaillah...Lailahaillah...
Lailahaillah...Lailahaillah...

Taqwa - Opick


Where's my love for Him?
Where is it?
How does it feels when the person you love ignores you?
Hurt that is...He must be feeling that most of the time..
Oh Allah..Ya Allah..Ya Rabbi..

Ya Allahu Ya Rabbi..
Ya Allahu Ya Rabbi..
Ya Allahu Ya Rabbi..
Ya Allah..

Ya Allah - Wali Band


Please forgive me..
For my sin..
For my stupidity..
For my ignorance..
For my weaknesses..
Please forgive me..


Accept my doa..
Give me strength..
Awake me..

Love is just for You Ya Rabbi..no other than You Ya Allah my creator...

And I shall find it..the true love that is~ this is my muhasabah cinta...





Selasa, 12 April 2011

tulisan 20 : teater 'JERIT' Jilid 1 : Untukmu Palestin

Teater 'JERIT' lakonan pelajar-pelajar UTP dari Tronoh Theatre Shop baru saja berlangsung di dewan serbaguna UTP pada malam 9 dan 10 April 2011 lepas.

tenaga kerja teater 'JERIT'
Alhamdulillah, memang tak pernah mengecewakan persembahan teater mereka *sekali pun tak pernah!!* yang dalam masa yang sama menimbulkan kesedaran para penonton tentang keadaan zaman sekarang yang porak poranda dan kacau bilau bila mana manusia lupakan diri.

Di pendekkan cerita, teater 'JERIT' ini memaparkan Kak Ros yang sudah tua yang mengenangkan kembali zaman mudanya ketika mana kehidupannya digelumangi dengan dosa. Kak Ros menceritakan kisahnya pada cucunya dan seorang ibu serta anak kecil yang kebetulan berhampiran di sebuah taman. Kak Ros dahulunya adalah seorang mak ayam *bukan tokey ayam ya* yang femes serta memiliki berbagai-bagai jenis ayam *ayam bermacam ayam*. Ketika zaman jahililiahnya itu, bisnes Kak Ros banyak di bantu oleh pelanggan tetapnya iaitu seorang jutawan yang diberi nama Datuk Baha. Biasala kan. Kalau jutawan ni memang kuat bagi rasuah la kalau tengok drama-drama kat tv. Habes dirasuahnya polis-polis yang datang nak buat rush. Si Datuk Baha ni pulak mempunyai seorang personal assistant iaitu Hamas yang memiliki personaliti suci dan lurus *watak kena buli la senang cita*. Kesucian si Hamas ni terserlah apabila Tikah, anak saudara Kak Ros di kacau oleh geng-geng mat rempit. Hamas tanpa segan silu datang mencelah untuk mempertahankan Tikah. Namun, disebabkan kekurangan kegagahan si Hamas, Tikah tetap jugak dirogol oleh syaitan-syaitan rempit tuh. Teater di sambung dengan Kak Ros menjadikan Tikah ayam barunya dan si mat-mat rempit, Kak Ros serta Datuk Baha bersuka ria berseronok beramai-ramai. Tiba-tiba, dalam mereka sedang lalai dengan syurga masing-masing, datang tentera-tentera asing menyerang mereka dan menjadikan mereka tebusan selama satu hari di sebuah gua. Di dalam gua itu, fikiran mereka mula berkecamuk memikirkan kematian yang mendatang. Datuk Baha masih memikirkan untuk merasuah tentera-tentera itu. Si mat rempit mahu melawan tapi tiada senjata. Si Hamas sahaja yang bijak memikirkan jalan keluar. Bergaduh-gaduh lah mereka mencari penyebab mereka di gua itu. Jari ditunding kearah satu sama lain. Dalam kekecohan itu, tentera-tentera tadi lantas datang membunuh mereka satu persatu. Yang berjaya melepas kan diri hanyalah si Hamas dan Kak Ros yang sempat sedarkan diri dari pergaduhan tadi. Begitulah berakhirnya kisah Kak Ros. Dia teringat kerana ternampak seorang pemuda kaya yang bersifat hampir serupa dengan Datuk Baha. Itulah sedikit sebanyak jalan cerita teater 'JERIT' yang penulis ingat *macam tak pendek ja cerita ni.haha*. Rugi ooo tak dapat tengok.


Kak Ros dan cucunya yang berhampiran dengan seorang ibu serta anak kecil
salah satu scene dalam gua *Datuk Baha dan Tikah*
Teater 'JERIT" juga diselangi dengan beberapa buah cover song yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Insaff dan band Morven dari UTP sendiri. Lagu-lagu yang dipersembahkan adalah Damai (Nowseeheart), Damai Yang Hilang (Nowseeheart), The Gift (Seether), Taqwa (Opick), Stand Up for Gaza (Mu'adz) dan We Will Not Go Down for Gaza (Michael Heart). Lagu-lagu ini di nyanyikan berdasarkan babak-babak yang dilakonkan. Memang kena lah. Sangat best perform dua malam tuh *walaupun malam first suara pecah.sob3~*.

Kolaborasi Insaff dan Morven *macam gamba lama ja ni.haha*
Untuk pengetahuan semua, tiket masok iaitu RM5 per entry akan didermakan sepenuhnya ke tabung Aqsa Syarif yang kemudian akan disalurkan ke saudara-saudara kita di Palestin. Alhamdulillah kedua-dua malam mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelajar dari luar UTP jugak datang menyaksikan teater 'JERIT'. Seronok dapat bernyanyi sambil beramal. Bila ikhlas insyaAllah hati tenang. Betoi tak?

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya."
~ Al-Zalzalah : 7~

Khamis, 7 April 2011

tulisan 19 : kisah seorang pakcik

Lokasi : KFC Pendang, Utara Malaysia di mana manusia menggunakan loghat utara sebagai lingua franca

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak pasti kisah kat atas ni btoi-btoi atau pun rekaan..

Tapi yang pastinya..

I LAP U lah pakcik!! Haha.. Selamba btoi!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...