Selasa, 28 Jun 2011

tulisan 33 : kerana RM2




Hampa taw tak kenapa wang kertas RM2 yang kat atas ni dah tak buat dah sekarang?

Sampaikan orang berebut-rebut nak simpan buat koleksi.

Hampa taw tak?

Mesti nak taw kan kan?

Haa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelebihan RM2

Ini satu informasi untuk orang yang pakai telefon bimbit 1G or 2G mahupun 3G.
Dengan menggunakan wang kertas dua ringgit sahaja anda boleh mendapatkan 'full bar' untuk h/phone anda walaupun di mana anda berada. 
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen 'boost up' h/phone bar untuk line 013, 016, 019, 012, 017 dan yang terkini 010.

Caranya :
Note : Lakukan semua langkah dibawah mengikut urutan sehingga ke langkah terakhir

Langkah 1
Offkan h/phone.

Langkah 2
Lipat dan selitkan wang kertas RM2 kedalam tempat bateri bersama bateri h/phone tersebut. Pastikan sama size dengan bateri.

Langkah 3
On kan h/phone anda dan periksa bar pada h/phone anda.

Langkah 4
Semasa h/phone anda on, pastikan ID. 10T tertera pada display h/phone anda.

Langkah 5
Your h/phone now will display full bar network coverage wherever you are.

Kalau tak berjaya
Sekiranya ID.10T tidak tertera pada display h/phone anda, sila periksa sebuah satellite yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut samada satellite itu berada pada orbit nya dan sedang berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit h/phone anda yang berisi wang RM2 tu tadi. Sila periksa samada tengkolok Agong telah terjatuh yang mungkin menganggu penerimaan line. Kalau terjatuh, sila letakkan tengkolok kembali dengan kemas.

Kalau masih juga tak berjaya, hentakkan h/phone di dahi anda 10 kali. Mungkin tertera kod ID yang dicari-cari.

Kalau tak boleh jugak, makna nya korang dah kena tipu la.

Sekian~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Macik, pacik, abang dan kakak yang saya kasihi sekalian.

Sabo-sabo. Turunkan selipar dengan parang kat tangan tuh. Tak molek aih. Ala. Bergurau-gurau kan amalan sihat. Tak gitu??

Teehee~






5 pengasah pensel:

Najwa Sofwani berkata...

sengal!!!

Faraheen Hazirah berkata...

aku bru nk tls sengal tp dh ade org tulis. haha

bibalo berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zakuan Ahmad berkata...

haha..ampun macik!!

Athirah berkata...

naseb baik ta try... hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...