Selasa, 12 Julai 2011

tulisan 35 : Oh! besarnya padang itu

Bukan padang bola ye kawan-kawan

Padang besbol lagi lah bukan

Padang ni berjuta-juta lemon lagi besoo dari padang-padang yang hampa taw

Haaa...

Ceteka~

Ceteka~

Padang permainan? Apasai padang permainan pulok? Hah?? Sebab kat mana-mana pun bole main? (-.-")
Apa ka tak best nya jawapan hang. *sendirik tanya sendirik jawap.memang cantekk*

Padang rumput?? Haih! Merepek la hampa ni. Salah tuh. Salah.

Dah dah mai nak habaq mai.

Padang ni memang besar ooo. Tak tipuu ooooo. Nama dia kan. Nama dia..



Hahahahahahahahaha

Besar kan? Besar kan? Kan..kan.kan...kannnnnnn~ *sabau2*


Alhamdulillah cuti midsem baru-baru ni penulis berkesempatan ke Padang Besar. Tahukah anda di manakah lokasi Padang Besar ini?



Yaaa!!! Di negeri Perlis Indera Kayangan. Padang Besar ni di kira sebagai tempat paling utara lah sebab border Malaysia-Thailand betol-betol kat sebelah Padang Besar.

Penulis pergi bertiga bersama dengan dua orang lagi housemate penulis di UTP iaitu J a.k.a. Azmie J dan Aseng a.k.a. Afif *sila rujuk gambar di atas. J yang berambot omputeh*. Perjalanan kami yang mengambil masa hampir 3 jam diwarnai dengan aksi-aksi bergambar yang tak boleh belah di dalam kereta. Ini sedikit bukti-bukti nya. Tak boleh tunjuk banyak-banyak. Haha.

Perhatian : Gambar-gambar di bawah sesuai untuk tatapan semua lapisan masyarakat


Penulis kantoi mengorek hidong ketika memandu.
Abang Aseng camwhoring dengan bergaya sekali.
Abang J dibelakang sibuk camwhoring dalam diam. Ini..Ini..Ini..Speechlesss
Setelah 3 jam perjalanan, sampai jugak kami bertiga kat Padang Besar ni. Apa yang best nya kat sini? Bagi yang belom pernah menjejakan kaki kat Padang Besar, barang-barang kat sini memang murah. Macik-macik, pacik-pacik yang gila shopping tuh di nasihat kan agar menjauhi kawasan ini. Takot tak mau balek dah nanti. Harga yang ditawarkan memang luar biasa murah nya. Tu pun boleh lagi nak mintak murah kalau hampa berusaha lebih lagi dan keringkan hati apabila si penjual bermasam muka.

Kejakunan terpancar tatkala melihat barang-barang disekeliling


Seronok la kami memborong apa yang ada depan mata kat sana. 2 jam 30 minit dihabiskan berjalan kesana kesini mencari-cari mana yang berkenan di hati sambil mencuci mata melihat barang-barang yang best-best. Di akhir pencarian, penulis berjaya memancing 4 helai jersey bola dan satu jaket. J pulak beli beg Deuter sejibik, sling bag sejibik dan 2 helai seluar bola untuk di buat tido. Dia sedang gembira memakainya sekarang di UTP. Aseng pulak penulis tak berapa nak ingat apa yang dibeli sebab banyak jugak. Ada jugak tempahan jersey daripada housemate yang tak dapat join. Penat jugak la nak mencari-cari tuh tapi Alhamdulillah berjaya jumpa apa yang dikehendaki. Logaaa~~ Kat bawah ni pose-pose selepas shopping. Haha.




Lepas shopping mesti la penat kan. Perot pun mula berdangdut menandakan telah masok waktu untuk diisi. Jadi, kami pun bergerak la mencarik tempat makan yang syiok sikit. Disebabkan kami agak kempunan seafood hari tuh, penulis pun bawak la J dengan Aseng ke Kuala Perlis menikmati makanan laut sambil dibuai angin laut yang memang syahdu~

MasyaAllah, makanan kat situ memang superb lah. Ni la yang kami order.


Huih. Lapar la pulak tengok gambo-gambo ni. Haha. Alhamdulillah perot kami pun terisi dengan jaya nya. Ada lebih lagi tuh. Penulis pun apa lagi bungkus la sotong masak tepung yang tak habes tu buat makan kat rumah. Tersenyum mak dapat makan sotong tepung malam tuh.

Jadi, shopping dah. Makan pun dah. Apa lagi yang belom?

Balik laaaa~

Dalam pukul 8 malam kami pun bertolak pulang mengakhiri trip sehari ke Padang Besar. Penat tu memang penat tapi seronok la kan dapat jalan-jalan sekali sekala. Final year ni jarang penulis jalan-jalan ooo. Hilang la stress sikit.

Bagi sesiapa yang belom pernah ke Padang Besar tuh, sila-sila lah ke sana. Sangat sesuai untuk menghilangkan stress. Tapi pastikan hampa bawak duit mencukupi. Nanti tambah stress pulak. Haha.


2 pengasah pensel:

Athirah berkata...

mna sebenier tuk junior??

Zakuan Ahmad berkata...

besday senior pn tak dapat papa.haha.no subenierr~ =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...