Jumaat, 27 Januari 2012

tulisan 64 : bila cuti datang lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam corner.

Lama pulak tak berupdate si pensel ni.

Almaklumla, baru merasa cuti yang ntah bila penghujungnya *mintak-mintak lama sket*


Nak dijadikan cerita, lepas abes final paper dulu, niat dalam hati tuh memang nak balek rumah tros tapi..

Tapi...

Tapi...

Nak kena settle kan hardbound FYP II dulu pulak T.T. Sobs~~

SV pulak kurang sehat sejak dua menjak ni. So, selalu la postpone meeting dengan beliau. Last-last skali beliau pun paham keadaan penulis dan rakan-rakan yang bakal menjadik golongan immigran kalau stay lama-lama kat UTP. Beliau pun approve dessertation kami dan dengan suka hatinya kami pun buat la hardbound secepat mungkin. Dalam proses menunggu hardbound siap, penulis pun settle kan borang Clearance dan post moto kesayangan pulang ke rumah. Credit to my ex-housmate Acap sebab banyak tolong dengan kereta beliau. Seminggu lepas tu baru la betol-betol habes urusan kat UTP. Hardbound dah hantar. Clearance dah settle. Alhamdulillah.

Hardbound dalam kenangan~

Jadi, Sabtu lepas baru lah penulis pulang ke kampung halaman =). It felt soooo goooodd~

Memandangkan 18 Februari 2012 ni akan berlangsung majlis perkahwinan abang penulis yang no.3, hari Ahad sampai la hari Khamis penulis jadik drebar mak dan ayah pergi memanggil sedara-mara dan rakan-rakan mereka untuk ke kenduri nanti. Jenuh jugakla pusing-pusing Pulau Pinang mencari-cari kawan-kawan lama mak dan ayah. Dapatla tengok muka sedara-mara yang penulis jarang jumpa. Yang tak pernah kenal pun ada. Tau-tau ja ada sangkut paut darah rupanya. Ayah penulis pulak tak sihat dan cepat penat sekarang. Nak drive jauh-jauh pun tak larat dah. Orang dah berumurkan. Tapi dalam saket-saket pun ingatan beliau kuat lagi. Beliau dapat ingat jalan ke kampung lama zaman beliau kecik-kecik dulu. Sebak jugak penulis bila sampai kampung tu. Bole nampak ayah dengan mak mengenang zaman kecik-kecik depa. Almaklumla dulu mak ngan ayah penulis tinggal sekampung. Apapun, Mintak-mintak ayah cepat sembuh dan sihat balek. Ameeenn~

Dah seminggu la kiranya penulis di rumah. Bosan tu bosan la jugak tapi sebab ada kerja-kerja rumah nak di siapkan menjelang kenduri nanti, kurang la rasa bosan tuh. Rumah pun dah cat baru kaler oren terang benderang bak buah oren. Kalau orang mai kenduri tak jumpa umah jugak hmmmm.

You're kidding rite?
Haha. Anyhow, sementara menunggu permanent job, konpem-konpem la kena buat part time kan. Bole mati katak duk melangut ja kat umah ni. Actually, tanpa disedari penulis tengah buat part time sebenornye. Tak caya? Tak caya? Tu kat bawah tuh bukan part time??

DREBAR TANPA GAJI COMPANY MAK AYAH


GAMER SEJATI TIKA MASA MENGIZINKAN


PENGHABIS MAKANAN BERLEBIHAN


AHLI TIDO SESEDAP MUNGKIN


PENONTON SETIA BOLA SEPAK



Part-time la tuh kan? kan? Kawan-kawan UTP pasti bersetuju. Tertakluk kepada yang masih menanam anggur sahaja.

Pasal tengok bola sepak tuh kan, balek ja rumah dari UTP hari sabtu aritu teros penulis talipon Astro mintak tambah balek channel sports. Haha. Dulu penah tambah dah tapi sejak penulis jarang balik plus abang-abang pun kat KL dan Sabah, tak guna la jugak kalau takdak orang tengok kan. Malam tu jugak dapat tengok ManU lawan Arsenal. Ohh yeahhh!!! Esok ManU lawan Liverpool pulok. Idop Manchester United!!!

Haaa sebelom menutup tulisan ni..ada sedikit pesanan penulis kepada pembaca, 

Mohon doakan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin dan diberi kekuatan menghadapi asakan Israel laknatullah yang semakin hebat sekarang. Makin banyak rumah diroboh, tanah dirampas dan ada yang diculik tanpa sebab. Kita tak mampu nak berjuang bersama tapi kita mampu berdoa, bersedekah dan ambil peduli bukan? Sambil-sambil tu bole jugak doakan penulis dapat kerja yang elok untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ;P


Jumaat, 13 Januari 2012

tulisan 63 : we made it!!



Makin ramai pulak gamba lepas final paper ni

Bukan kami beranak pinak wokeh. Lempang kang~

Can you spot me?

Anyhow, yeah! we finally made it!!


Khamis, 5 Januari 2012

tulisan 62 : final final final

Esok merupakan hari pertama final exam kat UTP sebelum semester September 2011 menutup tirai.

First paper penulis lusa pagi. FYPII VIVA pun lusa jugak di petang harinya. Sobss.

Anyhow, InsyaAllah this would be the final of my final examinations throughout my UTP years.

InsyaAllah. Mintak-mintak dipermudahkan.

To UTPians yang ada paper esok dan hari seterusnya.



Lets kill the papers!!!!!!!!!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...