Penulis berkesempatan pergi ke konsert Kembara Sufi kali ke 9 malam tadi. Ini kali terakhir la tengok konsert nasyid kat UTP. Sobss~
Apa-apa pun gempak lah persembahan tadi. First time konsert ni di host kan oleh Imam Muda. Selalunya budak-budak UTP jugak lah. Jadi ada kelainan untuk tahun ini dan kelainan ini menandakan satu kemajuan dalam pengendalian konsert Kembara Sufi. Tahniah buat pihak penganjur!!!
Imam Muda yang penulis maksudkan adalah Imam Muda Asyraf iaitu Juara Imam Muda Musim Pertama. Sebenornya la kan, penulis tak follow langsung program Imam Muda ni. Ni first time la tengok macam mana gayanya Imam Muda yang selalu di tayangkan kat Astro ni. Memang best lah!! Dah macam stand-up comedian pulak penulis tengok. Tapi yang berlandaskan Islam la. Kelakar gila ooo Imam Muda Asyraf ni. Perwatakan yang sangat bersahaja dan lucu. Memang layak dinobatkan selaku juara dengan kepetahan nya berkata-kata. Sajak beliau di akhir konsert jugak membuatkan hati penulis tersentuh yang menceritakn tentang kisah cinta nya Abu Dharr al-Ghifari kepada Rasulullah sampai sanggup memberikan air yang sangat susah untuk dicari kepada Rasulullah di kala kemarau yang teruk. Syabas Imam Muda Asyraf!!
Imam Muda Asyraf sedang bermesra dengan penonton |
Artis-artis yang dijemput untuk konsert kali ni adalah Nowseeheart dan Al-Mawlid. Penulis memang sangat meminati kumpulan Nowseeheart sebab lagu-lagu depa ni memang legend. Otai nasyid jugak la mereka ni sebab zaman sekolah rendah lagi dah penulis kenal. Alhamdulillah keinginan penulis nak dengar Nowseeheart mendendangkan lagu hot dari album Kembali yang bertajuk Kerana Doa termakbul jugak. Lama kot lagu tuh bertahan kat carta Ikim.fm. Jangan tak taw. Haha. Lagu-lagu lain pulak memang lagu femes yang penulis selalu dengar dan pernah nyanyi macam Damai dan Damai yang Hilang. Lagu tangkap leleh Ku Harap Cinta pun berkumandang malam tadi. Dah la penulis duduk betoi-betoi kat depan. Tunggu apa lagi. Layan nyanyi jugak la. Haha. Celoteh abang-abang Nowseeheart pun tak kurang hebat jugak. Kesian abang besar asyik kena bahan ja tadi. Sapa suroh tak banyak cakap. Kan da kena bahan. Haha. Anyhow, it was a great performance by Nowseeheart. Thumbs up walaupun sorang ahli tak hadir!!
cayalah abang Nowseeheart!! |
Kumpulan Al-Mawlid pulak adalah kumpulan baru hasil gabungan ahli V.E, Ruffedge dan Innuendo. Persembahan yang agak unik sebab lagu yang dinyanyikan memang macam stail lagu yang biasa mereka bawakan dulu-dulu cuma bermotifkan dakwah. Satu nafas baru la tapi penulis tak berapa gemar sangat pun. Haha. Bole nampak kurang keserasian lagi bila abang-abang Al-Mawlid berceloteh tadi. Ada ja yang menyampuk tak kena masa. Haha. InsyaAllah all the best for them!! Lagu yang penulis biasa dengar pun satu saja tadi iaitu Cahaya Seluruh Alam. Sedap sangat gabungan suara depa.
Al-Mawlid in action |
All in all, it was a great night. Montaj-montaj yang dihidangkan pun sangat menarik. Nasyid ni memang tak bole lekang la dari penulis. Sebelum mengundurkan diri, dengar la lagu Kerana Doa kat bawah ni bagi yang tak pernah dengar tu. Bestttt~
Haa.best kan..best kan.kannnnnnnnnnnnnnnnn~
Kat bawah ni pulak version Encik Pensel. Da lama tak menyumbangkan lagu ni. Haha.
Kerana Doa - Encik Pensel
Sekian~