Teater 'JERIT' lakonan pelajar-pelajar UTP dari Tronoh Theatre Shop baru saja berlangsung di dewan serbaguna UTP pada malam 9 dan 10 April 2011 lepas.
|
tenaga kerja teater 'JERIT' |
Alhamdulillah, memang tak pernah mengecewakan persembahan teater mereka
*sekali pun tak pernah!!* yang dalam masa yang sama menimbulkan kesedaran para penonton tentang keadaan zaman sekarang yang porak poranda dan kacau bilau bila mana manusia lupakan diri.
Di pendekkan cerita, teater 'JERIT' ini memaparkan Kak Ros yang sudah tua yang mengenangkan kembali zaman mudanya ketika mana kehidupannya digelumangi dengan dosa. Kak Ros menceritakan kisahnya pada cucunya dan seorang ibu serta anak kecil yang kebetulan berhampiran di sebuah taman. Kak Ros dahulunya adalah seorang mak ayam
*bukan tokey ayam ya* yang femes serta memiliki berbagai-bagai jenis ayam
*ayam bermacam ayam*. Ketika zaman jahililiahnya itu, bisnes Kak Ros banyak di bantu oleh pelanggan tetapnya iaitu seorang jutawan yang diberi nama Datuk Baha. Biasala kan. Kalau jutawan ni memang kuat bagi rasuah la kalau tengok drama-drama kat tv. Habes dirasuahnya polis-polis yang datang nak buat rush. Si Datuk Baha ni pulak mempunyai seorang personal assistant iaitu Hamas yang memiliki personaliti suci dan lurus
*watak kena buli la senang cita*. Kesucian si Hamas ni terserlah apabila Tikah, anak saudara Kak Ros di kacau oleh geng-geng mat rempit. Hamas tanpa segan silu datang mencelah untuk mempertahankan Tikah. Namun, disebabkan kekurangan kegagahan si Hamas, Tikah tetap jugak dirogol oleh syaitan-syaitan rempit tuh. Teater di sambung dengan Kak Ros menjadikan Tikah ayam barunya dan si mat-mat rempit, Kak Ros serta Datuk Baha bersuka ria berseronok beramai-ramai. Tiba-tiba, dalam mereka sedang lalai dengan syurga masing-masing, datang tentera-tentera asing menyerang mereka dan menjadikan mereka tebusan selama satu hari di sebuah gua. Di dalam gua itu, fikiran mereka mula berkecamuk memikirkan kematian yang mendatang. Datuk Baha masih memikirkan untuk merasuah tentera-tentera itu. Si mat rempit mahu melawan tapi tiada senjata. Si Hamas sahaja yang bijak memikirkan jalan keluar. Bergaduh-gaduh lah mereka mencari penyebab mereka di gua itu. Jari ditunding kearah satu sama lain. Dalam kekecohan itu, tentera-tentera tadi lantas datang membunuh mereka satu persatu. Yang berjaya melepas kan diri hanyalah si Hamas dan Kak Ros yang sempat sedarkan diri dari pergaduhan tadi. Begitulah berakhirnya kisah Kak Ros. Dia teringat kerana ternampak seorang pemuda kaya yang bersifat hampir serupa dengan Datuk Baha. Itulah sedikit sebanyak jalan cerita teater 'JERIT' yang penulis ingat
*macam tak pendek ja cerita ni.haha*. Rugi ooo tak dapat tengok.
|
Kak Ros dan cucunya yang berhampiran dengan seorang ibu serta anak kecil |
|
salah satu scene dalam gua *Datuk Baha dan Tikah* |
Teater 'JERIT" juga diselangi dengan beberapa buah cover song yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Insaff dan band Morven dari UTP sendiri. Lagu-lagu yang dipersembahkan adalah Damai (Nowseeheart), Damai Yang Hilang (Nowseeheart), The Gift (Seether), Taqwa (Opick), Stand Up for Gaza (Mu'adz) dan We Will Not Go Down for Gaza (Michael Heart). Lagu-lagu ini di nyanyikan berdasarkan babak-babak yang dilakonkan. Memang kena lah. Sangat best perform dua malam tuh
*walaupun malam first suara pecah.sob3~*.
|
Kolaborasi Insaff dan Morven *macam gamba lama ja ni.haha* |
Untuk pengetahuan semua, tiket masok iaitu RM5 per entry akan didermakan sepenuhnya ke tabung Aqsa Syarif yang kemudian akan disalurkan ke saudara-saudara kita di Palestin. Alhamdulillah kedua-dua malam mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelajar dari luar UTP jugak datang menyaksikan teater 'JERIT'. Seronok dapat bernyanyi sambil beramal. Bila ikhlas insyaAllah hati tenang. Betoi tak?
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya."
~ Al-Zalzalah : 7~
1 pengasah pensel:
Tahniah! Anda telah ditag dalam kontest!
Klik sini!
Catat Ulasan