Isnin, 20 Jun 2011

tulisan 32 : a visit to the orphanage

Nak update sikit pasal lawatan penulis bersama beberapa orang kawan dari UTP ke tiga rumah anak yatim baru-baru ni.

Lawatan ni sempena program Orphan's Day yang InsyaAllah akan diadakan pada 3 Julai 2011 akan datang di UTP. Dalam dua minggu lagi la kiranya. Tak ingat pulak nama rumah-rumah anak yatim tersebut tapi tujuan lawatan ni adalah untuk berbincang dengan pihak penjaga rumah masing-masing pasal Orphan's Day nanti.



Orphan's Day ni kiranya macam family day la. Tujuan nya nak meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim ni dengan aktiviti-aktiviti santai. Kami akan datang ke rumah-rumah anak yatim dengan bas pada awal-awal pagi untuk bawak anak-anak yatim tersebut ke UTP. Lepas tu, macam-macam acara diadakan dari games, tengok muvi, sukaneka dan lain-lain sepanjang program ni. Tenaga kerja semuanya dari pelajar UTP sendiri.




Organizer program ni merupakan pelajar-pelajar dari Mesir yang juga kawan sekelas penulis tapi memandangkan mereka susah nak communicate dengan orang tempatan kan, kami pelajar tempatan ni pun turut membantu. Seronok oooo dapat main-main dengan budak-budak. Penulis ingat lagi tahun lepas punya program. MasyaAllah. Main Hall UTP tuh bole di buat stadium. Haha. Main kejar-kejar sana-sini.


Walaupun lawatan kami pendek, tapi keriangan jelas kelihatan pada riak wajah anak-anak yatim ni bila nampak kami datang. Tiga rumah anak yatim ni sebenarnya lain-lain bangsa. Satu Melayu, satu Cina dan satu lagi India. Memang satu Malaysia kami lawat. Haha. Sempat jugak tuh kami main bola dengan adik-adik kat rumah anak yatim India dan Melayu. Yang Cina takdak orang pulak masa kami sampai. Yang ada cuma penjaga mereka sahaja masa tuh. Baru nak try shaolin soccer.

Yang paling best, adik-adik kat rumah anak yatim Melayu tu siap mintak facebook penulis lagi. Terharuuu ooooo~ =P Tapi advance btoi la budak-budak zaman sekarang ni kan. Baru sekolah rendah dah pulun berfacebook-facebook ni. Penulis dulu masa sekolah rendah main gasing ja. Tak pun polis sentry. Komputer pun takdak lagi.




Begitulah sedikit update dari penulis. Sambutan untuk Orphan's Day nanti pun agak memberangsangkan berbanding tahun lepas. Boleh tengok facebook page program ni kat sini. Kat page tuh pun ada diletakkan no.akaun bank untuk sesiapa yang nak menyumbangkan wang buat anak-anak yatim ni. Sapa-sapa yang berminat nak datang main-main dengan adik-adik ni amatlah dialu-alukan. InsyaAllah ganjaran menceriakan hidup anak-anak yatim ni amat besar di akhirat kelak. Memang puas bila dapat tengok mereka tersenyum riang =)


2 pengasah pensel:

putera aftus berkata...

1st! aku da komen kat blog pensel.

Zakuan Ahmad berkata...

tahniah putera aftus!tahniahh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...