Rabu, 18 April 2012

tulisan 74 : sehari di UIA

Fuhh~ baru petang tadi penulis selamat sampai di rumah. Walaupun cuma sehari saja di UIA Gombak tapi cukuplah nak melepaskan rindu jumpa kawan-kawan lama penulis kat sana.

Sebenaqnya, penulis memang dah pasang niat dalam dua minggu lopaih nak mai UIA sebab tak penah jejak kaki lagi kat sana. Tambahan pulak ramai kawan-kawan sekolah menengah yang masih di sana kan. Teringin la nak melawat. Tapi penulis belom putuskan lagi bila nak pi sampai la satu hari penulis dapat satu emel. Dulu penulis penah subscribe Student Engagement Center (SEC) Malaysia Newsletter masa masih bergelar pelajar lagi. So, depa pun hantaqla emel jemputan ke salah satu talk depa. And guess where it was held? UIA Gombak. Masa dapat invitation tu penulis tersenyum ja. Rasa macam memang diseru nak ke UIA. Jadi tanpa berpikir panjang, penulis teros ke sana hari Isnin baru ni sebab talk tu hari Selasa.

Sesampai ja kat KL Sentral malam Isnin tu, teros penulis ke kaunter LRT nak ke stesen Gombak. Tapi kan. Tetapilah. Penulis ni jarang-jarang dah ke KL semenjak dua menjak ni. Bila pi kat kaunter tiket LRT ni, penulis jadik macam orang Paleolitik sebentar. Sebab baru taw depa pakai token. Rupa token tu pun penulis tak taw. Haha. Pulun la duk tekan-tekan skrin nak beli token dan bayaq kat mesin tu. Pastu penulis pun tunggu la bila token nak keluaq. Lama kot tunggu. Rupanya token tu keluaq sekali dengan duit lebih kat bawah (-.-'). Aisehmen~ Haluih sangat token mana nak perasan. Maapla saya dari Zaman Batu.

Okeh, pastu sampai la penulis ke stesen LRT Gombak. Kat situ, penulis tunggu kawan penulis Hafizuddin mai amek dengan moto sebab senang sikit nak masok UIA. Din ni salah sorang kawan lama penulis kat sekolah dulu. Dulu kami duk sebelah ja dalam kelas. Dia jugak pemain perkusi team nasyid sekolah kami dulu. Jadi, malam tu penulis sampai la UIA seperti yang dihajati. Alhamdulillah =). Malam tu jugak penulis dapat jumpa kawan lama yang lain, Nazirul dan Hazwan. Kami makan malam kat cafe Mahallah Bilal. UIA gunakan istilah Mahallah untuk kolej kediaman depa. Kalau UTP pakai Village. Malam tu penulis tidoq sebilik dengan Din. Sembang-sembang la apa yang patot. Housemate dia pun sporting abes. Huha huha sembang dengan kami.

Keesokan paginya, penulis dah janji dengan kawan-kawan lain yang ada kat sana nak jumpa masa lunch. Disebabkan Din ada kelas pagi, penulis pun jalan la sorang-sorang merayau-rayau sambil bawak beg berisi kamera. Bagi nampak macam student la sket kan. Dapatla tangkap gambaq masjid depa. Masjid Sultan Ahmad Shah nama diberi. Besaq beribu-ribu lemon dari Masjid An-Nur UTP.







Penulis pun ada lalu library depa yang diberi nama Dar Al-Hikmah tapi tak masok ke dalam pulak.



Then, as promised, I managed to meet my ex-schoolmates during lunch time. Twelves of us including me =). Memang ramai keluaran SMKA Al-Irshad yang ke UIA ni. Dah macam rumah kedua pulak. Patotla masa sampai UIA ni penulis ada rasa nervous sikit sebab dah lama tak rasa suasana macam ni sejak kat SMKA Al-Irshad. Masa jalan-jalan merayau-rayau tu penulis rasa tenang ja tengok student-student ni lalu lalang. Kagum sangat-sangat. Lagi satu penulis rasa nervous mungkin sebab ramai sangat kaum hawa kot kat sini. Almaklumla, selama lima tahun kat UTP, kaum hawa ni dikira endangered species. Sangat rare =P. Haha.

Okeh, berbalik kepada pertemuan kami. Alhamdulillah, sudi jugak kawan-kawan penulis ni meluangkan masa lunch depa yang sekejap untuk jumpa penulis. Antara yang hadir adalah Syafiq Yuhaizad, Yusof, Hazwan, Hafizudin, Nazirul, Farhan Alia, Fatimah Yuzlan, Fadzilah, Najihah, Umairah dan Hana. Ada jugak sorang kawan Hana join sekali tapi penulis tak berapa nak ingat nama dia. Nad kot depa panggil. Apapun, dapat la kami bersembang-sembang bertanya-tanya perkembangan diri masing-masing. Yang paling banyak ditanya mesti pasai kawin. Kawin kawin kawin. Haha.

ocean's twelve.haha
atas dari kiri : najihah, farhan alia, hana, fatimah, umairah, fadzilah
bawah dari kiri : nazirul, hazwan, penulis si kacak, yusof, syafiq, hafizuddin
Alhamdulillah dapat jugak jumpa depa ni =) Ada yang bakal jadik Lawyer. Bakal Engineer. Bakal Ustaz. Bakal Ustazah. Macam-macam ada. InsyaAllah berjaya dalam bidang yang diceburi =). Selesai pertemuan kami, masing-masing pun terpaksa meminta diri sebab ada yang perlu ke kelas. Penulis? Penulis kan ada talk. Tepat pukul 2 petang penulis ke Conference Room, CAC IIUM. Its just a casual talk delivered by three promising figures whom I don't really know before. They were Jason Lo (CEO TuneTalk), Ahmad Izham (CEO 8TV) and Fuad Al-Habshi (Kyoto Protocol). Unfortunately Fuad couldn't make it due to some issues so he was replaced with one of his colleague whose name I can't remember.

Jason Lo. He's freaking funny!!
The guy I can't remember his name. Haha
Ahmad Izham. What an incredible life he have.
Tips from Ahmad Izham to start moving
All three speakers were inspiring. Since the talk was about passion versus career, most of their points were related to pursuing what you love to do through hardship and perseverance. Penulis paling kagum dengan Ahmad Izham. Dia ni minat muzik sangat. Dulu SPM dia gempak. So, dapatla tiga tawaran ke luar negara dari JPA tapi semuanya bukan dalam bidang muzik. Masa hari dia nak ke pejabat JPA nak terima tawaran tu, dia singgah ke studio muzik kot tak jauh dari pejabat JPA tuh. Masa tuh dia saja la main alat muzik dan kebetulan ada sorang musician kat situ cakap kat dia lebih baik dia sambung belajar kat Berklee College of Music supaya bakat dia tak disia-siakan. Dengaq-dengaq ja nasihat musician tuh, dia tak jadik ke pejabat JPA dan terus balik rumah bagitaw mak dia nak ke Berklee College of Music. Mak dia hampir pengsan masa tuh. Haha. Memang berjiwa kental. Lepas tu macam-macam la dia cerita susah payah nak jadik siapa dia hari ni. FYI, Ahmad Izham ni dulu producer untuk OAG dan banyak lagi indie band kat Malaysia. Innuendo pun under dia dulu. He have two degrees and one masters. He's also the founder of Monkey Bone Records, 8TV, Hot.fm, Fly.fm, and www.tonton.com.my. And he's not 40 yet at present. Fuhhh~

So, abes ja talk tuh, penulis pulang ke bilik tumpangan. Petang tu ingatkan nak merayau-rayau lagi sekitar UIA tapi cuaca nampak mendung semacam terus tak jadik. Nasib baik Din ada simpan muvi dalam laptop dia. Ketika Cinta Bertasbih menjadik santapan petang penulis. Haha. Malamnya penulis makan malam dengan Din, Nazirul dan Farhan Alia kat Cafe HS. Sampai sekarang penulis taktau maksud HS tuh. Anyhow, macam-macam cerita la keluaq sebab lama sangat dah tak bersembang. Selesai makan, penulis bersama Din pun pulang ke bilik. Kami sambung layan Ketika Cinta Bertasbih 2 pulak. Haha. 



Dah lama pun muvi ni tapi penulis tak pernah tengok sebelum ni. Lagipun ada Oki Setiana Dewi =P

Jadi begitulah sehari penulis di UIA. Pagi esok nya iaitu pagi tadi penulis bergegas pulang ke rumah sebab ada hal nak di setel kan. Walaupun cuma sehari, seronok jugak dapat jumpa kawan-kawan lama dan dapat pusing-pusing UIA. Penulis memang kagum dengan suasana UIA =)

Sebelum menutup tulisan ni, meh dengaq cover terbaru dari penulis. Ni la kerja penulis bila ada masa lapang. Haha =P Enjoice!!



Moga mesej lagu ni sampai kepada pendengar =)

p/s : Alhamdulillah hajat nak ke UIA dah tercapai~



2 pengasah pensel:

pESAwah berkata...

wah zakuan! aku kenai muke izham tu. wah x sangke journey die hebat. im inspired. btw all the best utk hg. lom dpanggil bekije ye.tu yg dok melilau sampai ke uia tu haha. btw tx for the sharing yang panjang leba. aku pon tingin gak nk masok masjid uia tu. byk filming buat kat situ an

Zakuan Ahmad berkata...

seriously izham tu mmg awesome.haha~ alang2 ade cuti lagi ni pi la melawat kawan2 lama ;)
masjid tu mmg cantek dan besaqq..location pun strategik sbb student mmg lalu lalang kat situ
thanks didy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...