Jiwang semacam la pulak tajuk nih.
Tapi bagi penulis ianya tepat.
Sebab apa?
Sebab abang penulis yang ketiga baru sahaja melangsungkan majlis pernikahan pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 12 Februari 2012 @ 19 Rabiulawal 1433H. Kiranya penulis meraikan cinta abang penulis dan pasangan beliau la. Cinta yang halal semestinya =).
Alhamdulillah,
Mohammad Hatta bin Ahmad sudah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan beliau,
Alia Natasha binti Yusof. Depa ni kenal sejak di universiti. Dua-dua amek jurusan farmasi di Universiti Malaya. Pasangan sekelas la ni. Sekarang depa bekerja kat Sabah sebagai ahli farmasi tapi hospital lain-lain.
Memang jauh perjalanan kami sekeluarga nak ke tempat pengantin perempuan. Batu Pahat, Johor tuhhhh.Yang kat tempat pengantin perempuan ni kira part 1 laa. part 2 belom lagi sebab 18 Februari ni baru buat kenduri sebelah pengantin lelaki.
Satu bas penuh berisi sanak saudara penulis serta jiran yang teringin nak ke johor bergerak sehari sebelom majlis akad nikah. Bas pulak ada orang sponsor kan. Konpem penuh!! Haha. Ni kiranya masok kali kedua rombongan perkahwinan dari pihak keluarga penulis ke johor. Abang penulis yang nombor dua pun kawen dengan orang johor jugak. Orang Kota Tinggi. Jauh bebenoo depa punya taste nih. Tapi tula yang dikatakan jodoh =). Actually, penulis sebagai adik bongsu agak tercabar jugak la. Keh3~
|
pagi sebelom akad |
|
irene, si kanak-kanak ribena |
|
mak penulis bersama cucu kedua beliau, elyssa adik irene |
Excited jugak bila dapat join konvoi ke johor kali ni sebab sebelom ni penulis takdak can nak ikot. Almaklumla dulu masih belajar. Kini tidak lagi
*ada bau-bau macam iklan syampu*. Tengah-tengah free ni memang masyuk la berjalan ke mana-mana kan. Saket bontot woo duk dalam bas 10 jam. Kaki pun rasa kejang. Anyhow, we managed to go there and get back safely. Untuk lelaki yang teringin nak kawen dengan orang johor, kena taw pasal tol bila nak masok rumah pengantin perempuan. Kena prepare awai-awai duit dalam singgit banyak-banyak sebab nanti bila on the way nak masok rumah pengantin, ada la tangan-tangan disuakan menandakan anda berada di kawasan tol. Kalau tak kasik nanti ada roadblock. Haha. Kami ni dari utara dah banyak dah tol highway kena bayaq untuk sampai ke selatan. Nak masok rumah pengantin pun kena bayaq tol lagi. Haiyooo~ Majlis perkahwinan abang penulis yang kedua pun sama jugak dulu. Ada tol. Haa lagi satu depa ni suka berpantun-pantun jugak. Nasib baek la ada sorang jiran kepada sedara penulis yang turut serta ke johor power berpantun. Pacik Hasan nama beliau. On the spot dia hantam balas pantun orang johor. Haha. Terboyekk!!
|
rombongan dari Kedah |
|
suasana majlis akad nikah |
|
sekali lafaz..alhamdulillah |
|
bila dah ilang cuak, senyum sajaaa |
Mintak maapla penulis cuma ada gambaq sampai majlis akad nikah saja masa kat johor. Gambaq perarakan dengan kompang takdak. Penulis boleh pulak terlupa nak amek bateri kamera masa tengah cas kat umah. Bas dah gerak baru teringat. Nasib baek orang kat johor pun pakai kamera sama jugak. Pinjam jap bateri depa. Lepas akad nikah, depa pulak nak pakai bateri tuh. Hampeh bebenoo penulis ni -.-'.
FYI, abang penulis cuma perlu sekali lafaz saja masa akad nikah. Abang yang kedua pun sekali lafaz gak dulu. Ohh...the pressure T.T.sobss~ Anyhow, Alhamdulillah, mereka berdua dah sah bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin!! Pagi kelmarin pasangan pengantin baru ni baru tiba kat umah penulis di kedah. They will stay here until the wedding day of course. Sempat melayan series Modern Family sama-sama semalam. Sekarang ni turn kami di kedah pulak sibuk nak buat persiapan kenduri. Mintak-mintak segalanya berjalan lancar dan cuaca pun elok hari sabtu ni. Ameeeen~
Cerita lain pulak, penulis baru saja terima result semester terakhir di UTP dua hari lepas. Its within my expectation. Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah selesai =). Email report for duty pun dah hantar. Sekarang cuma dapat tunggu dan berdoa la mintak-mintak Petronas cepat panggil. Duk lama-lama kat umah boleh beku otak nih.
That's it for now. Slapsolutely the next post will be 'perjalanan meraikan cinta 2/2' =)
2 pengasah pensel:
irene n elyssa sgt kiut! :) semakin ayu da aku tengok irene nih~ :D
tula pasalll...comel giler due kanak2 ribena tu..irene ayu?haha..ayu tuh 1% je kot..99% lagi tak reti duk diam
Catat Ulasan