Sepatutnya niat di hati nak buat fyp dan kerja-kerja berfaedah lepas tengok final Malaysia vs Indonesia tadi.
Tapi..
Tetapi..
Erk..
Lantaklaa~ nak update jugak. hahaha.
Rasanya semua dah tahu kan keputusan game tadi. Dengan segala tweeter, facebook, friendster pun bole =P
Sepandai-pandai garuda terbang, akhirnya jatuh ke tanah juga.
nyam3~ |
Alhamdulillah HARIMAU MUDA telah menunjukkan belangnya yang berbelang-belang tu kat GARUDA MUDA yang memang diakui cakarnya berbisa.
Tepat jam 8 malam tadi penulis teros la turun ke cafe V5 nak tengok siaran langsung beramai-ramai bersama dengan warga V5 lain yang gila bola. Yang tak gila bola pun datang tengok jugak. Yang bukan dari Malaysia ataupun Indonesia pun datang jugak menyaksikan perlawanan antara dua musuh tradisi ini. Fuhh. Da macam Hasbullah Awang da ni. keh3~
Tapi kan. Tadi cuaca tak berapa cerah *malam kot* dan hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum menyebabkan tv kat cafe V5 ilang signal. Ni la padahnya pakai Astro. Ramai yang berkeliaran ke common room sebab kat situ ada tv yang tak pakai Astro. Penulis tetap setia menanti bersama-sama rakan-rakan lain sambil berdoa mintak la ujan cepat berenti. Selang beberapa minit berlalu dengan ujan dok lebat lagi, ada pulak student Indonesia yang berdekatan dapat tweet yang Indonesia dah pun mendahului 1-0. Perasaan penulis masa tuh camni
Haa..memang sbijik camni tapi rambut tuh wajib diabaikan. Dah semangat-semangat pakai jersey Malaysia tengok-tengok da bolos awal. Stressssssssssssssssss!!!! But anything can happen in football. Its unpredictable. Tak lama lopaih tuh ujan pun da reda dan Astro kembali menyinar kat tv cafe V5 tuh. Tiba-tiba penuh balek cafe tuh. Haha. Bukan main nerves lagi kami ni dari Malaysia dan student dari Indonesia tengok game tadi. Asal kena serang ja jerit. Asal kena serang ja jerit. Asal jerit ja kena serang. Macam tengok cita hantu pun ada.
Persembahan dari Malaysia tidak mengecewakan penulis untuk first half dan berjaya mengubat kedukaan bila Malaysia berjaya mengikat kedudukan 1-1 sebelum tamat first half. Kat cafe tu tadi kanan kiri kawan-kawan Malaysia penulis. Kat depan pulak student Indonesia. Ada sorang gadis Indonesia ni duduk betol-betol depan penulis. Kagum bebeno dengan semangat dia tengok game tadi. Asal Malaysia try ja, dia cakap "Good try..good try"..Asal Malaysia tackle ja, dia cakap "Sakit tu..". Haha. Lawak pulak. Kami ni pun yang duk dekat dengan dia balas jugak la...Bila Indonesia try, kami cakap "Good try...good try"..Bila Indonesia tackle, kami cakap "Sakit tawwwww".Hahahaha~
Game tadi memang epic. And it was a second win in a week against Indonesia. First game dulu masa grouping lagi Indonesia tak hantar skuad utama depa. Final ni depa turunkan taiko-taiko yang lama berehat untuk menerkam Harimau Muda. Harimau Muda pun tak kurang hebatnya sebab mampu bersaing walaupun tiga tonggak utama cedera kan. Tahnia OKS!! Its was an awesome final!! I think both teams deserved a gold medal. Only penalty kick separated them. Fakri tuh bikin gua panas jaaaaa~ Bila tengok dia kena amek penalti, penulis teros facepalm berjemaah dengan rakan-rakan lain
A great game indeed. It felt as if we had won the Sea Games. Haha. We should be proud with their achievement to win the final against the host team, at their home and in front of their thousands and thousands of fans. Penulis sedih jugak la tengok student-student Indonesia kekecewaan lepas habis game. Tapi tula adat permainan. Ada menang ada kalah. This game had shown true professionalism and sportsmanship where there was no bad incident happened. Gadis tadi pun siap mintak tangkap gamba beramai-ramai sesama student Malaysia dan Indonesia as a sign of friendship.
Nak tengok tak detik-detik kemenangan Malaysia kat UTP malam tadi? Sila tengok video kat bawah ni hasil rakaman Nas
Da macam kena hysteria pun ada. Haha. Tapi tula semangat Malaysia yang ditunjukkan kami!! You can see the frustation from the Indonesian side. Too bad that luck was on our side. It was a moment to cherish for us =) Saket jantung tengok penalti tuh. Haiyaa~
Haa..ni nak ingatkan dekat kita orang Malaysia. Jangan panggil orang Indonesia ni 'budak Indon' sebab 'budak' tu macam panggilan hamba dan 'Indon' tuh macam kasar untuk depa. Panggil la orang Indonesia ataupun 'orang Indo' saja. Memang la ada orang Indonesia yang panggil-panggil kutuk-kutuk orang Malaysia dengan ayat-ayat kurang enak. Tapi jangan kita pulak jadi macam tuh wokeh.
Lupa pulak nak update lagi satu benda. Ahad baru ni penulis dan beberapa rakan se-UTP menyertai Allianz International Penang Bridge Marathon. Penulis join kategori 10km open male dan Alhamdulillah berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan iaitu 90 minit. My first finisher medal!! Hoping to get more insyaAllah. This marathon was also announced as the largest participants marathon in the Malaysia Book of Records. Ramai gila wohhhhh~ It was an awesome experience to run on the Penang Bridge at 6.00 am. No car. It was only us running on it. Yang takleh blahnya, masa da nak sampai tuh penulis saket perut dan nak terkucil. Nampak-nampak ja signboard '1km to go', penulis sprint la sebab tak tahan. Tapi kan bila lari rasa macam da lebih 1 km, tak sampai-sampai jugak. Tataula depa letak signboard tipu ataupun penulis ni lembap sebenornya *the later one seems more legit*. Haha. Hampeh bebenoooo~ Nasib baek la sempat jugak carik toilet bila da sampai. Fuhhh~
UTP representatives *gamba dicurik dari fb Safwan Diah* |
Ntah sapala mamat baju oren kat kanan tuh. Macam bukan student UTP ja. Haha. Anyhow, I felt great to obtain the finisher medal. Tambahan pulak Malaysia menang final bola Sukan Sea tadi. Rasa macam dapat medal jugak. Haha~ Congratulation Harimau Muda and Garuda Muda!! You guys gave us a breathtaking display. Keep on improving and show that we - the Southeast Asia countries- can challenge the world football in the future. World Cup maybe? InsyaAllah~
0 pengasah pensel:
Catat Ulasan