" Selamat Pagi Cikgu!! "
" Assalamualaikum Cikgu!! "
" Terima Kasih Cikgu!! "
MasyaAllah.
Rindu nya bait-bait perkataan tu masa zaman sekolah dulu-dulu. Kan? Kan? Kan?
Masa sekolah rendah, asal cikgu jejak kaki masuk ke pintu kelas ja penulis akan cakap kuat-kuat
" Bangun!!!! "
Prom prang pom prang satu kelas bangun..lepas tu penulis pun cakap
" Assalamualaikum cikgu!! "
Lepas tu apa lagi..satu kelas menjerit *budak-budak kan suka jerit-jerit ni*
" Assalamualaikum cikgu!!!!!! "
Bergema satu kelas. Cikgu pun jawap salam kami dan suruh satu kelas duduk. Prom prang pom prang lagi la bunyi budak-budak duduk.
Yaa..sekolah rendah dulu penulis pernah jadik ketua kelas *idong kembang*. Bangga kot. Nak jadik ketua pelajar memang tak dapat la kan dengan pendek lagi masa tuh. Memang menguji vokal betoi la jadik ketua kelas ni. Tiap-tiap hari nak menjerit.
Apa-apa pun penulis sangat-sangat seronok dapat ke sekolah dan menghadap buku. Memang tak mengantok lah *tipu.tipu*. Haha. Itulah asam garam dalam alam persekolahan ye tak. Dah ke menara gading pun *tak jumpa-jumpa gading pun kt sini* macam tu jugak sebenarnya. Biar ja lecturer bersembang sorang-sorang dengan lecture notes kat screen. Penulis syok duk kroih-kroih *ampun-ampun*. Tu tandanya stadi sampai lewat malam. Stadi apa? Haa yang tu hampa tak payah taw..
Tapi suasana dekat U dengan sekolah memang lain sangat lah kan. Pi sekolah kena pakai uniform sekolah. Dengan tie, kasut hitam, songkok dan macam-macam lagi. Bila nak bukak sekolah ja semangat la pi carik semua tuh dengan family. Hari first semua berkilat-kilat berbling-bling. Almaklumlaa baru katakan. Bila seminggu lagi nak abes sekolah, berabuk da songkok. Kasut pun da ternganga jadik mulut boya. Yang ada dalam kepala masa tuh cuma nak main ja. Duk pikiaq la game apa nak main cuti ni. Nak pi mana la dengan family cuti tahun ni. Hawaii best gak. Pastu kena pelangkung dengan ayah sebab duk berangan. Haha.
masa lawatan ke SMKA Al-Irshad dua tahun lepas kot. macam ni la penulis dulu2.. |
Tapi suasana dekat U dengan sekolah memang lain sangat lah kan. Pi sekolah kena pakai uniform sekolah. Dengan tie, kasut hitam, songkok dan macam-macam lagi. Bila nak bukak sekolah ja semangat la pi carik semua tuh dengan family. Hari first semua berkilat-kilat berbling-bling. Almaklumlaa baru katakan. Bila seminggu lagi nak abes sekolah, berabuk da songkok. Kasut pun da ternganga jadik mulut boya. Yang ada dalam kepala masa tuh cuma nak main ja. Duk pikiaq la game apa nak main cuti ni. Nak pi mana la dengan family cuti tahun ni. Hawaii best gak. Pastu kena pelangkung dengan ayah sebab duk berangan. Haha.
Hampa pun mesti ada cerita zaman sekolah hampa kan. Banyak pulak tuh. Penulis pun tak taw nak cerita yang mana satu.
Anyway, sempena 16 Mei tahun ni *semalam sebenarnya.lambat sket*, saya nak ucapkan
kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sejak saya kecik sampai la ke hari ini walaupun saya tahu mereka tak baca pun tulisan ini *sobs*.
16 Mei Hari Guru. 15 Mei Hari Belia. 8 Mei lepas Hari Ibu. Banyak sungguh hari-hari penting sekarang ni kan. Rasanya tak lama lagi situasi mungkin menjadi begini
Sekarang...
" Uih.Dah tengah bulan ni dah kering da aku. Bila nak amek gaji haa? Hang tau dak?"
"Kalau tak silap aku nanti 27 Februari hari Selasa"
"Eh salah tu..29 la..depa lambat masuk sikit tahun ni"
Tahun 2020...
" Uih.Dah tengah bulan ni dah kering da aku. Bila nak amek gaji haa? Hang tau dak?"
"Kalau tak silap aku nanti masa Hari Pisang Berbuah Dua Kali"
"Eh salah tu.. Hari Kudaku Lari Gagah Berani la.. depa lambat sikit masuk tahun ni"
Haha. Abes la kalau macam ni kan. Orang dah tak pakai dah Isnin, Rabu, Khamis. Bye bye la Rebecca Black. No more Friday.
Okeh. Penulis da mula mengarut menandakan telah masuk waktu untuk cepat-cepat habis menulis. Sebagai penutup, ni sebuah video pendek yang penulis tujukan kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar penulis. Hidup Cikgu!! Segala penat lelahmu amat bermakna^^
2 pengasah pensel:
perh siap buat lagu utk hari guru..hak3..nais 1 abg bulu~ ngeh3
haha..hampeh btoi ayam ni..
Catat Ulasan