Ahad, 27 Februari 2011

tulisan 5 : final year VS last year

Tengah-tengah leka meneroka external hard disk yg da lama x diteroka sebab nak buang file-file lama, terjumpa pulak timetable semester sebelom pergi intern taun lopaih. Bepeluh-peluh jugak lah bila tengok timetable tuh sebab macam tak percaya dengan mata kepala ni.

Sebelom penulis tunjukkan timetable lama tuh..nih mai tengok timetable semester ni a.k.a final year first semester *da final year daa!!!*

Final Year First Semester Timetable
Sangat free okeh!!tgk tuh ari Rabu...tak dak kelas..tak dak kelas hoiiiiiiii!!!...sob..sob..sob *terharu dengan timetable ni*...Tak pernah-pernah selama 4 tahun kt UTP dapat cuti sehari..sob..sob..sob~Terima kaseh encik timetable!!!Terima kaseh!!! Memang hensem!! Free sangat sampai kadang-kadang tuh bosan da nk mnunggu kelas lepas tuh kalau ada gap *konon je la*

Okeh!Kembali kepada encik timetable ketika zaman mudanya *taun lopaih*. Situasi encik timetable adalah sangat berbeza taun lopaih sebelom penulis berinternship kt Sarawak. Kurang chemistry sket la encik timetable dengan penulis sebelom ni. Beginilah rupa encik timetable taun lopaih.

encik timetable zaman muda-muda
T.T *terkedu*. Tak hensem kn encik timetable ni. Ntahlah macam mana penulis melalui hari-hari ketika encik timetable memberontak ni. Sepatotnya penulis yang memberontak. Full nya. Lapan subjek including Engineering Team Project + Tutorial + Lab tiap-tiap minggu. Kalerful pulak tuh timetable ni. Semester ni tak dak pun. Satu kaler ja suma *apa kaitan*. Masa final exam taun lopaih memang meranala menunggu bila nak abes paper ni. Paper berganti paper..haih. Macam tak kan abes ja. Alhamdulillah la final year diberi kelapangan yang amat. Beginilah hakikat perjalanan undergraduate penulis di UTP *sama ja la kot dengan institusi-institusi laen*

Memang bersusah-payah dahulu lah, bersenang-lenang kemudian~



Rabu, 23 Februari 2011

tulisan 4 : nasyid dulu dan kini

Jam di laptop mnunjukkan pkul 9.45 malam. Lagi 45 minit ada trening nasyid. Untuk apa trening ni? Haa..kita tunggu sebulan lagi okeh~

Penulis memang seorang penggemar nasyid dari zaman kocik-kocik smpaila harini. Dekat UTP ni pulak ada ramai insan-insan kacak yang bernama Zakuan sampaikan penulis ni dipanggil Zakuan Nasyid sebab nak bezakan dengan Zakuan-Zakuan yang laen *da macam planet Zakuan plak ni*. Entahla, tak berapa nak ingat mcm mana penulis mula-mula minat nasyid ni. Kalau tak silap la, masa kecik dulu, ayah penulis belikan kaset album kumpulan Raihan yang first tuh. Lagu-lagu lama Raihan mcm Iman Mutiara, Peristiwa Subuh dan Puji-Pujian selalu sangat berkumandang kt radio rumah. Dengan iringan lagu-lagu yang best tuh, memang prasan artis dahla masa kecik-kecik dulu. Tak penah miss untuk menjadik solo bila lagu-lagu nasyid dipasang *solo kt umah ja la*. Lagu-lagu nasyid zaman dulu memang banyak mengajar budak-budak mcm penulis ni dulu untuk menghafal. Contohnya, lagu Raihan 'Sifat 20' mcm kt bawah ni




senang kan nak ingat 20 sifat-sifat Allah. Lagi satu contoh,




Haa..masa kecik dulu konfem kawan-kawan yg sebaya dgn penulis pn slalu nyanyi lagu-lagu mcm ni kn? Zaman sekarang pn orang minat jugak. Memang terbaek lah mesej yang di sampaikan. Sambil menyanyi sambil ingat nama-nama Rasul kita. Nasyid zaman sekarang pulak macam mana? Jom kita tengok~



Tu diaaaa..jiwanggsssss.haha. Muka abang-abang UNIC tu pn nampak layaannn ja. Layan nasyid tak pa la. Jangan layan menda laen plak. Tapi penulis suka gak la lagu ni*tersipu-sipu*..memang biasa kumpulan nasyid yang baru zaman sekarang akan mula menembusi pasaran dengan lagu-lagu cintan cintun yang tangkap leleh. Biasala tuh, market kot. Asalkan ada mesej yang berguna dah ok kan. Ni satu lagi contoh ~



Dengar macam jiwang kn?memang agak jiwang la tapi lagu ni memang asal daripada sebuah doa. So, bagi abang-abang dan kakak-kakak yang belom ketemu jodoh tuh, yang tak sabar-sabar dah tu, dengar-dengar la lagu ni sambil-sambil tu nyanyi la skali..Doa tuhh~haha.

Banyak lagi lagu nasyid yang best tapi bukan larat pn hampa nak dengaq kan *skali skala beloghat utagha*. Ok lah, jam laptop pn da menunjukkan pkul 10.18pm. Sementara nak tunggu post ni dipublish pn da 10 minit *internet UTP laju seperti siput..siput pn laju lagik*, elok lah stop kat sini. Sekiannn~

Sabtu, 19 Februari 2011

tulisan 3 : recording dan live forum di UTP

Seperti yang telah di war-warkan di dalam tulisan pertama tak lama dahulu, penulis telah menghadirkan diri ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam di kolej penulis sendiri iaitu UTP atau dengan  panggilan manjanya, Universiti Tipu Paper *faham-fahamla dari mana datang nick tuh kn*. Lebih kurang jam 8 malam, penulis dan housemate-housmate yang dilengkapi dengan baju melayu yang caca-merba kalernya bertolak menuju ke dewan canselor UTP dengan menaiki dua buah kereta. Hujan pulak masa tuh. Parking pn dah penuh di kawasan behampiran dewan. Jadi, nak tak nak tepaksa merentas desa sket sebab dapat parking jauh.

Forum ini adalah anjuran bersama pihak UTP dan JAKIM dibantu oleh RTM.*bangga sebentar dengan UTP*. forum ni terbahagi kepada dua. satu rakaman dan satu lagi siaran langsung. Yang rakaman didahulukan dan dituturkan dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar-pelajar luar negara UTP *yela kan, kalau cakap melayu memang keluarlah mereka-mereka ini dari dewan tanpa segan silu*. Alhamdulillah, kami sempat tiba sebelum rakaman bermula. Dengan berbekalkn kamera D90 bersama kit lensnya *ya, sangat suka menangkap gambar*, penulis terus memulakan pemburuan gambar sebab salah seorang ahli panel untuk forum rakaman ini adalah bekas perdana menteri Malaysia yang ke-empat yang memang konfem tak asing lagi di Malaysia bahkan di kalangan pelajar-pelajar luar negara UTP sendiri. Ya, Tun Dr. Mahathir b Mohammad sendiri datang sebagai ahli panel. Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan Canselor UTP.

Che Det (kanan sekali) sebelom rakaman bermula
Che Det ni memang punya magnet yang kuat *banyak makan magnet kot* sebab jikalau bertanya pada penonton-penonton yang hadir pada malam itu, rata-rata akan menjawap mereka datang sebab Che Det ada. Pengaruh beliau amat besar di dalam dan luar negara *penulis sendiri pn datang sebab nk tangkap gambar beliau*

kemeriahan dewan canselor UTP
pelajar-pelajar luar negara yang turut serta
Tetapi, tetapilah kan...sepanjang rakaman forum berlaku, penulis langsung tak fokus dengan perbincangan yang sedang dijalankan.haha. Sebabnya penulis sibuk kesana kemari mencari ruang-ruang untuk menangkap gambar sambil berbual dengan cameraman-cameraman yang laen. Nak buat mcm mana kan dah minat. Naseb baek rakaman. Nanti-nanti boleh tgk balek. Forum rakaman itu membawakan tajuk ' Palestine - A Global Issue' dan kalau nak tahu, gadis berbaju biru bertudung kelabu dalam gambar di atas merupakan seorang rakyat Palestin. Bagaimana penulis tahu? Haaaa..penulis pernah berbual dengan beliau sewaktu interview internship tahun lepas. Sekali ja la pn berbual.haha.

Isu Palestin ni memang semakin meruncing dengan kezaliman Israel laknatullah yang tak pernah berhenti menzalimi rakyat Palestin. Bekalan di sekat, pembunuhan berleluasa, rumah-rumah diroboh dan macam-macam lagi lah. Baru-baru ni dilaporkan bekalan perubatan di sana sangat-sangatlah tenat sedangkan bilangan pesakit menggunung-gunung. Lebih info bole di cari di sini. Boleh bayang tak kalau apa yang berlaku di sana juga berlaku di sini. Dapat hidup pn mereka sudah bersyukur. Kita di sini sangat mewah kn. Mereka di sana setiap hari berfikir macam mana la nak hidop untuk hari-hari seterusnya. Pelajaran pn terbantut. Kita di sini memikirkan apa?haaa.Fikir-fikirkanlah. Oleh itu, walaupun kita tak mampu nak berjuang bersama saudara-saudara di sana, tapi kita mampu untuk ambil peduli tentang kesengsaraan mereka dan bantulah mereka dengan keupayaan kita *derma bole, doa bole, sumbangan pakaian bole*. InsyaAllah setiap usaha walau sekecil zarah pn akan dapat membantu mereka. Yakin!!

Okeh, kembali kepada forum rakaman tadi, penulis nak share gambar-gambar sepanjang forum tersebut lah. picture tells more than word rite? *malas nk menulis panjang-panjang sebenornye.haha*

rakaman berlangsung
Che Det in recording

sambil kerja sambil baca
Che Det keluar ja semua follow keluar

isteri beliau setia menanti *sweet la pulak*
haaa.. nak share satu scene yang agak mencuit bulu ketiak kt bawah ni


sahabat kita dari luar negara nak bergambar dengan Che Det tapi Che Det selamba ja menjawap "how?!!!" sambil mnunjukkan isyarat tangan. Memang ketawa la kami yang berdekatan. Nak tahu kenapa Che Det jawap begitu??

kerumunan manusia di hadapan pintu dewan
nampak tak betapa ramai orang tengah kerumun Che Det tuh *Che Det pn tak kelihatan*. Macam mana mau tangkap gambar kn.haha. Sorry mate~ 

Begitulah berakhirnya forum rakaman itu. Memang majority penonton hadir sebab nak tengok Che Det. Hebat btol beliau ni *kagum kagum*. Selepas itu, bermula la pulak sesi forum siaran langsung yang bermula pukul 10 malam. Sayang seribu kali sayang penulis tak bawak henpon. Tak dapat nak talipon mak ayah mintak tengok muka anak mereka yang segak ni di kaca tv *kuciwaaaaa!!!!*. Sebelum siaran berlangsung, ada lah sorang manager mintak kami bagi kerjasama untuk sama-sama berselawat di awal dan di akhir rancangan nanti. Siap buat reherseal lagi tuh. Memang supportive lah budak UTP!!haha. Selawat itu di ketuai oleh ustaz kami sendiri iaitu Ustaz Zuriat Omar. 

Ustaz Zuriat Omar dengan senyuman moleknya

Ahli-ahli panel forum siaran langsung sedang bersiap-siap
Maka berlangsunglah siaran langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan di tv1 pkul 10 malam pada 17 Februari lepas. Ahli-ahli panelnya adalah Dr.Zaleha dari IKIM, Dr. Fakhruddin dari UTP dan Dr.Hj Zahazan dari Telaga Biru dengan di pengerusikan oleh Ustaz Erfino Johari yang sangat bersahaja. Tajuk yang dibawakan adalah 'Kasih Al-Amin'.

Forum kali ni penulis dapat fokus lebih sikit sebab dah tutup kamera dah.haha. Memang menarik isi-isi yang disampaikan oleh para ahli panel sepanjang siaran berlangsung yang banyak berkaitan dengan keluarga, golongan remaja dan isu semasa. Antara yang penulis suka adalah cerita Dr. Zaleha mengenai dua orang pelukis dari Greek dan China *tak pasti betul atau tidak negaranya* di mana kedua-dua nya telah beradu untuk membuktikan siapa antara mereka yang paling hebat melukis. Kedua-dua di berikan drawing board dan dibenarkan untuk meminta apa sahaja berus dan warna yang diperlukan untuk menyiapkan lukisan masing-masing. Si pelukis Greek bertungkus lumus menyiapkan lukisannya sambil meminta berbagai-bagai jenis berus dan warna*berus gigi mungkin*. Tetapi, si pelukis dari China ini tidak meminta apa-apa langsung tetapi masih bertungkus lumus menyiapkan lukisannya. Tak berapa lama kemudian, tibalah masa untuk menilai hasil kedua-dua lukisan ini. Lukisan si pelukis Greek memang cantek sekali dengan warna-warna yang berbagai-bagai sampai terbeliak bijik mata dan tegak bulu idung para juri *ok..bulu idong tuh hyperbola.harap maklum*. Kemudian, orang ramai pn tertanya-tanya bagaimanakah lukisan si pelukis China pula sebab beliau langsung tak meminta apa-apa berus mahupun warna. Rupanya, si pelukis China tadi sibuk mengikis-ngikis drawing board beliau smpai bersinar-sinar dan bersih seperti cermin lalu memantulkan lukisan si pelukis Greek dengan bantuan cahaya matahari. Kali ni para juri kaku terpegun dengan keindahan lukisan dan kepintaran pelukis China tersebut. Apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Zaleha dengan cerita ini ialah Islam adalah agama yang sangat indah dan ia boleh diindahkan lagi jika orang-orang Islam sendiri memancarkan cahaya Islam itu kepada orang laen dengan hati yang suci dan bersih seperti cermin tu tadi. Memang betul kn. Peribadi yang mulia yang berlandaskan Islam akan memartabatkan lagi agama Islam itu di mata dunia.

Fuhhh. panjang bebenor jugak tulisan kali ni kan. Mungkin sampai sini sajalah ya. Diharap perkongsian cerita di atas sedikit sebanyak dapat menghiburkan sambil memberi manfaat kepada para pembaca. Sekian~






Jumaat, 18 Februari 2011

tulisan 2 : contest "Recommend Lagu Terbaik"

Haih.baru semalam mula posting kt blog ni dah kena tag oleh cik athirah ahmad.
Tag nya berbunyi begini :

*sunyi sepi*

tag mana ada bunyi daaa~haha

Actually, penulis di tag untuk menyertai pertandingan merekemenkan satu lagu terbaik *tajuk post da abes besar kot* yang penulis rasa menyentuh kalbu, nurani, jiwa, hati, dan kulit. okeh menyentuh kulit tu tiada kaitan. Terma dan syarat pertandingan ni bole tgk kt sini. Pengelolanya adalah saudara muhammad zaki muhammad zafir yang penulis pn tak kenal.haha. So, I had a short look through my music directory in my laptop and came up with this song :



diberi tajuk 'Jangan Menyerah' dan dinyanyikan D'Masiv *vokalis tuh rambut da sama da dgn rumate penulis*, lagu ni penulis dengar pertama kali di kala berada di bumi Austria tahun lepas dan pernah menjadi lagu tema blog penulis yang lama sampai bosan pembaca blog tuh sebab asal bukak ja blog tuh pasti  berkumandang lagu ni. Bukak blog ja, dengar lagu ni. Dengar lagu ni ja, bukak blog.*erk*

Nevertheless, this song gives a strong message to never give up and always rely on Allah in whatever we do. Giving up is not an option for those who want to succeed in their life and afterlife. Correct me if I'm wrong guys. A reminder for myself as well.

To be frank, I'm not really into the contest.haha. sebab banyak terma dan syarat beliau yang tak dapat penulis makbulkan. contohnya, perlu follow blog beliau. Tak mahulah menyemak kn blog-blog yang penulis follow kalau penulis sendiri tak baca kn. contoh laen pula, dateline nya esok dan perlu tag 2 orang. Kelam bakut la 2 orang tuh kalo nak menang contest ni kn. Jadik penulis pn malas nk tag sesapa.haha *alasan berkesan!!* Ampun dan maap lah ya tuan pengelola.

That's it for my second post. Da siap berkain pelikat ijau dah nk ke masjid *Jumaat da*. Kain pelikat ni hasil pemberian ayah penulis *tak mintak pn sbnarnya, maen amek ja* dan telah dipakai sejak zaman sekolah menangah lagi. okeh ckuplah tuh. nantilah kita cerita pasal kain pelikat. kita buat contest "Rekemen Kain Pelikat Bapak Tercantek" pulak nanti.

Khamis, 17 Februari 2011

tulisan 1 : lahirnya si pensel

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah^^
Dengan ini diisytiharkn bahawa telah lahir sebuah blog yang di beri nama 'pensel'
Sebagai permulaan, kenapa pensel?mengapa?timkai?









Sebabnya ketika penulis sibuk mencari-cari blog template yang simple dimple sbg pakaian blog baru ini *sudah mati 4 blog lama yg habes dideletekn*, tejumpa template ini yg sudah seterang lampu kapal tertampal gambar pensel. Jadi tanpa berfikir panjang penulis pn letak lah nama blog terbaru ini 'pensel'. Simple kn?

Dengan niat ingin berkongsi cerita-cerita dan info yang berguna kepada pembaca, diharap niat ini tak terpesonglah kn. Kalau termengarut atau termerepek mintak ampun awal-awal lah ya.

Itu sajalah buat tulisan pertama dari si pensel.haha..nak pergi makan dan bersiap-siap mahu menghadirkan diri ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam kt Chancellor Hall UTP pukul 8 malam ni. Jam dah 7.04pm. Siaran langsung tuh. Che Det *Dr.Mahathir* pn datang. Cannot miss it!! InsyaAllah akan di kongsi pada tulisan seterusnya okeh~

p/s - diharap blog ini akan kekal lah insyaAllah~doa-doakanlah ya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...