Khamis, 11 Oktober 2012

tulisan 81 : konvo konvo konvo


Fuhh~

Lama sudah tak menjenguk si pensel nih. Tulisan terakhir penulis pun pasal bulan Ramadhan. Dah dua bulan lebih tu. Aiseh~ Beku dah kepala ni nak menulis sejak abes Shutdown baru-baru ni.

Apa itu Shutdown?

Haa. Kalau nak tahu silalah baca tulisan lama penulis kat sini. Tengok, nak explain pun dah malas. Haha.

Now everybody in PCFKSB especially the maintenance family is busy preparing close-out reports. And I'm not excluded of course. Ponat Shutdown belum abes lagi dah kena prepare report panjang berjela pulak. Timkaiii


Sobs~

Anyhow, penulis takmau cerita panjang pasal Shutdown dah. Boleh demam pikiaq.

Berdasarkan tajuk yang jelas terang lagi bersuluh, ya, penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan di UTP suatu ketika dahulu bakal menghadiri Majlis Konvokesyen UTP kali ke-12 yang berlangsung pada 21 Oktober 2012. Tak lama dah tuu~


Alhamdulillah =)
Setelah lebih kurang 8 bulan menunggu, dapat jugak penulis merasa apa yang setiap graduan di seluruh dunia impikan. Menggenggam segulung ijazah =) InsyaAllah. Though I know it will be empty during the ceremony =P

Nak kata eksaited tu suam-suam kuku jugak la sebab lama sangat gap antara final result dan majlis konvokesyen. Kalau batch yang baru habis exam bulan sembilan tu memang eksaited habes la. Tengah panas lagi kan.

Tapi majlis konvokesyen ni tetap akan menjadi majlis yang bermakna buat penulis dan keluarga penulis sebab penulis ni anak bongsu. Kira legala mak ayah penulis lepas ni semua dah lepas. Haha. Majlis ni pun sekali seumur hidup. Kecualilah kalau penulis diberi rezeki melanjutkan pengajian pada masa hadapan. Siapa tahu kan? Penulis ameen kan saja =).

Itu sajala kot update buat masa ni dari penulis. Memang rasa beku la kepala ni nak menulis. Haa lagi satu, penulis ingin memohon pembaca yang dikasihi sekalian supaya mendoakan ayah penulis agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Sejak dua menjak ni kesihatan beliau nampak membimbangkan. Mohon ya =) Syukrann.

Sebelum mengundurkan diri, macam tak biasa pulak kan. Nah sedikit buah tangan dari penulis.



Aku Yang Berdosa tu yang paling latest. Nyanyian asal dari Shahir AF sangat sedap sampai penulis teringin nak buat cover lagu beliau. Haha. Enjoice! Maaf atas kesumbangan suara.

Sekian~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...