Ceritanya begini,
Minggu akhir semester lepas
Penulis : Weh..sebelum bukak sem depan kan kan, jomla kita pi jalan mana-mana. Abang Final Year kot kita ni. Mandi kat Bukit Merah ka. Syiok jugakk!!
Osmate : Bukit Merah?? Durhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *minum air jap* durhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ Tak thrill ah..Panjat-panjat bukit la syiokkk. Terjun air terjun ke.
Penulis : Naik Broga Hill jom!! Dengar-dengar cantek. Boleh tengok sunrise kat puncak nanti.
Osmate : Boloss sajja bukit itu!!
Sebenarnya penulis pun tak ingat kami berbual macam mana. Haha. Yang penting hampa paham la yang kami plan nak ke Broga Hill masa akhir cuti semester. Cuti pun seminggu ja. Penderaan mental btoi la UTP ni.
Lepas tu pulak
Penulis : Hampa rasa bole naik keta tak Broga Hill tuh?
Osmate : Tak kot. Tapi dengar-dengar kejap je sampai puncak dari kaki bukit. 30 minit macam tu lah.
Penulis : Ooo. Sonang joooo~
Jadi semua pun pulang ke rumah masing-masing bila dah abes final exam kan. Sampai ja hari jumaat lepas, penulis pun bertolak naik bas ke KL sebab nak tumpang tido rumah sorang osmate penulis yang bernama Joned. Nama samaran dia Muhammad Syamim.
Malam tu bukan penulis saja la yang menumpang. Ada lagi tiga orang osmate penulis menumpang kasih memadu asmara jugak kat rumah Joned. Mereka adalah Kap a.k.a Hilmi, Padil a.k.a Fadhil dan J a.k.a. Azmie. Penulis dan J tak tido malam tuh sebab takot tak bangun plus kami bukan driver kan.
Bila dah pukul 4.30 pagi, bersiapla kami semua dengan harapan setinggi gunung Everest nak menawan bukit Broga *jauh beno beza tinggi nya*. Bergerak la kami dari rumah Joned nak ke kaki bukit. Dalam perjalanan tuh kami ada la lalu satu tempat ni. Banyak pulak kereta dengan orang-orang duk pegang lampu suluh. Tapi kami yakin tu bukan kaki bukit sebab ada jalan lagi naik. Kami pun dengan dungu nya sambung la naik ikut jalan tu. Tengok-tengok bila sampai kat hujung jalan tuh, ada satu bangunan besoo.
Penulis : Tak kan da sampai puncak kot..Biaq betoi
J : Bangunan amenda tuh?
Pagi-pagi buta mana nak nampak bangunan apa. So, kami pun pi dekat sikit memandangkan bangunan tu la penghujung jalan ni. Sampai-sampai ja terkejut kami.
Tokong Cina ghupanya. Hadoiiii~ Ni bukan kaki bukit. Nasib baik ada makcik cina tengah joging kat situ. Tabik btoi la macik-macik ni. Pagi-pagi orang tengah membuta depa dah start berjoging. Kami pun tanyala depa.
Joned : Auntie, macam mana mau panjat itu bukit Broga?
Auntie : Itu kelapa sawit tau ka? itu..itu..*tunjuk kat kawasan kelapa sawit*
Semua pun pandang ikut tangan auntie tuh.
Penulis : Laaa..tu tempat kereta banyak-banyak tadi. Kita terlajak la pulak.
Jadi kami pun patahla balek ke kawasan yang banyak kereta tadi. Memang ramai beb. Pagi-pagi buta ni pun ramai jugak. Kami pun turun la kereta dan bersiap-siap nak ikot rombongan tu naik bukit. Tapi kan..
Tapi..
Tetapilah...
Kami ni pelik sikit dari rombongan tuh.
Kami tengok depa semua lengkap pakai seluaq track, kasut sukan dengan lampu suluh.
Penulis selamba pakai
t-shirt
seluaq jeans
kasut converse kaler putih
tu kat tangan Kap tuh keropok tuh. Memang well prepared!! |
macam nak pegi Times Square je bang..cantek selipar bang..kat mane tuh?? *masa kat puncak Broga* |
Sebab kami ingat senang ja nak naik. Sapa ntah kata 30 minit ja pun. Takdak hal lahh. Jadi
5.45 a.m.
"Wei..weii..tak nampak jalan wehh..suluh guna lampu npon tuh"
6.15 a.m.
"Sikit lagi..sikit lagi ni nak sampai la tuh"
6.30 a.m.
"Sikit lagi..sikit lagi.."
6.45 a.m.
"Kita ni kena tipu ni"
Gelap wooo pagi-pagi buta kat sana..tapi ni gelap sebab cover lens tak bukak.wakenabeb!! |
penduduk bumi masih berlampu |
this is best bro..ini best bro |
1. T-shirt paling lawa yang ada
2. Seluar jeans
3. Selipar atau kasut converse. Warna putih paling afdal
4. Lampu Henpon sebagai lampu suluh untuk penyedap rasa
Perjalanan turun pulak lagi best. Kalau hampa pakai kasut converse mesti hampa tau kan. Betapa bestnya menggelongsor turun. Bukan menggelongsor sebenornya. Tergelincir bertalu-talu. Licin gila kasut ni. Lintang pukang penulis bila terpeleot sana sini. Haha.
perjalanan turun |
banyak gila kereta!! |
Broga sure is beautiful |
5 pengasah pensel:
masyaAllah. kacak juak tpt ya. suka gambar paling last skali ya. =)
tgklaa sape photographernya..ngeh3~=P
erk?!
*terasa menyesal tulis comment kat atas tu. (=.=")*
cantik sangat.... gambar paling lastttt. huhuhuhu
mmg cantek..gamba edit =P
Catat Ulasan