Khamis, 14 Mac 2013

tulisan 84 : the sweetest smile


The sweetest smile will always belong to her.

I love you Mak =)

Well, my dad is not compatible with camera. Its hard to get a good picture of him.

But anyhow,

I love you too Ayah =)


Please pray for a speedy recovery of my dad. He's not doing so well lately.

Thanks dear readers and good night =)


Ahad, 10 Mac 2013

tulisan 83 : rindu

Sungguh terlalu banyak perkara yang aku rindu,

Zaman kecilku, bermain bersama abangku di hujung minggu, menunggang basikal ke taman permainan bersama, menonton kartun di pagi hari bersama, membaca komik bersama, bergaduh menentu giliran untuk bermain komputer, bergaduh siapa paling jaguh dalam apa jua hal, tiada tanggungjawap dipegang

Sungguh aku rindu

Zaman sekolahku, makan bersama sahabatku di dewan makan, bermain bola sepak di padang setiap petang,  melangkah ke kelas bersama, bergurau senda dengan guruku, melencong keluar asrama tanpa pengetahuan warden, melaungkan azan, mengimami solat, sahur dan berbuka puasa bersama, berzikir beramai-ramai, membaca surah Yasin setiap Jumaat diakhir kelas

Sungguh aku rindu

Zaman universitiku, menonton bola di kedai mamak, bersorak dan bersedih bersama, bermain futsal menghilangkan letih otak menelaah pelajaran, menonton Family Outing dan Running Man bersama housemate sambil ketawa terbahak-bahak, bernasyid kerana minat yang sama, study group di library bersama pabila study week menjelma, bersengkang mata menyiapkan assignment yang tertunggak

Sungguh aku rindu

Zaman aku aktif bernasyid, berlatih setiap malam, bersengkang mata menghafal lirik, meninggalkan kelas demi untuk berlatih bila pertandingan semakin hampir, teruja dapat berjalan ke tempat orang, manisnya kemenangan dan pahitnya kekalahan, tenangnya hati bila menyampaikan bait-bait dakwah

Sungguh aku rindu

Diriku yang dulu, pemalu, penyabar, riang bersama sahabat, senyum selalu, tiada resah dijiwa kerna hal dunia

Sungguh aku rindu

Namun aku tetap bersyukur

Syukur kerana diberi rasa rindu ini.

Rasa rindu yang akan sentiasa mengingatkan aku bila aku terlupa

Siapa diriku.

Siapa Tuhanku.

Kerana Dialah yang mencipta perasaan rindu ini

Perasaan yang sangat indah

Agar aku hargai apa yang aku ada sekarang

Kerana suatu hari nanti aku akan merinduinya jua

Terima kasih Ya Allah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...