Ahad, 22 Mei 2011

tulisan 28 : challenge accepted!!



Ceritanya begini,

Minggu akhir semester lepas

Penulis : Weh..sebelum bukak sem depan kan kan, jomla kita pi jalan mana-mana. Abang Final Year kot kita ni. Mandi kat Bukit Merah ka. Syiok jugakk!!


Osmate : Bukit Merah?? Durhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *minum air jap* durhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ Tak thrill ah..Panjat-panjat bukit la syiokkk. Terjun air terjun ke.


Penulis : Naik Broga Hill jom!! Dengar-dengar cantek. Boleh tengok sunrise kat puncak nanti.


Osmate : Boloss sajja bukit itu!!

Sebenarnya penulis pun tak ingat kami berbual macam mana. Haha. Yang penting hampa paham la yang kami plan nak ke Broga Hill masa akhir cuti semester. Cuti pun seminggu ja. Penderaan mental btoi la UTP ni.

Lepas tu pulak

Penulis : Hampa rasa bole naik keta tak Broga Hill tuh?


Osmate : Tak kot. Tapi dengar-dengar kejap je sampai puncak dari kaki bukit. 30 minit macam tu lah.


Penulis : Ooo. Sonang joooo~

Jadi semua pun pulang ke rumah masing-masing bila dah abes final exam kan. Sampai ja hari jumaat lepas, penulis pun bertolak naik bas ke KL sebab nak tumpang tido rumah sorang osmate penulis yang bernama Joned. Nama samaran dia Muhammad Syamim.

Malam tu bukan penulis saja la yang menumpang. Ada lagi tiga orang osmate penulis menumpang kasih memadu asmara jugak kat rumah Joned. Mereka adalah Kap a.k.a Hilmi, Padil a.k.a Fadhil dan J a.k.a. Azmie. Penulis dan J tak tido malam tuh sebab takot tak bangun plus kami bukan driver kan.

Bila dah pukul 4.30 pagi, bersiapla kami semua dengan harapan setinggi gunung Everest nak menawan bukit Broga *jauh beno beza tinggi nya*. Bergerak la kami dari rumah Joned nak ke kaki bukit. Dalam perjalanan tuh kami ada la lalu satu tempat ni. Banyak pulak kereta dengan orang-orang duk pegang lampu suluh. Tapi kami yakin tu bukan kaki bukit sebab ada jalan lagi naik. Kami pun dengan dungu nya sambung la naik ikut jalan tu. Tengok-tengok bila sampai kat hujung jalan tuh, ada satu bangunan besoo.

Penulis : Tak kan da sampai puncak kot..Biaq betoi


J : Bangunan amenda tuh?

Pagi-pagi buta mana nak nampak bangunan apa. So, kami pun pi dekat sikit memandangkan bangunan tu la penghujung jalan ni. Sampai-sampai ja terkejut kami.

Tokong Cina ghupanya. Hadoiiii~ Ni bukan kaki bukit. Nasib baik ada makcik cina tengah joging kat situ. Tabik btoi la macik-macik ni. Pagi-pagi orang tengah membuta depa dah start berjoging. Kami pun tanyala depa.

Joned : Auntie, macam mana mau panjat itu bukit Broga?


Auntie : Itu kelapa sawit tau ka? itu..itu..*tunjuk kat kawasan kelapa sawit*

Semua pun pandang ikut tangan auntie tuh.

Penulis : Laaa..tu tempat kereta banyak-banyak tadi. Kita terlajak la pulak.

Jadi kami pun patahla balek ke kawasan yang banyak kereta tadi. Memang ramai beb. Pagi-pagi buta ni pun ramai jugak. Kami pun turun la kereta dan bersiap-siap nak ikot rombongan tu naik bukit. Tapi kan..

Tapi..

Tetapilah...

Kami ni pelik sikit dari rombongan tuh.

Kami tengok depa semua lengkap pakai seluaq track, kasut sukan dengan lampu suluh.

Penulis selamba pakai

t-shirt

seluaq jeans

kasut converse kaler putih

Osmate-osmate penulis pun dua kali lima. Haha~

tu kat tangan Kap tuh keropok tuh. Memang well prepared!!
macam nak pegi Times Square je bang..cantek selipar bang..kat mane tuh?? *masa kat puncak Broga*

Sebab kami ingat senang ja nak naik. Sapa ntah kata 30 minit ja pun. Takdak hal lahh. Jadi





Maka beginilah jadi nya


5.45 a.m.

"Wei..weii..tak nampak jalan wehh..suluh guna lampu npon tuh"

6.15 a.m.

"Sikit lagi..sikit lagi ni nak sampai la tuh"

6.30 a.m.

"Sikit lagi..sikit lagi.."

6.45 a.m.

"Kita ni kena tipu ni"

Gelap wooo pagi-pagi buta kat sana..tapi ni gelap sebab cover lens tak bukak.wakenabeb!!
Sejam baru kami sampai kat puncak Broga Hill. Memang tertipah tertipu la. Haha. Tapi memang pengalaman menarik la sebab bukan selalu panjat bukit pakai jeans dengan snickers kan? Pemandangan pulak masyaAllah indah. Cuma hasrat nak tengok matahari naik tak kesampaian sebab kat puncak tuh penuh pokok. Hampeh tak hampeh. Haha.

penduduk bumi masih berlampu
this is best bro..ini best bro
Begitulah ceritanya kami memanjat Broga Hill. Kami berjaya!! Ingin tahu resepi kejayaan kami??

1. T-shirt paling lawa yang ada

2. Seluar jeans

3. Selipar atau kasut converse. Warna putih paling afdal

4. Lampu Henpon sebagai lampu suluh untuk penyedap rasa

Perjalanan turun pulak lagi best. Kalau hampa pakai kasut converse mesti hampa tau kan. Betapa bestnya menggelongsor turun. Bukan menggelongsor sebenornya. Tergelincir bertalu-talu. Licin gila kasut ni. Lintang pukang penulis bila terpeleot sana sini. Haha.

perjalanan turun
banyak gila kereta!!
Sampai kat bawah ja memang senang hati la kami sebab misi berjaya. Banyak jugak la pengajaran yang kami dapat.Yang paling penting selalu la plan awal-awal perjalanan dan jangan buat tahu kalau tak tahu. Best memang best tapi hancur la kasut den T.T..

Broga sure is beautiful




Selasa, 17 Mei 2011

tulisan 27 : selamat pagi cikgu!!



" Selamat Pagi Cikgu!! "

" Assalamualaikum Cikgu!! "

" Terima Kasih Cikgu!! "


MasyaAllah.

Rindu nya bait-bait perkataan tu masa zaman sekolah dulu-dulu. Kan? Kan? Kan?

Masa sekolah rendah, asal cikgu jejak kaki masuk ke pintu kelas ja penulis akan cakap kuat-kuat

" Bangun!!!! "

Prom prang pom prang satu kelas bangun..lepas tu penulis pun cakap

" Assalamualaikum cikgu!! "

Lepas tu apa lagi..satu kelas menjerit *budak-budak kan suka jerit-jerit ni*

" Assalamualaikum cikgu!!!!!! "

Bergema satu kelas. Cikgu pun jawap salam kami dan suruh satu kelas duduk. Prom prang pom prang lagi la bunyi budak-budak duduk.

Yaa..sekolah rendah dulu penulis pernah jadik ketua kelas *idong kembang*. Bangga kot. Nak jadik ketua pelajar memang tak dapat la kan dengan pendek lagi masa tuh. Memang menguji vokal betoi la jadik ketua kelas ni. Tiap-tiap hari nak menjerit.

Apa-apa pun penulis sangat-sangat seronok dapat ke sekolah dan menghadap buku. Memang tak mengantok lah *tipu.tipu*. Haha. Itulah asam garam dalam alam persekolahan ye tak. Dah ke menara gading pun *tak jumpa-jumpa gading pun kt sini* macam tu jugak sebenarnya. Biar ja lecturer bersembang sorang-sorang dengan lecture notes kat screen. Penulis syok duk kroih-kroih *ampun-ampun*. Tu tandanya stadi sampai lewat malam. Stadi apa? Haa yang tu hampa tak payah taw..

masa lawatan ke SMKA Al-Irshad dua tahun lepas kot. macam ni la penulis dulu2..

Tapi suasana dekat U dengan sekolah memang lain sangat lah kan. Pi sekolah kena pakai uniform sekolah. Dengan tie, kasut hitam, songkok dan macam-macam lagi. Bila nak bukak sekolah ja semangat la pi carik semua tuh dengan family. Hari first semua berkilat-kilat berbling-bling. Almaklumlaa baru katakan. Bila seminggu lagi nak abes sekolah, berabuk da songkok. Kasut pun da ternganga jadik mulut boya. Yang ada dalam kepala masa tuh cuma nak main ja. Duk pikiaq la game apa nak main cuti ni. Nak pi mana la dengan family cuti tahun ni. Hawaii best gak. Pastu kena pelangkung dengan ayah sebab duk berangan. Haha.

Hampa pun mesti ada cerita zaman sekolah hampa kan. Banyak pulak tuh. Penulis pun tak taw nak cerita yang mana satu.

Anyway, sempena 16 Mei tahun ni *semalam sebenarnya.lambat sket*, saya nak ucapkan 

kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sejak saya kecik sampai la ke hari ini walaupun saya tahu mereka tak baca pun tulisan ini *sobs*.

16 Mei Hari Guru. 15 Mei Hari Belia. 8 Mei lepas Hari Ibu. Banyak sungguh hari-hari penting sekarang ni kan. Rasanya tak lama lagi situasi mungkin menjadi begini


Sekarang...

" Uih.Dah tengah bulan ni dah kering da aku. Bila nak amek gaji haa? Hang tau dak?"

"Kalau tak silap aku nanti 27 Februari hari Selasa"

"Eh salah tu..29 la..depa lambat masuk sikit tahun ni"


Tahun 2020...

" Uih.Dah tengah bulan ni dah kering da aku. Bila nak amek gaji haa? Hang tau dak?"

"Kalau tak silap aku nanti masa Hari Pisang Berbuah Dua Kali"

"Eh salah tu.. Hari Kudaku Lari Gagah Berani la.. depa lambat sikit masuk tahun ni"


Haha. Abes la kalau macam ni kan. Orang dah tak pakai dah Isnin, Rabu, Khamis. Bye bye la Rebecca Black. No more Friday.

Okeh. Penulis da mula mengarut menandakan telah masuk waktu untuk cepat-cepat habis menulis. Sebagai penutup, ni sebuah video pendek yang penulis tujukan kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar penulis. Hidup Cikgu!! Segala penat lelahmu amat bermakna^^






Jumaat, 6 Mei 2011

tulisan 26 : grand dinner jan_07

Apakah itu Jan_07??

Toksah duk buat taw kalau tak taw.

Kalau taw tu pun boleh la buat tak taw

Sebab penat la bagitaw kalau hampa dah taw..

Taw taw..

*bila musim final exam menjelma..inilah jadinya*


Okeh..Jan_07 ni sebenarnya acronym *cewahh.banyakla acronym hg* kepada batch budak-budak UTP yang masok UTP pada bulan Januari 2007. Haih. Menda senang pun hampa tak taw *sila turunkn selipar di tangan tuh.sabau2*


Jadi kalau dikira dengan jari..
kan best ada jari macam ni.sep duit beli kalkelater

2007..

2008..

2009..

2010..

2011..

Uih..Dah masok tahun kelima dah kat UTP ni ghupanya.Alhamdulillah syukurr masih in track~

Haa.Bila dah masuk final year ni kan, mestila ada suara-suara di kalangan warga Jan_07 yang berkata

"Eh, kite ni bile nak buat dinner batch?"

atau

"Budak ICT/BIS dah nak abes dah sem ni.Buatla dinner untuk diorang."

atau

"Dinner batch jom!!!Aku suke dinner-dinner ni!!"

Macam tu lah lebih kurang suara-suara mereka pada semester pertama tahun akhir kami ni. Jadi nak dijadikan cerita, timbul lah idea untuk buat dinner batch ni. Tapi macam mana pun kena la ada initiator kan? 

Initiator untuk grand dinner Jan_07 adalah tak lain dan tak bukan cik Najat a.k.a coursemate penulis a.k.a budak course mechanical engineering a.k.a. kawan baek rumate kepada salah seorang osmate penulis yang merupakan salah seorang committee dinner jugak *hambikk kau.haha*. Cik Najat telah memilih dua orang daripada setiap course untuk menjadik committee grand dinner ni. Siapa mereka?? Siapa? Siapa??




From chemical (PnP)

Fauzi a.k.a Poji

abang macho yang sangat rajin *aku puji ko ni poji..bayor-bayor!!*

Hidayah a.k.a Deqnor

gadis chemy yang kreatif dan hebat dalam ilmu PnP

From petroleum (Internal PR)

Izwan a.k.a Ipin

maharajalawak UTP ni.haha!!


Fadhilah a.k.a Fad

muka ayu tapi bila marah..semut yg da mati pun mati skali lagi *ampun fad!!*

From civil (Logistic)

Asyraf a.k.a Acap

salah seorang daripada 3 jejaka paling kacak di dunia

Alia Farhana a.k.a Al

ni pun muka ayu tapi antara pemain professional futsal wanita UTP *sila bayar pujian ini*

From electrical and electronic (External PR)

Haris a.k.a Pehon

pepehon kayu daun nya rimbun *tatau nak letak caption apa sebab ko snyap sgt pehon.haha*

Awatif a.k.a Watip

jangan tertipu dengan penampilan nya yang tampak anggun.awas!!! *sembah patik harap di ampun cik watip*

From ICT/BIS (PnS)

Nabilah a.k.a Ila

kreatif mendesign baju batch bersama che nah

Sukainah a.k.a Che Nah

kuat bekerja itulah orang utagha!!idop utagha!!!

From mechanical (CnP)

Najat a.k.a Najat 

miss assistant yang lambat tangkap.haha

Zakuan a.k.a Zak

Bos yang sgt bersopan santun *rujuk gambar*
Jadi ni lah core commitee grand dinner yang baru sahaja berlangsung minggu lepas pada 30 April 2011. Bukan kami sahajalah yang menjayakan dinner ni. 

Antara gadis-gadis yang datang membantu persiapan dinner

band Jan_07 tgh rehearse

Tak lupa jugak kepada para MC yang hebat pada malam tuh iaitu Ipin dan Arai yang tinggi lampai *auta ok.haha*.

Ipin dan Arai yang sangat cool.Tak kering gusi beb!!
Memang banyak benda nak di buat dengan diberi masa cuma sebulan. Penin jugak lah. Tapi alhamdulillah teamwork dan semangat semua committee amat-amat hebat. Penulis memang kagum dengan teammate2 penulis yang dapat menjalankan tugas dengan baik. Takot jugak lah mula-mula tuh bila diberi kepercayaan untuk lead mereka. Tapi winning atmosphere yang ada setiap kali buat meeting dan bekerja membuatkan takot penulis hilang. Penat lelah semua amat-amat penulis hargai daripada garisan pemula hingga ke penamat.

Antara halangan-halangan kami dalam menjayakan dinner ni adalah nak booking tempat untuk dinner. Dengan sebulan lagi masa untuk dinner, agak sukar la nak dapat tempat kosong kan tapi ajaib nya Watip dan Pehon berjaya jugak dapat Tropicana Ballroom kat Ipoh. Memang cantik dan sesuai tempat nya untuk letak satu batch. Habis satu halangan, datang pulak halangan seterusnya, nak tempah baju batch sebelom tarikh dinner supaya semua orang dapat masa dinner tuh. Kelam bakut jugaklah semua mintak size baju untuk ditempah. Bayangkan dalam 350 orang jugak nak di tanya tapi itulah, bila dah rapat sesama batch, kerja jadik mudah. Lepas selesai masalah baju, cabaran seterusnya pulak adalah nak mintak deposit daripada orang-orang yang nak pergi dinner. Mak aih, sorang- sorang terpaksa di approach. Lepas tu ada pulak yang tengah kering dan nak tunggu skoler masok *paham-pahamla student kan*. Anyhow, berjaya jugak kami menjadik ceti part time sampai ke hari dinner. Tiada kekurangan wang. Fuhhhh~ Masalah nak setelkan tiket parking pun memening kan kepala. Aiyoyo. Kalau 310 orang ni datang lima orang satu kereta tak apa la jugak. Tapi konfem-konfem la ada yang datang bertiga berdua kan. Banyak la tiket parking kereta yang terpaksa kami tolong bayar kan untuk memudahkan tetamu di akhir dinner nanti. Credits to Acap dan Al yang dalam kelam kabut pun berjaya setelkan semua tiket parking. Thanks guys!!

Yang paling penulis tak leh lupa adalah malam jumaat sebelom hari dinner. Kami terpaksa stay kat cafe v5 sampai matahari nak naek dah. 

Untuk susun nama di meja-meja pada hari dinner nanti lah. Huuu~ 310 orang yang akan hadir dan 31 meja di sediakan nanti. Sakit kepala kami nak bagi semua pihak berpuas hati dengan kedudukan masing-masing. Mata kuyu dan layu dah sorang-sorang bila da setel. Haha. Lega btoi lepas da setel nama-nama tuh..

penulis dan fad berpura-pura buat kerja
kami tak tido kami hebat!!
Maka dengan itu, berlangsunglah Grand Dinner Jan_07 pada malam berikutnya selepas selesai persiapan dan reherseal di pagi harinya. Kalau nak taw la..MC malam tu a.k.a Ipin ada hal dan terpaksa datang lewat sket untuk dinner. Berpeluh-peluh jugak la penulis bila taw pasal tuh. Banyak kali jugak tepon beliau tanya bila nak sampai sebab tetamu-tetamu pun dah datang. Tapi Alhamdulillah beliau sempat jugak sampai tepat pada masanya. Penting oooo dua MC kami pada malam tuh. Dinner tuh pun terpaksa bermula lewat sejam sebab tetamu-tetamu pulun duk tangkap gambaq kat luar dewan. Haha. Macam-macam kan. Terpaksalah penulis dan Najat as CnP memotong sedikit aktiviti untuk tidak melewatkan event tuh.

tak muat 300++ orang dalam gambo ni.sampai terpaksa berdiri atas meja 

mechy is the best!!the energize course!!
All in all, the grand dinner was a success and it was a great night. Semua nya tampak enjoy walaupun agak bising sikit. What do you expect when 310 people gathered in a hall that fits just enough? Haha. Bising pun sebab kami Jan_07 sangat sporting. 

Di sini penulis letak montaj dan performance yang kami sedia kan pada malam tu










Itulah sedikit sebanyak cerita behind the scene grand dinner ni. I wrote this as a tribute to those who had contributed and helped making this dinner a reality. We are the Jan_07 and we will always be who we are. Penulis akan sentiasa ingat kenangan manis pahit masam masin sepanjang usaha menjayakan dinner ni.

after dinner photo *ipin dan deqnor missing.da balek awal*
our last official meeting after the dinner. 

Okeh..Cukup dah la kot.Panjang lebar dah tulisan kali ni.Almaklumla lama tak menulis. 

To Jan_07 : All The Best for Our Final Exams

To others : Pray For Our Final Exams =P

p/s - some of the pics were taken from some of the committees' fb..pinjam ek



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...