Khamis, 1 Mac 2012

tulisan 69 : antara pahala dan gaji

Semalam penulis ada tengok satu ceramah pendek Ustaz Azhar Idrus di youtube. Kelakar sokmo UAI ni. Haha. Tapi malangnya tak ingat pulak tajuk ceramah tu.

aduh..UAI pakai canon pulop..penulis pakai Nikon..dop molek lagu ni
Tak kisah la kan. Apa yang penulis nak kongsi sikit adalah perihal pahala dan gaji yang dipetik dari ceramah tersebut.

Kebanyakan kita ni memang sedia maklum baluq liat kalau bab-bab nak pi semayang berjemaah ni. Penulis pun tak terkecuali. Ya. baluq liaattt.

FYI, Solat berjemaah ni Fardhu Kifayah dalam Mazhab Shafi'e. Maknanya kalau ada sekumpulan manusia yang melakukannya, tak wajib dah bagi yang lain.

hat mana satu hampa? haha
Tapi kan, masa kat sekolah dulu pun kita dah belajaq. Solat sorang-sorang pahala dia cuma satu. Solat berjemaah pahala dia dua puluh tujuh. Anak sedara penulis umoq 3 taun pun taw dua puluh tujuh tu lagi banyak. Nak dapat pahala dua puluh tujuh sebenaqnya mudah saja. Usaha cuma sedikit. Boleh buat kat rumah dengan keluarga. Tapi kita selalu pilih hat satu kan kan. Eleleleh~ buat-buat tak ngaku pulak. Siku pala satgi kot.

Ok, sekarang ni cuba fikir kalau kita ni baru nak carik kerja kan. Kalau kita diberi dua pilihan pekerjaan. Satu tu gaji dia RM1,000 sebulan. Kerjanya cuma korek idung. Mudah bukan? Satu lagi gaji dia RM27,000 sebulan. Yang ni kerjanya susah sikit. Kena korek lombong emas. Susah la tuh kan. Kalaulah diberi pilihan macam ni, yang mana satu pilihan dihati kita? Yang RM1,000? Nampak benoo nipuuu nyerrr~ Mestila kita nak yang RM27,000 sebulan tu kan. Masyukkk tuhhhh~


Pelik pelik. Kalau pasal gaji tinggi-tinggi ni kita sanggup pulun memulun. Tapi untuk dapat pahala tinggi-tinggi tak mau pulak. Tapi dah nama pun manusia kan. Kelemahan tu kat mana-mana. Penulis pun lagu tu jugak. Cumanya nak bagi peringatan kat diri dan pembaca disayangi supaya kita janganlah kejar dunia ni sampai lupakan akhirat. Berjaya kat dunia pun penting jugak bukan tak penting. Tapi kena balance la. Gaji tinggi mana pun kat dunia ni, tak boleh nak bank-in dalam saham akhirat pun. 'Gaji akhirat' tu yang akan kita bawak kelak. Bukan tak boleh nak bergaji tinggi. Boleh tu boleh. Awesome kot kalau gaji tinggi. Dapat bagi bantuan kewangan ke jalan Allah kan. Cuma pastikan gaji yang satu lagi tu pun tinggi jugaklah. Baru namanya berjaya fiddunya wal akhirah =) Tak gitu?



0 pengasah pensel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...