Jumaat, 24 Februari 2012

tulisan 68 : perjalanan meraikan cinta 2/2

As promised, this is the second part of the journey. Bukan journey pun sebenornya. Iyolaa kan. Kenduri pengantin lelaki depan umah ja pun. Tapi nak bagi ayat cantek punya pasal, kita panggil perjalanan jugak la kan.


Di awal pagi lepas subuh, penulis dan abang penulis yang kedua pun keluar la memasang sign penunjuk arah ke rumah pengantin. Malam sebelum tu dah siap dah tulis guna marker atas kotak-kotak terpakai. Save budget kan. Yang best nya kat tempat-tempat yang kami nak pasang mesti dah ada sign-sign lama. Memang biasa kalau kat tepi-tepi jalan ada tiang letrik yang serabut dengan sign-sign ke rumah pengantin yang tak dicabut. So, penulis pun re-use la bunga manggar yang dah ada kat situ. Letak kat sign kami pulak. Haha. Terasa awkward masa nak pasang sign tuh. Almaklumla, keta dengan moto duk lalu-lalang. Ramai orang duk tengok kami. Macam la kami nak curik tiang letrik tuh.

elyssa di pagi hari
Dah selesai pasang sign, penulis dengan abang penulis pun bergegas pulang sebab penulis nak kena hantaq abang penulis yang baru kawen dengan isteri beliau ke kedai pengantin. Time tuh pukul 9.30 pagi kot. Dengan tak mandi lagi, penulis hantaq ja depa dua pi sana. Pedulik hapa. Bukan penulis yang nak kawen. Lepas tu baru penulis bersiap-siap mandi. Kacak dengan baju melayu biru, penulis bergerak ke stesen bas Sungai Petani pulak nak amek adik kepada kakak ipar penulis sambil menunggu pengantin siap-siap kat kedai pengantin. Stesen bas tak jauh dengan kedai pengantin. Bila depa dah siap, penulis bawak depa pi rumah sementara keluarga pengantin perempuan yang datang. Enam bijik kereta berkonvoi dari rumah sementara ke rumah pengantin lelaki a.k.a. rumah penulis. Sepupu penulis dah siap menunggu tak jauh dari perkarangan rumah untuk jaga laluan rombongan kereta dari Johor. Sampai-sampai ja, kompang-kompang dengan bunga manggar suma dah siap menyambut pengantin.

Alhamdulillah, cuaca masa tu mengizinkan pengantin untuk berarak. Kompang pun berkumandang menandakan telah masok waktu untuk pengantin keluar kereta dan berjalan ke rumah pengantin. Time ni dah takdak dah tol-tol suma tuh *rujuk tulisan 67*. Lepas tuh pengantin pun duduk kat meja makan pengantin melantak apa yang patut. Penulis turut sama memeriahkan upacara melantak. Sedap woohh catering kenduri kali ni. Dah puas makan, sesi bergambar pulak. Mula-mula ingat nak buat mini pelamin ja untuk tangkap gambar kan. Tapi sekali dia buat mini pelamin macam mega pelamin. Takdak rupa mini pun. Haha.


Selesai sesi bergambar, masa untuk outdoor shooting pulak. Penulis pun gatai nak ikot jugak. Alang-alang tu bawak kamera sekali. Cantik tempat shooting yang kami pi tapi penulis tak ingat nama tempat tuh. Yang ingat cuma area jeti bersebelahan dengan paya bakau dan kedai-kedai makan. Ada pasangan pengantin lain yang datang shooting kat situ jugak. Dah penat bershooting, penulis bersama pengantin dan photographer lepak minum ayaq buah sekejap. Bagi ilang penat kan. Masyuk tekak dapat pekena fresh oren tengah-tengah dahaga. Alhamdulillah. Lepas tuh kami bergerak pulang dan mengucapkan selamat jalan pada photographer yang setia berkepit dengan pengantin dari pagi sampai ke petang. Photographer ni suami isteri. Sanggup datang dari KL tuh. Sangat-sangat friendly depa ni.



With that, the wedding came to an end. All in all, syukur sangat-sangat majlis berjalan lancar. Cuaca baek sepanjang masa. Mak penulis pun dah ilang pening dan risau. Macam tula mak kita bila anak nak kawen. Ayah penulis yang dulunya selsema teruk, terus ok lepas kenduri dah selesai. Ajaib betoi. Haha. Anyhow, sekali lagi penulis ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin Mohammad Hatta bin Ahmad dan Alia Natasha binti Yusof =). Bertambah lagi cabang keluarga encik Ahmad.



Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma

4 pengasah pensel:

Nursyahida Osman berkata...

eh cantik nama wife abang kauuu. Gambar penulis mana? Tahniah, kat abang kauu zak, semoga berkekalan hingga Jannah. :))

Zakuan Ahmad berkata...

penulis x smpat nk bgambar.haha..thanx amoi!ameen =)

AliaNajwa berkata...

wahh xsbr nk tunggu hasil outdoor photoshoot..

Zakuan Ahmad berkata...

tula..cantek gila masa tgk kt dlm kamera photographer aritu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...