Sabtu, 19 Februari 2011

tulisan 3 : recording dan live forum di UTP

Seperti yang telah di war-warkan di dalam tulisan pertama tak lama dahulu, penulis telah menghadirkan diri ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam di kolej penulis sendiri iaitu UTP atau dengan  panggilan manjanya, Universiti Tipu Paper *faham-fahamla dari mana datang nick tuh kn*. Lebih kurang jam 8 malam, penulis dan housemate-housmate yang dilengkapi dengan baju melayu yang caca-merba kalernya bertolak menuju ke dewan canselor UTP dengan menaiki dua buah kereta. Hujan pulak masa tuh. Parking pn dah penuh di kawasan behampiran dewan. Jadi, nak tak nak tepaksa merentas desa sket sebab dapat parking jauh.

Forum ini adalah anjuran bersama pihak UTP dan JAKIM dibantu oleh RTM.*bangga sebentar dengan UTP*. forum ni terbahagi kepada dua. satu rakaman dan satu lagi siaran langsung. Yang rakaman didahulukan dan dituturkan dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar-pelajar luar negara UTP *yela kan, kalau cakap melayu memang keluarlah mereka-mereka ini dari dewan tanpa segan silu*. Alhamdulillah, kami sempat tiba sebelum rakaman bermula. Dengan berbekalkn kamera D90 bersama kit lensnya *ya, sangat suka menangkap gambar*, penulis terus memulakan pemburuan gambar sebab salah seorang ahli panel untuk forum rakaman ini adalah bekas perdana menteri Malaysia yang ke-empat yang memang konfem tak asing lagi di Malaysia bahkan di kalangan pelajar-pelajar luar negara UTP sendiri. Ya, Tun Dr. Mahathir b Mohammad sendiri datang sebagai ahli panel. Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan Canselor UTP.

Che Det (kanan sekali) sebelom rakaman bermula
Che Det ni memang punya magnet yang kuat *banyak makan magnet kot* sebab jikalau bertanya pada penonton-penonton yang hadir pada malam itu, rata-rata akan menjawap mereka datang sebab Che Det ada. Pengaruh beliau amat besar di dalam dan luar negara *penulis sendiri pn datang sebab nk tangkap gambar beliau*

kemeriahan dewan canselor UTP
pelajar-pelajar luar negara yang turut serta
Tetapi, tetapilah kan...sepanjang rakaman forum berlaku, penulis langsung tak fokus dengan perbincangan yang sedang dijalankan.haha. Sebabnya penulis sibuk kesana kemari mencari ruang-ruang untuk menangkap gambar sambil berbual dengan cameraman-cameraman yang laen. Nak buat mcm mana kan dah minat. Naseb baek rakaman. Nanti-nanti boleh tgk balek. Forum rakaman itu membawakan tajuk ' Palestine - A Global Issue' dan kalau nak tahu, gadis berbaju biru bertudung kelabu dalam gambar di atas merupakan seorang rakyat Palestin. Bagaimana penulis tahu? Haaaa..penulis pernah berbual dengan beliau sewaktu interview internship tahun lepas. Sekali ja la pn berbual.haha.

Isu Palestin ni memang semakin meruncing dengan kezaliman Israel laknatullah yang tak pernah berhenti menzalimi rakyat Palestin. Bekalan di sekat, pembunuhan berleluasa, rumah-rumah diroboh dan macam-macam lagi lah. Baru-baru ni dilaporkan bekalan perubatan di sana sangat-sangatlah tenat sedangkan bilangan pesakit menggunung-gunung. Lebih info bole di cari di sini. Boleh bayang tak kalau apa yang berlaku di sana juga berlaku di sini. Dapat hidup pn mereka sudah bersyukur. Kita di sini sangat mewah kn. Mereka di sana setiap hari berfikir macam mana la nak hidop untuk hari-hari seterusnya. Pelajaran pn terbantut. Kita di sini memikirkan apa?haaa.Fikir-fikirkanlah. Oleh itu, walaupun kita tak mampu nak berjuang bersama saudara-saudara di sana, tapi kita mampu untuk ambil peduli tentang kesengsaraan mereka dan bantulah mereka dengan keupayaan kita *derma bole, doa bole, sumbangan pakaian bole*. InsyaAllah setiap usaha walau sekecil zarah pn akan dapat membantu mereka. Yakin!!

Okeh, kembali kepada forum rakaman tadi, penulis nak share gambar-gambar sepanjang forum tersebut lah. picture tells more than word rite? *malas nk menulis panjang-panjang sebenornye.haha*

rakaman berlangsung
Che Det in recording

sambil kerja sambil baca
Che Det keluar ja semua follow keluar

isteri beliau setia menanti *sweet la pulak*
haaa.. nak share satu scene yang agak mencuit bulu ketiak kt bawah ni


sahabat kita dari luar negara nak bergambar dengan Che Det tapi Che Det selamba ja menjawap "how?!!!" sambil mnunjukkan isyarat tangan. Memang ketawa la kami yang berdekatan. Nak tahu kenapa Che Det jawap begitu??

kerumunan manusia di hadapan pintu dewan
nampak tak betapa ramai orang tengah kerumun Che Det tuh *Che Det pn tak kelihatan*. Macam mana mau tangkap gambar kn.haha. Sorry mate~ 

Begitulah berakhirnya forum rakaman itu. Memang majority penonton hadir sebab nak tengok Che Det. Hebat btol beliau ni *kagum kagum*. Selepas itu, bermula la pulak sesi forum siaran langsung yang bermula pukul 10 malam. Sayang seribu kali sayang penulis tak bawak henpon. Tak dapat nak talipon mak ayah mintak tengok muka anak mereka yang segak ni di kaca tv *kuciwaaaaa!!!!*. Sebelum siaran berlangsung, ada lah sorang manager mintak kami bagi kerjasama untuk sama-sama berselawat di awal dan di akhir rancangan nanti. Siap buat reherseal lagi tuh. Memang supportive lah budak UTP!!haha. Selawat itu di ketuai oleh ustaz kami sendiri iaitu Ustaz Zuriat Omar. 

Ustaz Zuriat Omar dengan senyuman moleknya

Ahli-ahli panel forum siaran langsung sedang bersiap-siap
Maka berlangsunglah siaran langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan di tv1 pkul 10 malam pada 17 Februari lepas. Ahli-ahli panelnya adalah Dr.Zaleha dari IKIM, Dr. Fakhruddin dari UTP dan Dr.Hj Zahazan dari Telaga Biru dengan di pengerusikan oleh Ustaz Erfino Johari yang sangat bersahaja. Tajuk yang dibawakan adalah 'Kasih Al-Amin'.

Forum kali ni penulis dapat fokus lebih sikit sebab dah tutup kamera dah.haha. Memang menarik isi-isi yang disampaikan oleh para ahli panel sepanjang siaran berlangsung yang banyak berkaitan dengan keluarga, golongan remaja dan isu semasa. Antara yang penulis suka adalah cerita Dr. Zaleha mengenai dua orang pelukis dari Greek dan China *tak pasti betul atau tidak negaranya* di mana kedua-dua nya telah beradu untuk membuktikan siapa antara mereka yang paling hebat melukis. Kedua-dua di berikan drawing board dan dibenarkan untuk meminta apa sahaja berus dan warna yang diperlukan untuk menyiapkan lukisan masing-masing. Si pelukis Greek bertungkus lumus menyiapkan lukisannya sambil meminta berbagai-bagai jenis berus dan warna*berus gigi mungkin*. Tetapi, si pelukis dari China ini tidak meminta apa-apa langsung tetapi masih bertungkus lumus menyiapkan lukisannya. Tak berapa lama kemudian, tibalah masa untuk menilai hasil kedua-dua lukisan ini. Lukisan si pelukis Greek memang cantek sekali dengan warna-warna yang berbagai-bagai sampai terbeliak bijik mata dan tegak bulu idung para juri *ok..bulu idong tuh hyperbola.harap maklum*. Kemudian, orang ramai pn tertanya-tanya bagaimanakah lukisan si pelukis China pula sebab beliau langsung tak meminta apa-apa berus mahupun warna. Rupanya, si pelukis China tadi sibuk mengikis-ngikis drawing board beliau smpai bersinar-sinar dan bersih seperti cermin lalu memantulkan lukisan si pelukis Greek dengan bantuan cahaya matahari. Kali ni para juri kaku terpegun dengan keindahan lukisan dan kepintaran pelukis China tersebut. Apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Zaleha dengan cerita ini ialah Islam adalah agama yang sangat indah dan ia boleh diindahkan lagi jika orang-orang Islam sendiri memancarkan cahaya Islam itu kepada orang laen dengan hati yang suci dan bersih seperti cermin tu tadi. Memang betul kn. Peribadi yang mulia yang berlandaskan Islam akan memartabatkan lagi agama Islam itu di mata dunia.

Fuhhh. panjang bebenor jugak tulisan kali ni kan. Mungkin sampai sini sajalah ya. Diharap perkongsian cerita di atas sedikit sebanyak dapat menghiburkan sambil memberi manfaat kepada para pembaca. Sekian~






4 pengasah pensel:

Athirah Ahmad berkata...

rugi sgt xbwk camera ari tu. igt kan tak bole amik gmbo. huhu.

ps : err.nape ak rse cm watak dlm crita di atas tbalek ea?

Zakuan Ahmad berkata...

tula..ramai jak yang bawak aritu~

eh.tebalek ek?haha..da agak da

Athirah berkata...

rsa pelukis dari grek yg dok asah dinding.. bkn china.. ni focus ke x ni??

Zakuan Ahmad berkata...

ala..tbalek jak..fokus kot.fokus kt kamera sbb nk masok tv.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...