Selasa, 17 Julai 2012

tulisan 79 : ramadhan datang lagi

Alhamdulillah

Kenyang memerot dengan opismate tadi. Hujan pulak nih. Bikin lentok betoii~

Kerja yang dibawa pulang petang tadi dengan harapan nak buat sikit pun hanyalah tinggal harapan. Haha.

Tengah-tengah nak lentok ni ada baiknya lah penulis share sikit kelebihan-kelebihan dan adab-adab berpuasa di bulan Ramadhan sebagai refreshment minda yang dah berkarat tuh. Tak lama dah nak posa oii. Kurang seminggu ja lagi. 



Ingat lagi tak apa keistimewaan bulan Ramadhan ni? Ingat tak? Ingat tak? Haa. Penulis yakin ramai yang tahu akan malam Lailatulqadar yang hanya ada di bulan Ramadhan. Tapi bukan tu saja wokehh. Buat yang terlupa atau yang kurang ingat tuh, antara keistimewaan-keistimewaan lain bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain adalah

1. Pintu Syurga Dibuka, Pintu Neraka Ditutup dan Syaitan Diikat

Nabi S.A.W. bersabda : " Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. "
[Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam Nasa'i]

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

" Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." 
[Al-Baqarah : 185]

3. Bulan Yang Menjanjikan Pengampunan Dosa 

Nabi S.A.W. bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah. "
[Hadis Riwayat Bukhari]

4. Bulan Pahala Amalan Dilipat Ganda kan

Nabi S.A.W. bersabda : " Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah S.W.T. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian."
[Hadis Riwayat Muslim]


MasyaAllah hebat sungguh bulan Ramadhan ni. Jadinya, dengan kehadiran bulan mulia yang hanya datang sekali setahun ni, kita pun kenalah tahu jugak adab-adab ketika berpuasa nanti. Takdakla puasa ikot suka hati nanti kan. Lepas sahur ja teros lena sampai waktu berbuka. Memang mintak penampau lah kan. Nak penampau ka takmau? Kalau takmau silalah rujuk adab-adab di bawah dan buat nanti worait?

1. Menjaga lidah dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya

2. Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia

3. Mengawal perut dari dimasuki makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah serta berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih

4. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga

5. Jauhkan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat

6. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin

7. Mempraktikkan amalan sunah ketika berpuasa seperti segera berbuka, berbuka dengan kurma serta melambatkan sahur

8. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, tahajud, taubat dan witir (qiamulail)


Itulah sedikit sebanyak keistimewaan bulan Ramadhan dan adab-adab berpuasa di bulan Ramadhan yang dapat penulis kongsi. Banyak lagi sebenornye. Tak kisahlah kan, dapat jugak refresh balik ingatan pembaca dan penulis sendiri yang kian hari kian lembap ni. Have to sharpen it back~ Bila ada masa tuh, jangan malu jangan segan mencari bahan bacaan di library atau pun di internet mengenai bulan Ramadhan. Dapat jugak tingkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti puasa nanti ye tak?

Dah boleh mula praktikkan lafaz niat puasa di bulan Ramadhan dari sekarang ni. Nanti lancarla sikit kan bila dah tiba hari nya. Anyhow, that's it for now. Sekian dari penulis. Sebelum berpisah, ni buah tangan penulis yang dah sekian lama tak menyumbangkan suara. It is a song originally by Devotees that talks about friendship. Kedengaran sengau sebab baru lepas baik demam. Haha. Enjoice!



Ramadhan kian menjelma. Sudah bersediakah anda?



2 pengasah pensel:

Najwa Sofwani berkata...

siyes jatuh cinta dgn suara ko..haha
selamat berpuase :)

Zakuan Ahmad berkata...

haha.statement panas tu ;P
slamat bpuase sokmo ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...