Assalamualaikum semua
Fuhh~ da dekat sebulan tak ber-update si pensel ni kan..
Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah raya haji kali ini penulis masih berpeluang menyambut di kampung halaman. Diserikan lagi dengan kehadiran dua anak buah kesayangan penulis yang kat atas tuh *promote-promote.haha*. Malangnya abang penulis yang sekarang bekerja kat Sabah tak dapat balik tapi tak mengapalah sebab tunang dia pun tak balek. Boleh prektis beraya sama-sama da kot =P. haha.
Memang susah nak datang mood menulis blog ni sejak penulis bergelar pelajar tahun akhir semester akhir ni. Tulisan sebelum ni penulis ada menyebut pasal majlis konvokesyen UTP kan. Elok seminggu lepas tuh pulak penulis mewakili UTP untuk pertandingan nasyid open category di KPMSI dengan UNIC sebagai juri. Alhamdulillah dapat nombor tiga dengan latihan seminggu sahaja. UNIC pulak memang best malam tuh sebab sporting gila melayan peminat-peminat macam penulis ni. Dapat la lepas gian dengar lagu Binnabil Huda, Jalinan, Erti Syukur dan Hanya Tuhan yang Tahu. Sungguh nostalgik malam tuh.
syabbbas UNIC. syabbas~ |
Baju paling serabot pernah ku pakai seumur hidup |
Jadi begitulah kesibukan penulis untuk sebulan yang lepas. Alhamdulillah berakhir sudah dan mintak-mintak takdak dah kot lepas ni. Nak fokus untuk akademik dan interbiu kerja pulak. Balek dari Terengganu minggu lepas pun penulis teros ada interbiu esoknya. Tak prepare langsung. Sobss. 30 minit jugak lah kena dera dalam bilik tuh. Haha. Yang takleh blahnya bole pulak penulis tak perasan terambil pen interviewer sebab semangat sangat penulis nak jawap soklan dia kat atas resume. Punya seronok penulis duk tekan-tekan pen dia ingatkan pen penulis. Check-check pen penulis ada dalam poket lagi. Rasa nak facepalm ja masa dia cakap "Can I have my pen back?".
Camna bole salah pen pulak~aduss~ |
Ok, berbalik kepada sambutan hari raya korban. Seriously I am really happy to see Irene and Elyssa =). Depa pun da tak takot dengan paksu. Tak larat nak melayan si kakak Irene. Si adik pulak da pandai berjalan. Ke hulur ke hilir cenggini-cenggini haa dia jalan. Da tidoq da kanak-kanak ribena dua orang ni dengan mak ayah depa. Esok depa da nak balek KL suda. Sobss~ Takpa Khamis ni paksu nak singgah rumah depa tidoq sebelom hari interview kat PJ. Its good to see these two kids growing healthily and playing as if the world is theirs. Haha.
As usual, nah gambo-gambo budak-budak ni buat tatapan pembaca.
Yes. Paksu loves you both =)
SALAM EIDUL ADHA (^^)
Sekian~
0 pengasah pensel:
Catat Ulasan