Jumaat, 6 Mei 2011

tulisan 26 : grand dinner jan_07

Apakah itu Jan_07??

Toksah duk buat taw kalau tak taw.

Kalau taw tu pun boleh la buat tak taw

Sebab penat la bagitaw kalau hampa dah taw..

Taw taw..

*bila musim final exam menjelma..inilah jadinya*


Okeh..Jan_07 ni sebenarnya acronym *cewahh.banyakla acronym hg* kepada batch budak-budak UTP yang masok UTP pada bulan Januari 2007. Haih. Menda senang pun hampa tak taw *sila turunkn selipar di tangan tuh.sabau2*


Jadi kalau dikira dengan jari..
kan best ada jari macam ni.sep duit beli kalkelater

2007..

2008..

2009..

2010..

2011..

Uih..Dah masok tahun kelima dah kat UTP ni ghupanya.Alhamdulillah syukurr masih in track~

Haa.Bila dah masuk final year ni kan, mestila ada suara-suara di kalangan warga Jan_07 yang berkata

"Eh, kite ni bile nak buat dinner batch?"

atau

"Budak ICT/BIS dah nak abes dah sem ni.Buatla dinner untuk diorang."

atau

"Dinner batch jom!!!Aku suke dinner-dinner ni!!"

Macam tu lah lebih kurang suara-suara mereka pada semester pertama tahun akhir kami ni. Jadi nak dijadikan cerita, timbul lah idea untuk buat dinner batch ni. Tapi macam mana pun kena la ada initiator kan? 

Initiator untuk grand dinner Jan_07 adalah tak lain dan tak bukan cik Najat a.k.a coursemate penulis a.k.a budak course mechanical engineering a.k.a. kawan baek rumate kepada salah seorang osmate penulis yang merupakan salah seorang committee dinner jugak *hambikk kau.haha*. Cik Najat telah memilih dua orang daripada setiap course untuk menjadik committee grand dinner ni. Siapa mereka?? Siapa? Siapa??




From chemical (PnP)

Fauzi a.k.a Poji

abang macho yang sangat rajin *aku puji ko ni poji..bayor-bayor!!*

Hidayah a.k.a Deqnor

gadis chemy yang kreatif dan hebat dalam ilmu PnP

From petroleum (Internal PR)

Izwan a.k.a Ipin

maharajalawak UTP ni.haha!!


Fadhilah a.k.a Fad

muka ayu tapi bila marah..semut yg da mati pun mati skali lagi *ampun fad!!*

From civil (Logistic)

Asyraf a.k.a Acap

salah seorang daripada 3 jejaka paling kacak di dunia

Alia Farhana a.k.a Al

ni pun muka ayu tapi antara pemain professional futsal wanita UTP *sila bayar pujian ini*

From electrical and electronic (External PR)

Haris a.k.a Pehon

pepehon kayu daun nya rimbun *tatau nak letak caption apa sebab ko snyap sgt pehon.haha*

Awatif a.k.a Watip

jangan tertipu dengan penampilan nya yang tampak anggun.awas!!! *sembah patik harap di ampun cik watip*

From ICT/BIS (PnS)

Nabilah a.k.a Ila

kreatif mendesign baju batch bersama che nah

Sukainah a.k.a Che Nah

kuat bekerja itulah orang utagha!!idop utagha!!!

From mechanical (CnP)

Najat a.k.a Najat 

miss assistant yang lambat tangkap.haha

Zakuan a.k.a Zak

Bos yang sgt bersopan santun *rujuk gambar*
Jadi ni lah core commitee grand dinner yang baru sahaja berlangsung minggu lepas pada 30 April 2011. Bukan kami sahajalah yang menjayakan dinner ni. 

Antara gadis-gadis yang datang membantu persiapan dinner

band Jan_07 tgh rehearse

Tak lupa jugak kepada para MC yang hebat pada malam tuh iaitu Ipin dan Arai yang tinggi lampai *auta ok.haha*.

Ipin dan Arai yang sangat cool.Tak kering gusi beb!!
Memang banyak benda nak di buat dengan diberi masa cuma sebulan. Penin jugak lah. Tapi alhamdulillah teamwork dan semangat semua committee amat-amat hebat. Penulis memang kagum dengan teammate2 penulis yang dapat menjalankan tugas dengan baik. Takot jugak lah mula-mula tuh bila diberi kepercayaan untuk lead mereka. Tapi winning atmosphere yang ada setiap kali buat meeting dan bekerja membuatkan takot penulis hilang. Penat lelah semua amat-amat penulis hargai daripada garisan pemula hingga ke penamat.

Antara halangan-halangan kami dalam menjayakan dinner ni adalah nak booking tempat untuk dinner. Dengan sebulan lagi masa untuk dinner, agak sukar la nak dapat tempat kosong kan tapi ajaib nya Watip dan Pehon berjaya jugak dapat Tropicana Ballroom kat Ipoh. Memang cantik dan sesuai tempat nya untuk letak satu batch. Habis satu halangan, datang pulak halangan seterusnya, nak tempah baju batch sebelom tarikh dinner supaya semua orang dapat masa dinner tuh. Kelam bakut jugaklah semua mintak size baju untuk ditempah. Bayangkan dalam 350 orang jugak nak di tanya tapi itulah, bila dah rapat sesama batch, kerja jadik mudah. Lepas selesai masalah baju, cabaran seterusnya pulak adalah nak mintak deposit daripada orang-orang yang nak pergi dinner. Mak aih, sorang- sorang terpaksa di approach. Lepas tu ada pulak yang tengah kering dan nak tunggu skoler masok *paham-pahamla student kan*. Anyhow, berjaya jugak kami menjadik ceti part time sampai ke hari dinner. Tiada kekurangan wang. Fuhhhh~ Masalah nak setelkan tiket parking pun memening kan kepala. Aiyoyo. Kalau 310 orang ni datang lima orang satu kereta tak apa la jugak. Tapi konfem-konfem la ada yang datang bertiga berdua kan. Banyak la tiket parking kereta yang terpaksa kami tolong bayar kan untuk memudahkan tetamu di akhir dinner nanti. Credits to Acap dan Al yang dalam kelam kabut pun berjaya setelkan semua tiket parking. Thanks guys!!

Yang paling penulis tak leh lupa adalah malam jumaat sebelom hari dinner. Kami terpaksa stay kat cafe v5 sampai matahari nak naek dah. 

Untuk susun nama di meja-meja pada hari dinner nanti lah. Huuu~ 310 orang yang akan hadir dan 31 meja di sediakan nanti. Sakit kepala kami nak bagi semua pihak berpuas hati dengan kedudukan masing-masing. Mata kuyu dan layu dah sorang-sorang bila da setel. Haha. Lega btoi lepas da setel nama-nama tuh..

penulis dan fad berpura-pura buat kerja
kami tak tido kami hebat!!
Maka dengan itu, berlangsunglah Grand Dinner Jan_07 pada malam berikutnya selepas selesai persiapan dan reherseal di pagi harinya. Kalau nak taw la..MC malam tu a.k.a Ipin ada hal dan terpaksa datang lewat sket untuk dinner. Berpeluh-peluh jugak la penulis bila taw pasal tuh. Banyak kali jugak tepon beliau tanya bila nak sampai sebab tetamu-tetamu pun dah datang. Tapi Alhamdulillah beliau sempat jugak sampai tepat pada masanya. Penting oooo dua MC kami pada malam tuh. Dinner tuh pun terpaksa bermula lewat sejam sebab tetamu-tetamu pulun duk tangkap gambaq kat luar dewan. Haha. Macam-macam kan. Terpaksalah penulis dan Najat as CnP memotong sedikit aktiviti untuk tidak melewatkan event tuh.

tak muat 300++ orang dalam gambo ni.sampai terpaksa berdiri atas meja 

mechy is the best!!the energize course!!
All in all, the grand dinner was a success and it was a great night. Semua nya tampak enjoy walaupun agak bising sikit. What do you expect when 310 people gathered in a hall that fits just enough? Haha. Bising pun sebab kami Jan_07 sangat sporting. 

Di sini penulis letak montaj dan performance yang kami sedia kan pada malam tu










Itulah sedikit sebanyak cerita behind the scene grand dinner ni. I wrote this as a tribute to those who had contributed and helped making this dinner a reality. We are the Jan_07 and we will always be who we are. Penulis akan sentiasa ingat kenangan manis pahit masam masin sepanjang usaha menjayakan dinner ni.

after dinner photo *ipin dan deqnor missing.da balek awal*
our last official meeting after the dinner. 

Okeh..Cukup dah la kot.Panjang lebar dah tulisan kali ni.Almaklumla lama tak menulis. 

To Jan_07 : All The Best for Our Final Exams

To others : Pray For Our Final Exams =P

p/s - some of the pics were taken from some of the committees' fb..pinjam ek



2 pengasah pensel:

ikanriang berkata...

best gileeee. miting2 untuk dinner ni la miting yang paling tak disabar2 untuk dihadiri dalam idup 5 taun kat utp ni :D

Zakuan Ahmad berkata...

kan kan kan fad..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...