Khamis, 22 Mac 2012

tulisan 71 : tahniah SMKA Al-Irshad!

Alhamdulillah^^

Tahniah diucapkan buat para bekas pelajar SMKA Al-Irshad yang baru sahaja mendapat keputusan SPM 2011 kelmarin. 25 orang telah mendapat straight A dan seorang mendapat straight A+. Gila mantopppp!!

Macam biasalah, setiap tahun akan ada hero atau heroin SPM dari SMKA Al-Irshad yang akan masuk akhbar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cemerlang kerana ibu bapa dan guru

21 Mac 2012


KEPALA BATAS - "Dorongan ibu bapa dan berkat tunjuk ajar guru telah membawa kejayaan keputusan cemerlang dalam keputusan saya," kata seorang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Aisyah Yusairah Mohd Zaidi. 

Aisyah Yusairah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, Pokok Sena di sini, memperolehi 11A+ iaitu gred cemerlang tertinggi dan beliau turut mengharumkan nama sekolah itu apabila muncul antara tiga pelajar terbaik peringkat negeri. 

"Saya belajar seperti biasa secara berkumpulan dengan kawan sekelas, tetapi  membuat nota khas yang ditampal di setiap ruang dalam almari pakaian di asrama untuk mudah dilihat. 

"Masa menonton televisyen tetap ada termasuk tidak pernah melepaskan peluang menonton rancangan drama Korea bersiri, bersukan dan beriadah bersama teman," kata anak sulung daripada lapan beradik itu. 

Aisyah yang merupakan anak pengurus kilang dan berasal dari Kajang, Selangor, bercita-cita menjadi jurutera kimia dan memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Katanya mungkin niat belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan bukannya mengejar keputusan cemerlang membuatkan beliau mampu mendapat keputusan itu dan ia disifatkan sebagai hadiah terbaik buat keluarga dan semua guru di sekolahnya. 

Sementara itu, Muhammad Nasruddin Nasehir Khan, 18, dari Sekolah  Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubuk berkata beliau tidak sangka mendapat keputusan 10A+. 

"Saya ingat saya hanya boleh memperoleh 9A sahaja kali ini kerana dalam ujian akhir tahun hanya memperoleh 6A+, 3A dan 1A-.

Saya juga terperanjat apabila menjadi salah seorang calon terbaik negeri dan sekolah ini," kata anak kepada Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Nasehir Khan Mohamad Yahaya, 45, dan suri rumah Khalsom Bebe Hanifa, 44. 

Anak kedua daripada tiga beradik itu menaruh cita-cita untuk menjadi doktor sejak dari kecil dan berharap ia menjadi kenyataan kelak. 

Bagi Goh Yiet Hean, 18, dari SMJK Jit Sin berkata beliau terkejut dengan keputusan 10A+ dalam peperiksaan SPM itu. 

"Saya menghadiri kelas tuisyen bagi membolehkan saya mendapat lebih banyak ilmu bagi mata pelajaran yang diajar dalam peperiksaan SPM," kata anak sulung daripada dua adik-beradik itu.  - Bernama


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah adik Aisyah Yusairah!! Ooo..Resepi kejayaannya kena layan drama Korea. Haha. Itu namanya study smart =). Penulis pun tak kenal sangat tuan empunya nama ni. Almaklumla, dah enam tahun meninggalkan alam persekolahan. Kiranya depa ni super junior lah. Nasib baik berkesempatan ke sekolah untuk menyaksikan saat-saat junior-junior penulis ni menerima keputusan SPM. Penulis pun nebes gak bila tengok muka depa nebes. 

kenapa cikgu rokiah tampak riang? sebab bukan beliau yang amek result~
selesai menunaikan solat hajat di surau, para penerima result bergerak menuju ke hadapan dewan
ini bukan pelajar..jangan ditipu dengan kecomelan beliau.haha.cikgu sarah pun kelihatan riang sebelum keputusan keluar
pelajar mula masuk ke dalam dewan..muka-muka nebes bergelimpangan
Pengetua, Tuan Haji Mohd Radzi memberikan ucapan pendek sebelum  mengumumkan keputusan
haaa..ni antara muka nebez yang buat penulis nebez jugak..nebez kan kan?
ada yang masih teros berdoa =) bukan tido tuh okeh~
wajah ibu bapa juga kelihatan suram menanti keputusan keluar
Beginilah keadaan di dalam dewan besar SMKA Al-Irshad beberapa ketika sebelum keputusan diumumkan oleh pengetua sendiri. Tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja pengetua mengumumkan kenaikan prestasi SPM 2011 berbanding SPM 2010. SPM 2011 dikatakan sebagai tahun terbaik buat SMKA Al-Irshad sepanjang 10 tahun yang lepas. SMKA Al-Irshad telah dinobatkan sekolah ketiga terbaik seluruh Pulau Pinang. Alhamdulillah^^. Walaupun mungkin masih jauh lagi untuk membandingkan SMKA Al-Irshad dengan SBP yang memang terkenal macam Tunku Kurshiah dan Kisas, InsyaAllah berkat usaha generasi Irshad yang seterusnya dapat menaikkan lagi nama sekolah. Kalau nak tahu ranking SBP SPM 2011 boleh rujuk sini. Ranking MRSM SPM 2011 pula boleh rujuk sini

that's Aisyah Yusairah
tahniah!!
tangisan kejayaan ;)
Alhamdulillah. Tahniah lagi diucapkan buat adik Aisyah Yusairah dan juga pelajar-pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang untuk SPM 2011 kerana kejayaan mereka juga diraikan oleh kami bekas-bekas pelajar SMKA Al-Irshad =). Penulis tengok banyak status alumni SMKA Al-Irshad di facebook yang menyatakan rasa gembira dengan kejayaan adik-adik mereka.

Berbalik kepada keadaan di dalam dewan, cuma pelajar yang mendapat keputusan straight A sahaja diumumkan nama mereka untuk naik ke atas pentas. Sejurus selepas itu, yang masih belum menerima keputusan pun bergerak menuju ke kaunter kelas masing-masing. Debaran masih wujud buat mereka.

nak amek result pun kena isi macam-macam..haih lomah jantung eh
yang tak amek result pun mengambil peluang untuk memeriahkan suasana @ lari kelas
dup dap dup dap
ishh..copek la skek isi tuhhh~ 
antara pelajar straight A. kacak-kacak belaka seperti senior mereka
teacher jamilah dan teacher zaiton suka bergambar
fatin natasha (batchmate penulis) turut datang menemani adiknya menerima keputusan
barisan pelajar cemerlang SPM 2011 bersama cikgu-cikgu yang nak amek berkat
barisan pelajar straight A
Yang ni pulak antara muka-muka pelajar yang mendapat straight A. Maaf, penulis tak tahu nama mereka.







Jadi begitulah berakhirnya pengumuman keputusan SPM 2011 di SMKA Al-Irshad. Masa penulis dulu tak kena pakai baju sekolah. Dewan pun tak penuh. Tapi bagoslah jugak buat macam ni kan. Boleh dijadikan inspirasi buat junior-junior lain yang turut sama datang ke dewan. Yang penulis ingat pun, penulis peluk PK 1 sekolah waktu tu, Ustaz Halim, sejurus selepas dapat result sebab dia ja ada kat depan penulis masa tuh. Haha. 

Nah beberapa gambar lagi buat tatapan bekas pelajar SMKA Al-Irshad kalau ada yang membaca. Dah makin surut dah bilangan cikgu-cikgu yang penulis kenal. 

cikgu isfa senyum sokmooo...guru BM penulis dahulukala
ustazah najihah maintain ja cute dari dulu...beliau mengajar quran sunnah
nindiaaa ustaz azli, guru bahasa arab terboyekkkk
cikgu salahiah, guru kimia penulis
cikgu tengku bersama anak beliau.sama-sama cuteee~juga guru kimia penulis
Itu sahajalah coretan kali ni. Best jugak dapat tengok perkembangan sekolah. Banyak sangat kenangan kat SMKA Al-Irshad ni. Walaupun penulis baru sahaja menghabiskan pengajian di UTP, tapi bagi penulis kehidupan sebagai pelajar sekolah lebih bermakna sebab ukhwah antara guru dan murid tu lebih terasa. Bukan lah tak rindu kan UTP. Rinduuu~ Nanti bulan 10 penulis akan kembali ke sana sempena majlis konvokesyen. Ntah eksaited lagi ka tak nanti. Jauh sangat gap habis belajar dengan konvo T.T. Eksaited nak jumpa membe-membe saja la =). Mesti ramai yang dah kawen nanti. Graduate-graduate UTP memang gatai-gatai. Haha =P

Anyhow, its great to see my super juniors achieving their goals. It did motivate me too. For those who did not get the results they're hoping for, take it as a lesson to work harder in the future. Walaupun SPM gempak mana sekalipun tak bermakna segala-galanya akan menjadi mudah. The pressure and expectations for the coming years will be higher. The real challenge is to translate those into reality. Yes, they are many who use Bill Gates as an inspiration whenever they fall. Yet, many have failed to realize the sacrifices he made to be who he are today. He never finishes his studies in Harvard because he chose to. Not because he's not capable. His SAT was 1590 out of 1600 when he enrolled to Harvard. Maybe studying was never his passion back then. Ok. penulis dah melalut jauh dah. Bacala kisah hidup beliau kalau berminat.

Usaha, usaha dan teruslah berusaha. InsyaAllah akan berjaya^^. Allah pandang kita kerana usaha tahu.

" Dan katakanlah wahai Muhammad : hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan"  
 At-Taubah ayat 105


p/s : InsyaAllah sebulan lagi akan menjadi engineer PETRONAS =)





7 pengasah pensel:

Izyan.Nazihah.Abdullah berkata...

tahniah laa kat budak tuh ~
irsyad sentiasa heba, masyallah.

Izyan.Nazihah.Abdullah berkata...

~hebat

Zakuan Ahmad berkata...

btol3! ;) makin hebat skang irshad

Harmi bin Mohammad Jamil berkata...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog:
http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.

Unknown berkata...

Terjumpa blog ni lepas google psl irshad. Lana sgh x pi melawat irshad sjk amik transkrip spm dlu. Lama sgh. Sek skrg mkn hri mkn cntik nmpknya. Ckgu tengku pn dgr kta pindah sek dh.balik negeri. Rindu pulak masa jadi pelajar dulu. Sekejapnya 6 tahun berlalu.

Azlyn berkata...

I know kak aisyah yusairah back then when i was in form 1πŸ˜„ this thursday my turn pulakπŸ˜… do pray for my batch!!πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Isma Ismail berkata...

i'm from batch 1115 ,woahhhh this thursday my turn pulakπŸ˜… do pray for my batch!!πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...