Sabtu, 26 November 2011

tulisan 53 : once upon a time at UTP cimb atm






p/s : happened last Friday and yes, I'm a 9gagger~ =P

Selasa, 22 November 2011

tulisan 52 : The Young Tiger strikes again!!

Okeh..

Sepatutnya niat di hati nak buat fyp dan kerja-kerja berfaedah lepas tengok final Malaysia vs Indonesia tadi.

Tapi..

Tetapi..

Erk..

Lantaklaa~ nak update jugak. hahaha.

Rasanya semua dah tahu kan keputusan game tadi. Dengan segala tweeter, facebook, friendster pun bole =P

Sepandai-pandai garuda terbang, akhirnya jatuh ke tanah juga.

nyam3~

Alhamdulillah HARIMAU MUDA telah menunjukkan belangnya yang berbelang-belang tu kat GARUDA MUDA yang memang diakui cakarnya berbisa.

Tepat jam 8 malam tadi penulis teros la turun ke cafe V5 nak tengok siaran langsung beramai-ramai bersama dengan warga V5 lain yang gila bola. Yang tak gila bola pun datang tengok jugak. Yang bukan dari Malaysia ataupun Indonesia pun datang jugak menyaksikan perlawanan antara dua musuh tradisi ini. Fuhh. Da macam Hasbullah Awang da ni. keh3~

Tapi kan. Tadi cuaca tak berapa cerah *malam kot* dan hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum menyebabkan tv kat cafe V5 ilang signal. Ni la padahnya pakai Astro. Ramai yang berkeliaran ke common room sebab kat situ ada tv yang tak pakai Astro. Penulis tetap setia menanti bersama-sama rakan-rakan lain sambil berdoa mintak la ujan cepat berenti. Selang beberapa minit berlalu dengan ujan dok lebat lagi, ada pulak student Indonesia yang berdekatan dapat tweet yang Indonesia dah pun mendahului 1-0. Perasaan penulis masa tuh camni

Photobucket

Haa..memang sbijik camni tapi rambut tuh wajib diabaikan. Dah semangat-semangat pakai jersey Malaysia tengok-tengok da bolos awal. Stressssssssssssssssss!!!! But anything can happen in football. Its unpredictable. Tak lama lopaih tuh ujan pun da reda dan Astro kembali menyinar kat tv cafe V5 tuh. Tiba-tiba penuh balek cafe tuh. Haha. Bukan main nerves lagi kami ni dari Malaysia dan student dari Indonesia tengok game tadi. Asal kena serang ja jerit. Asal kena serang ja jerit. Asal jerit ja kena serang. Macam tengok cita hantu pun ada. 

Persembahan dari Malaysia tidak mengecewakan penulis untuk first half dan berjaya mengubat kedukaan bila Malaysia berjaya mengikat kedudukan 1-1 sebelum tamat first half. Kat cafe tu tadi kanan kiri kawan-kawan Malaysia penulis. Kat depan pulak student Indonesia. Ada sorang gadis Indonesia ni duduk betol-betol depan penulis. Kagum bebeno dengan semangat dia tengok game tadi. Asal Malaysia try ja, dia cakap "Good try..good try"..Asal Malaysia tackle ja, dia cakap "Sakit tu..". Haha. Lawak pulak. Kami ni pun yang duk dekat dengan dia balas jugak la...Bila Indonesia try, kami cakap "Good try...good try"..Bila Indonesia tackle, kami cakap "Sakit tawwwww".Hahahaha~

Game tadi memang epic. And it was a second win in a week against Indonesia. First game dulu masa grouping lagi Indonesia tak hantar skuad utama depa. Final ni depa turunkan taiko-taiko yang lama berehat untuk menerkam Harimau Muda. Harimau Muda pun tak kurang hebatnya sebab mampu bersaing walaupun tiga tonggak utama cedera kan. Tahnia OKS!! Its was an awesome final!! I think both teams deserved a gold medal. Only penalty kick separated them. Fakri tuh bikin gua panas jaaaaa~ Bila tengok dia kena amek penalti, penulis teros facepalm berjemaah dengan rakan-rakan lain

Photobucket

Tapi penalti tu kan more on luck. Ntah kenapa kami nak facepalm jugak. Haha. He was just unlucky tonight. Nasib baik Apek dengan muka ke-apek-annya berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Indonesia *satu terkena palang sebenornye*. Sepakan terakhir dari kapten Harimau Muda pun bikin kami cuak. Bole pulak Baddrol tendang terkena kaki keeper. Mula-mula penulis memang rasa tak masuk ni. Tapi comel-comel ja bola tuh berguling-guling masok. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ rasa lega macam baru lepas berak.


A great game indeed. It felt as if we had won the Sea Games. Haha. We should be proud with their achievement to win the final against the host team, at their home and in front of their thousands and thousands of fans. Penulis sedih jugak la tengok student-student Indonesia kekecewaan lepas habis game. Tapi tula adat permainan. Ada menang ada kalah. This game had shown true professionalism and sportsmanship where there was no bad incident happened. Gadis tadi pun siap mintak tangkap gamba beramai-ramai sesama student Malaysia dan Indonesia as a sign of friendship. 

Nak tengok tak detik-detik kemenangan Malaysia kat UTP malam tadi? Sila tengok video kat bawah ni hasil rakaman Nas


Da macam kena hysteria pun ada. Haha. Tapi tula semangat Malaysia yang ditunjukkan kami!! You can see the frustation from the Indonesian side. Too bad that luck was on our side. It was a moment to cherish for us =) Saket jantung tengok penalti tuh. Haiyaa~

Haa..ni nak ingatkan dekat kita orang Malaysia. Jangan panggil orang Indonesia ni 'budak Indon' sebab 'budak' tu macam panggilan hamba dan 'Indon' tuh macam kasar untuk depa. Panggil la orang Indonesia ataupun 'orang Indo' saja. Memang la ada orang Indonesia yang panggil-panggil kutuk-kutuk orang Malaysia dengan ayat-ayat kurang enak. Tapi jangan kita pulak jadi macam tuh wokeh. 

Lupa pulak nak update lagi satu benda. Ahad baru ni penulis dan beberapa rakan se-UTP menyertai Allianz International Penang Bridge Marathon. Penulis join kategori 10km open male dan Alhamdulillah berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan iaitu 90 minit. My first finisher medal!! Hoping to get more insyaAllah. This marathon was also announced as the largest participants marathon in the Malaysia Book of Records. Ramai gila wohhhhh~ It was an awesome experience to run on the Penang Bridge at 6.00 am. No car. It was only us running on it. Yang takleh blahnya, masa da nak sampai tuh penulis saket perut dan nak terkucil. Nampak-nampak ja signboard '1km to go', penulis sprint la sebab tak tahan. Tapi kan bila lari rasa macam da lebih 1 km, tak sampai-sampai jugak. Tataula depa letak signboard tipu ataupun penulis ni lembap sebenornya *the later one seems more legit*. Haha. Hampeh bebenoooo~ Nasib baek la sempat jugak carik toilet bila da sampai. Fuhhh~ 

UTP representatives *gamba dicurik dari fb Safwan Diah*
Ntah sapala mamat baju oren kat kanan tuh. Macam bukan student UTP ja. Haha. Anyhow, I felt great to obtain the finisher medal. Tambahan pulak Malaysia menang final bola Sukan Sea tadi. Rasa macam dapat medal jugak. Haha~ Congratulation Harimau Muda and Garuda Muda!! You guys gave us a breathtaking display. Keep on improving and show that we - the Southeast Asia countries- can challenge the world football in the future. World Cup maybe? InsyaAllah~



Selasa, 15 November 2011

tulisan 51 : its a secret

Photobucket

Ni Makan Dieeeee!!

Nama pun secret

Mana bule bagitaw

Haha

p/s - segala kesulitan amat dikesali =P



Rabu, 9 November 2011

tulisan 50 : a half century already

Its not that i'm 50 years old now..*soon..soon..soooon..*


But its my 50th post already for this blog!!

Photobucket

WOW!!Kinda remarkable for a person so lazy to write even when being asked to *now i remember why all my past assignments were last minute submission...not good..not goood*.

Well, what is so interesting with the number 50?

Ulala~

Here are some logical and weird facts about the number 50

1. In Chemistry, 50 is the atomic number for tin 


2. The moon is fifty times smaller than the earth


3. In the United Kingdom, the M50 is the motorway which links Tewkesbury and Ross-on-Wye


4. 50 is the score on the centre of a dartboard (the bullseye)


5. 50 cent is really valuable for washing machine use in UTP



6. 50 cent is also a rapper


7. The two 50 cent above are not twin

Photobucket

8. The TV show Hawaii Five-O is so called because Hawaii is the 50th state


9. 5-O (Five-Oh) is a slang for police officer and/or a warning that police are approaching


10. Blue whale weighs about 50 tons at birth


11. On the 2nd November 2011, a 50-year-old mango tree fell onto and extensively damaged three vehicles in Terengganu. Source from thestaronline.


12. Year 2011 is the 50th anniversary of human spaceflight


13. A butique named 'Number Fifty' is located in Singapore


14. This is the 50th post for this blog.buhahaha~

Photobucket

Haha. Yosh!! I must not let this blog die in vain the same as my other past blogsssss *yes there are lots of them before*

That's all for now~

Tata~







Ahad, 6 November 2011

tulisan 49 : Salam Eidul Adha!!!


Assalamualaikum semua

Fuhh~ da dekat sebulan tak ber-update si pensel ni kan..

Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah raya haji kali ini penulis masih berpeluang menyambut di kampung halaman. Diserikan lagi dengan kehadiran dua anak buah kesayangan penulis yang kat atas tuh *promote-promote.haha*. Malangnya abang penulis yang sekarang bekerja kat Sabah tak dapat balik tapi tak mengapalah sebab tunang dia pun tak balek. Boleh prektis beraya sama-sama da kot =P. haha.

Memang susah nak datang mood menulis blog ni sejak penulis bergelar pelajar tahun akhir semester akhir ni. Tulisan sebelum ni penulis ada menyebut pasal majlis konvokesyen UTP kan. Elok seminggu lepas tuh pulak penulis mewakili UTP untuk pertandingan nasyid open category di KPMSI dengan UNIC sebagai juri. Alhamdulillah dapat nombor tiga dengan latihan seminggu sahaja. UNIC pulak memang best malam tuh sebab sporting gila melayan peminat-peminat macam penulis ni. Dapat la lepas gian dengar lagu Binnabil Huda, Jalinan, Erti Syukur dan Hanya Tuhan yang Tahu. Sungguh nostalgik malam tuh.

Photobucket
syabbbas UNIC. syabbas~
Lepas habis pertandingan nasyid tuh penulis ingat da bole berehat dengan aman dah. Namun, langit tak selalu cerah *memang musim ujan pun masa tuh*. Seminggu lepas tuh pulak penulis pergi ke Terengganu sebagai vokalis kumpulan Gamelan UTP. Minggu lepas la kiranya. Pertandingan Gamelan Kebangsaan 2011 telah dijalankan buat julung kali nya dan UTP telah diberi peluang menjadi antara finalist pertandingan ni. Yang kelakarnya, penulis ni sebenarnya bidan terjun ja ganti sorang penyanyi yang tengah intern. Penulis cuma sempat prektis empat hari saja lagu yang diberi dan masa malam pertandingan tuh pulak penulis terpaksa tukar key last minit untuk menyesuaikan vokal dengan muzik gamelan. Memang kelam bakut la time tuh. Walaupun UTP pulang tanpa sebarang trofi tapi banyak ilmu yang dapat dipelajari sepanjang pertandingan tuh. Mesti ramai yang tak biasa dengar kan gamelan ni. Ia sangat cooooool~ Seriously cool!!!

Baju paling serabot pernah ku pakai seumur hidup
Gamelan yang biasa dimainkan sempena event-event penting adalah gamelan tradisional yang agak slow muzik nya. Tapi untuk pertandingan ni ada dua kategori. Tradisional dan Kontemporari. Untuk kontemporari semua finalist wajib mencipta lagu sendiri. Lagu UTP sangat-sangat best tapi nak buat macam mana kan rezeki takdak. Ada team yang mampu mencipta lagu yang lebih menarik. Penulis nak sangat share persembahan gamelan dari ASWARA kat sini tapi takdak source pulak. Lagu Nafas ciptaan ASWARA memang gempak habes!! Kalau masok battle of the band pun boleh menang team gamelan tuh. Haha. InsyaAllah kalau ada nanti penulis share-share kan okeh.

Jadi begitulah kesibukan penulis untuk sebulan yang lepas. Alhamdulillah berakhir sudah dan mintak-mintak takdak dah kot lepas ni. Nak fokus untuk akademik dan interbiu kerja pulak. Balek dari Terengganu minggu lepas pun penulis teros ada interbiu esoknya. Tak prepare langsung. Sobss. 30 minit jugak lah kena dera dalam bilik tuh. Haha. Yang takleh blahnya bole pulak penulis tak perasan terambil pen interviewer sebab semangat sangat penulis nak jawap soklan dia kat atas resume. Punya seronok penulis duk tekan-tekan pen dia ingatkan pen penulis. Check-check pen penulis ada dalam poket lagi. Rasa nak facepalm ja masa dia cakap "Can I have my pen back?".

Photobucket
Camna bole salah pen pulak~aduss~
Anyhow, my interviewer is a cool lady. Bole gelak-gelak la senang cita. Tapi ending dia mintak pen tuh memang takleh blah. Haha. A good experience for my future interview. Jumaat ni ada satu lagi kat PJ pulak. Will try my best =). Still not sure what's my future going to be. Need to be patient I guess and try not to yield easily. Setelkan undergraduate dulu la kan.

Ok, berbalik kepada sambutan hari raya korban. Seriously I am really happy to see Irene and Elyssa =). Depa pun da tak takot dengan paksu. Tak larat nak melayan si kakak Irene. Si adik pulak da pandai berjalan. Ke hulur ke hilir cenggini-cenggini haa dia jalan. Da tidoq da kanak-kanak ribena dua orang ni dengan mak ayah depa. Esok depa da nak balek KL suda. Sobss~ Takpa Khamis ni paksu nak singgah rumah depa tidoq sebelom hari interview kat PJ. Its good to see these two kids growing healthily and playing as if the world is theirs. Haha. 

As usual, nah gambo-gambo budak-budak ni buat tatapan pembaca.





 Yes. Paksu loves you both =)

SALAM EIDUL ADHA (^^)

Sekian~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...