Jumaat, 22 Julai 2011

tulisan 36 : ceritera Ramadhan


Lawa la pulak gambo-gambo pasal bulan Ramadhan kat ILuvIslam.com ni.

Hah. Dalam tak sedar tak lama lagi Ramadhan nak sampai dah kan.

Dah ready belom?

Dah ke belom Kiah? Kau Osman? Dah?

Mutu? Dah? Eh. Kau puase malam je.

Yang penulis nak ceritera kan sebenornya adalah pasal pengalaman-pengalaman penulis dari kocik-kocik sampai la dah beso ni di bulan puasa.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ZAMAN KOCIK-KOCIK

Dulu masa mula-mula nak belaja puasa mesti kena ada habuan ataupun hadiah. Kan kan kan? 

" Mak, mak, nanti sehari dapat singgit eh kalau Zakuan puasa sehari penuh. Kalau puasa sekerat 50 sen eh? "

Oh, sungguh tak malunya aku~ tapi sebab nak bagi semangat punya pasal mak pun ok kan sajeee. Haha. Bila tengah puasa tu pulak mula la buat perangai saket perut la, penin la, nak pitam la. Kalau kena suruh tolong buat keja tuh memang paling liat. Nak bangun sahur kena 18 kali panggil baru bijik mata tuh tebukak. Tu baru tebukak. Bila dah nak abes waktu baru la kelam bakut turun katil pegi makan. Liat punya budak. Haha.

Best kot puasa masa kocik-kocik dulu sebab selalunya puasa mesti masa cuti sekolah. Pagi-pagi lagi dah menilau dengan abang melastik la, maen gasing la. Nak up sket maen keta Dash kat longkang. Takkan tak penah maen kot?? Haha. Kami pun maen la dari pagi sampai ke petang. Balek umah mandi-mandi siap-siap nak berbuka. Tempat duduk pun kena strategik. Mudah nak mencapai lauk. Biasala budak-budak tangan pendek kan. Bila dah nak sampai waktu berbuka tuh selalu ja rasa jam dinding kat umah lembap nak mampos (-.-"). Dengar-dengar ja azan teros

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALLAHUMMA BARIKLANA FIMA RAZAKHTANA WAQINA A'ZABANNAR!!"

Fuhhh!! Satu nafas. Lapau punye pasal. Haha. Kocik-kocik dulu taw baca doa makan ja. Doa berbuka bila dah masok sekolah menengah baru la hafal. Lepas dah bebuka tuh, perot pun kenyangla. Bila kenyang pun satu hal pulak. Malas nak pegi terawih. Haha. Dahla zaman dulu depa pasang cita Pokemon time-time terawih. Memang penulis selalu skip la terawih. Pokemon kottt~ Haha. Kalau pi terawih pun selalu tunggu tok imam nak abes baca surah untuk rakaat pertama baru la nak masok semayang *Hampeh lu Zakuan*. Dah setel 8 rakaat vroooooooooooommm ilang. Tunggu apa lagi kan. Maen mercun la. Hua Hua Hua!!! Adehh. Syok btoi puasa zaman kocik-kocik dulu kan. 


ZAMAN BESO-BESO

Hah. Bila usia dah semakin remaja, bulan puasa pun dah tak seperti dulu. Cewahhh. Dulu penulis sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. Duduk asrama pulak tuh. Asrama memang tak sama la dengan rumah kan. Kalau liat bangun sahur alamat tetinggal la. Dorm pulak kat tingkat atas. Nak menapak turun pastu ke dewan makan memang ujian besaaarrrrrr. Tambah pulak kena control-control makan. Almaklumla ada gadis-gadis jugak yang duduk asrama kan. Kena la control. Saham tuh. So bila bangun tido muka konpem-konpem lah macam zombi tapi bila masok dewan makan tiba-tiba macam dah mandi. Haha. 

Kat asrama bila bulan puasa tiap-tiap hari akan ada tilawah Al-Quran dengan pengisian-pengisian rohani. Tiap-tiap hari kena habeskan satu juzuk. In the end, selesai la satu Al-Quran di baca dan akan ada majlis khatam Al-Quran di akhir bulan puasa. Seronok la bila baca ramai-ramai dalam surau. Ada masa ja baca. Rindu la pulak dengan environment kat Irshad. Sobss. Semayang Terawih kat asrama memang takkan miss. Sebabnya kalau miss mampos la kena tibai ataupun penampo dengan ustaz. Penulis pernah jadi imam terawih dulu. Bila dah senior kan ustaz pun percaya yang kami dah bole pegang tanggungjawap jadik imam terawih. Adala jadual muazzin dgn imam terawih bila bulan puasa menjelma. Begilir-gilir penulis dengan teman sebatch jadik imam. Surah yang kena baca pulak bukan surah-surah pendek taw. Tiap-tiap rakaat kena baca at least satu muka surat. So, dalam surau tu ada la Al-Quran besar kat depan tempat imam untuk memudahkan imam. Sebelom nak jadik imam mesti penulis tanya ustaz surah apa kena baca malam tuh. Then, penulis pun baca la dulu ayat-ayat yang ustaz suruh baca supaya tak gagap bila jadik imam nanti.

Berbuka kat asrama ni laen oo. Kami minum air dengan makan kurma dulu bila da masok waktu. Makan besarr lambat sikit. Kena solat Magrib dulu kat surau baru bole pegi makan besaaarrrr. Lopaih tu baru la solat Isya' dan Terawih. Puasa kat asrama ni syoknya sebab ramai-ramai berbuka kan. Makanan pulak fulamakatak banyak. Mesti ada lebih-lebih untuk di tapau buat supper. Mana tak sihat budak-budak Irshad. Haha. 

Bila da masok alam universiti ni, bulan puasa terasa lain lagi. Malas pulak nak pegi bebuka ramai-ramai kat masjid. Keluar pegi bazaar ramadhan tapau lauk-pauk mana yang bekenan balik bilik masak nasik setelll. Bebuka la ramai-ramai dengan housemate. Weekend kalau free balek la rumah nak merasa masakan mak dan bebuka dengan keluarga. Tapi since penulis anak paling kocik kan, yang selalu balek pun penulis la sebab abang-abang dah kerja. Sobss. Kurang umphh la bebuka dah sekarang ni tetapi hati tetap suka sebab dapat merasa masakan mak. Padan muka abang-abangku yang tak balek sekalian *ampunnn*. Macam tu la ceritera Ramadhan penulis. Walaupun berbeza keadaan berpuasa dari kocik-kocik sampai besoo tapi ada satu benda yang masih tak berubah. Asal bebuka ja mesti melantak. Selera masih mantap. Haha. Syukur Alhamdulillah ^^.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hah ni satu lagi gambo penulis curik kat ILuvIslam.com. Cantek woooo~

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni kan, jomla kita sediakan mental dan fizikal kita sebaiknya untuk fully utilize the fullyblessed month. Yela, kalau badan sakit susah la nak puasa dan buat keja-keja laen kan. Jangan lupa jugak dengan ganjaran hebat yang bakal kita dapat hanya di bulan Ramadhan ni.

"The Night of Power is better than a thousand months." 
Al-Qadr : 3



What night is it??


Yes indeed. The LAYLATUL QADR

Jadi, jomla sama-sama kita mengejar malam kemuliaan tu di dalam bulan kemuliaan yang bakal tiba tak lama lagi. Kat bawah ni buah tangan penulis buat pembaca. Ingat ILuvIslam.com je ada gambo best-best. Haha.



2 pengasah pensel:

Cik Amoi. berkata...

kau tanye bapak aku ke Osman tu Zak?

Selamat menyambut bulan Ramadhan. :)

Zakuan Ahmad berkata...

haha..tu Osman kering la..bukan bapak ko amoi

Selamat Berpuasa tak lama lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...