Jumaat, 3 Februari 2012

tulisan 66 : sunnah Muhammad bin Abdullah


Salam Jumaat!!

Rasanya yang pi semayang jumaat arini mesti dengaq khutbah pasai Maulidurrasul kan? kan?

Jadi sempena sambutan Maulidurrasul tahun ni, penulis nak kongsi sedikit antara sunnah-sunnah rasul junjungan kita Muhammad SAW. Untuk refresh balik ingatan, ada pendapat berlainan sebenarnya mengenai tarikh sebenar kelahiran nabi Muhammad SAW ni tapi yang paling masyhur adalah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Tahun Gajah ni pulak berkait dengan tahun berlakunya peristiwa tentera bergajah Abrahah datang ingin merobohkan Ka'abah yang akhirnya tewas di tangan burung-burung Ababil yang dihantar Allah. Ada jugak pendapat lain yang mengatakan Rasulullah SAW lahir antara 8 hingga 12 Rabiulawal.

Sebelum berkongsi sunnah-sunnah Rasulullah SAW, hampa taw dak apa tu sunnah? Taw ka tak taw? Haaa. Ringkasnya sunnah Rasulullah adalah perkataan, perlakuan dan pengakuan Rasulullah semasa hayat baginda di dunia. Sekarang dah tahu apa maksud sunnah kan, di bawah adalah antara sunnah-sunnah Rasulullah SAW.


Tidur dalam keadaan berwudu'


Daripada Barra' bin Azib RA. katanya Rasulullah SAW bersabda : Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan... (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur


Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda mentadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai ole kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari)


Berwudu' sebelum mandi


Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila mandi jenabah baginda memulakan dengan membasuh tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk sembahyang selepas itu dimasukkan jejari dalam air lalu menggosok-gosok hingga pangkal rambut. Selepas itu dijirus air ke atas kepala tiga kali dengan tiga cedokkan kedua belah tangannya. Kemudian meratakan air keseluruh badan baginda. (Riwayat Bukhari)


Jimat penggunaan air


Kata Ibnu Jabr aku mendengar Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW mandi dalam kadar satu gantang hingga lima cupak dan berwuduk dengan satu cupak air. (Muttafaqun Alaihi)


Menjawap seruan azan


Daripada Umar bin al-Ash RA katanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar Muazzin hendaklah kamu ucap sebagaimana i ucap kemudian berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.. (Riwayat Muslim)


Banyak bersugi


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau tidak kerana memecahkan umatku, pasti aku perintahkan bersugi pada setiap kali sembahyang. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Awal ke Masjid


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah manusia itu tahu tentang kelebihan seruan azan dan saf pertama kemudain ia tidak dapat melainkan terpaksa berkongsi mereka pasti akan berkongsi. Kalau manusia tahu tentang kelebihand datang awal pasti mereka berlumba-lumba kepadanya. Kalau manusia tahu tentang Isya' dan Subuh pasti merek pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Berjalan kaki ke masjid


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan perkara yang meghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakan wuduk daripada yang keji, banyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang selepas sembahyang demikian itu adalh berkait. (Riwayat Muslim)


Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib


Daripada Umul Habibah RA isteri Rasulullah SAW katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesiapa daripada kalangan orang Islam yang melakukan sembahyang sunat setiap hari sebanyak dua belas rakaat selain yang fardhu melainkan Allah bina untuknya sebuah istana dalam syurga. (Riwayat Muslim)


Sembahyang Dhuha


Daripada Abu Zar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap pagi, sendi seseorang kamu memerlukan satu sedekah, setiap tasbin sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, menyuruh kepada kebaikan sedekah, mencegah mungkar sedekah, dan digantikan demikian dengan sembahyang dua rakaat dhuha. (Riwayat Muslim)

Qiamullail


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW ditanya: Manakah sembahyang yang lebih afdhal selepas sembahyang fardhu....? Baginda bersabda: Sembahyang yang lebih afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang tengah malam.. .(Riwayat Muslim)


Sembahyang Witir


Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jadikanlah sembahyang malam yang berakhir dengan witir. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Sembahyang Dengan Beralas Kaki


Diajukan soalan kepada Anas bin Malik: Adakah nabi SAW bersembahyang dengan memakai dua belah seliparnya? Dia menjawap: Ya! (Riwayat Muslim)


Sembahyang Sunat di Rumah


Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menunaikan sembahyang di masjid, hendaklah ia jadikan juga rumahnya ada bahagian sembahyang kerana Allah akan menjadikan di rumahnya yang ada sembahyang kebaikan. (Riwayat Muslim)


Duduk di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari


Daripada Jabir bin SAmurah RA katanya Rasulullah SAW apabila selesai sembahyang subuh, baginda di tempat sembahyang sehingga terbit matahari dalam keadaan baik. (Riwayat Muslim)


Mandi Hari Jumaat


Daripada Abdullah bin Umar RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba seseorang kamu pada hari Jumaat, hendaklah ia mandi. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Hadir Awal untuk Sembahyang Jumaat


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat, para malaikat berada di pintu masjid, mereka menulis yang hadir awal adalah diawalkan. Perumpaan yang hadir awal, mereka itu diumpamakan seperti mengorbankan seekor unta, yang berikutnya seekor lembu, berikutnya seekor kambing kibas, seekor ayam, dan yang terakhir adalah umpama mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar, mereka menutup buku catatan dan mendengar peringatan dari khutbah. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Pergi dan Balik Sembahyang Raya dengan Jalan Berbeza


Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW pada hari raya baginda pergi dan balik masjid melalui jalan yang berlainan. (Riwayat Bukhari)


Sembahyang Jenazah


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyaksikan jenazah hingga disembahyangkan ia mendapat satu qirat dan sesiapa yang menyaksikannya hingga dikebumikan ia mendapat dua qirat. Ditanya kepada baginda: Apa itu qirat? Baginda bersabda: Ia seperti dua gunung yang besar. (Riwayat Muslim)


Puasa Tiga Hari Setiap Bulan


Daripada Abu Hurairah RA katanya, kekasihku mewasiatkanku agar tidak meninggalkan hingga mati, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang dhuha dan sembahyang witir. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah


Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: Apabila melalui tempat tinggi kami bertakbir dan bertasbih apabila menuruni ke tempat rendah. (Riwayat Bukhari)


Minum Dalam Keadaan Duduk


Daripada Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW melarang seseorang itu dari minum dalam keadaan berdiri. (Riwayat Muslim)


Berkumur Selepas Minum Susu


Daripada Ibnu Abbas RA katanya Rasulullah SAW minum susu segar dengan berkumur dan baginda bersabda: Ia ada lemak. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Makan Dengan Tiga Jari Tangan dan Menjilat Jari Itu Apabila Selesai Makan


Daripada bapa Ka'b bin Malik RA katanya Rasulullah SAW makan dengan tiga jari dan menjilat jarinya sebelum baginda lap tangan. ( Riwayat Muslim)


Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak izin untuk sesuatu melainkan diizinkan untuk nabiNya iaitu membaguskan suara, melagukan al-Quran dengan menyaringkannya. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Zikir Kepada Allah Setiap Ketika


Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyebut Allah setiap masa. (Riwayat Muslim)


Meminta Izin Sebelum Masuk Tiga Kali


Daripada Abu Musa al-Asyari RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Minta izin hanya tiga kali, sekiranya diizinkan, ia untuk kamu, jika tidak diizinkan hendaklah kamu balik. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Melawat Pesakit


Daripada Thauban maul Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menziarahi pesakit, ia akan sentiasa berada dalam taman yang renum di Syurga. (Riwayat Muslim)


Tutup Mulut Apabila Menguap


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Menguap dari syaitan, apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah ia menahan seberapa boleh, jika kamu berkata: Ha (bunyi suara dari menguap), syaitan pasti ketawa. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah


Daripada al-Aswad katanya aku bertanya Aisyah RA: Apa yang Rasulullah SAW buat dalam rumahnya? Kata Aisyah RA: Baginda membantu melakukan kerja keluarganya, apabila tiba waktu sembahyang baginda keluar untuk sembahyang.


Menjauhi Marah


Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang lelaki bercakap kepada nabi SAW: Wasiat kepadaku. Baginda bersabda: Jangan marah. Diulangnya beberapa kali dengan berkata jangan marah. (Riwayat Bukhari)


Bersedekah Jariah


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, dikecualikan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya. (Riwayat Muslim)


Menghilang Gangguan Jalan


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang berjalan di jalan, ia mendapati dahan berduri di atas jalan lalu dia ambil. Allah berterima kasih padanya dan mengampunkannya. (Riwayat Muslim)


Membunuh Cicak


Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan baginya seratus kebajikan, jika dua pukulan baginya tidak sebagaimana yang pertama dan jika tiga pukulan tiada baginya sebagaimana dua pukulan. (Riwayat Muslim)


Haaa..tula sedikit sebanyak sunnah Rasulullah yang dapat penulis kongsi. Ni boleh kira antara cara nak lebih mengenal peribadi baginda. Kalau ada yang kita biasa buat bagos la =). Cuba tambahkan lagi wokeh? Peringatan buat diri penulis jugak.

SALAM MAULIDUR RASUL!!



4 pengasah pensel:

Izyan.Nazihah.Abdullah berkata...

barakallahufik :)

Zakuan Ahmad berkata...

:)

qwerty berkata...

Assalamualaikum.. Klu xsilap saya yg susu tu, berkumur selepas minum susu, tp bukan berkumur dengan susu.. =]

Zakuan Ahmad berkata...

Waalaikumsalam..
Btol3~ maaf silap~ terima kasih atas teguran ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...