Jangan disebut tentang
'cuti'..Memang sesapa pun kalau dah dengar perkataan tuh, tersenyum-senyum suka hati lah..Senyum tu kalau dapatla..Kalau tak dapat..Alamat muka tuh saling tak tumpah macam zombi.
Hari ni 19 April 2011
*semalam la kiranya* semua penduduk negeri Perak boleh lah tersenyum gembira
*tengah senyumm nii*
|
ntah gambaq sapa penulis sebat..tapi lebih kurang macam ni la pnulis senyum 40 taun lagi.pacik hensem!! |
Sebab apa?? Sebab apa??Haa....
Birthday Sultan Perak daa..
Alhamdulillah tahun ni Sultan Azlan Muhibuddin Shah a.k.a Sultan Perak telah mencapai umur 83 tahun
*wowww*. Ni gamba baginda yang paling kacak penulis jumpa
|
sungguh kacakkk!!Daulat Tuanku!! |
Satu lagi..satu lagi...
|
ini pun kacakk |
Panjang betoi umoq Sultan Perak kita ni kan..
Penulis? Wallahualam~ Sayur pun tak makan..Macam mana nak idop lama.haih~
Sebenarnya..Dalam-dalam tengah bercuti ni, penulis pun terpikir jugak lah kalau di Malaysia, kita ni dapat cuti bila ada birthday Sultan ataupun menang Suzuki Cup *hahah* dan lain-lain lah kan. Macam mana la pulak cuti-cuti di negara-negara lain?? Depa takdak Sultan macam kita. Cuti apa yang depa dapat?
Lalu penulis pun google la sat tengok-tengok apa festival-festival yang diraikan kat luar sana.
Dan hasilnya...
1. Baby-Jumping Festival
|
Mak oiiiii!!! |
Fuhh..festival yang di beri nama Corpus Christi ni berlaku di perkampungan Castrillo de Murcia, Spain. Bayi-bayi yang cute mute ni depa letak kat atas tilam dan si pelompat tuh memakai baju ala-ala devil lalu lompatlah beliau atas bayi-bayi tuh. Upacara ini bertujuan untuk membuang kejahatan dan menyucikan diri bayi-bayi tersebut spiritually serta memberi tuah. Memang bertuah la kan kalau tak lepas lompat tuh. Apa punya turrr!!!
2. Food-Throwing Festival
|
Fire in the hole!! |
Haa..untuk insan-insan yang makan tak habes dan suka membuang makanan, festival ni memang kenalah dengan hampa.haha..Festival food war ni memang selalu sangat dah kita dengaq kan..Ia agak popular di Spain dan Italy. Ada yang baling tomato la..buah oren la..Membazir btoi!! Sedih tengok buah-buah tuh..Makan lagi sodapp~
3. Naked Festival
*No picture*
Haha. Festival Hadaka Matsuri berlaku di negara matahari terbit di mana beribu-ribu manusia tanpa segan silu bermarathon di jalan-jalan raya hanya dengan seciput kain menutup bahagian-bahagian penting *sebab tu tak letak gamba*. Dengan suhu rendah yang bole menggigilkan diri, mereka tetap berlari *yalah..da sejokk.lari laaa.haha*.
4. Near-Death Experience Festival
|
Nak mati sangat kot |
Fiesta de Santa Marta de Ribarteme ni jugak berlaku di Spain
*banyak btoi la hampa ni* dekat sebuah perkampungan kecil Las Nieves. Festival ni meraikan insan-insan yang telah melalui detik-detik hampir mati dan berjaya hidup untuk menceritakan kepada orang ramai. Santa Marta de Ribarteme adalah nama seorang paderi yang disegani suatu ketika dahulu. Ketika festival berlangsung, insan tersebut akan di papah di dalam sebuah keranda dan dibawa ke kubur-kubur serta church.
*Awat tak tanam teruih ja..alang-alang kan.haha*
5. Color-Throwing Festival
|
Lempaq!!Lempaq!! |
Tu diaa..Kalerful!! Ni la satu-satunya festival orang Hindu di mana mereka tak dressing bling-bling caca merba. Sebaliknya, mereka pakai baju paling lama dan paling lusuh untuk festival yang diberi nama Holi. Depa seronok bermain dengan serbuk warna-warni. Lempaq sana. Lempaq sini. Serbuk tu dipanggil gulal. Memang meriah la nohh~
6. Monkey Buffet Festival
|
Hahaha..makan budak!!makan budak!! |
Kalau kat utp, menatang ni memang jangan harap lah bebudak nak bagi makan. Satgi depa mai balek jenuh. Tapi dekat Thailand, nahhh..buffet depa bagi kat monyet-monyet. Pesta makanan ni adalah sempena menghormati Hanuman, Tuhan Monyet mereka. Festival ni pun dah semakin popular dan menjadi antara tarikan pelancong di Thailand. Boleh la lepas ni tunjuk gambaq ni kat monyet-monyet utp. Biaq depa jelez. Haha~
7. Crying Baby Festival
|
Penulis pun bole nangis ni..wuwuwu~
|
T.T..Memang menangis la baby-baby kalo nampak giant-giant ni. Festival
Konaki Sumo yang berlaku di Jepun ni agak unik di mana bayi-bayi comel akan beradu siapa yang menangis dahulu
*bole pulak macam tu kan*. Mengapa ada festival begini? Haa...Sebab ada pepatah orang-orang Jepun yang bermaksud
'Bayi yang menangis akan cepat membesar'.
*Brader-brader sumo ni mesti hati banyak taman*. Selain itu, tangisan mereka juga menandakan doa semoga bayi sentiasa sihat.
8. Coming of Age Day
|
Awat nampak tua ja depa ni
|
Yang ni pulak tradisi dari Jepun. Tujuan wujudnya hari ni adalah untuk meraikan remaja-remaja mereka yang dah mencecah umur 20 tahun dan membantu mereka mengenal erti menjadi dewasa. Ia diadakan setiap hari Isnin pada minggu kedua bulan Januari. Kalau kat Malaysia, dah masok umur 20 tahun mula la resah bila nak kawen. Gatai meghela. Btoi x? Haha~
9. National Snowman Burning Day
|
Takziah diucapkan kepada pacik salji.Sobs..
|
Haih. Kita punyala tunggu bila Malaysia nak turun salji nak maen buat snowman ni, depa boleh pulak pi bakoo jee. Bila musim panas da menjelma, mereka akan membakar snowman sebagai tanda meraikan pemergian musim sejuk dan menyambut kedatangan musim bunga atau panas. Mula di lakukan di Switzerland tetapi sekarang sudah diterima di kawasan Amerika Syarikat.
*syok oo saljii*
10. Napping Day
|
Keroihh..keruihhh...zzZZZzzz |
Oh sedapnya kalau ada holiday ini. Menurut Professor William Anthony dari Boston University dan isterinya, Daylight Saving Time mampu memberi kesan buruk pada kesihatan badan. Jadi, cara terbaik adalah untuk tidooo!! Memang ramai lah yang meraikan hari ni. Malang Malaysia takdak Daylight Saving. Tapi siang pun tidoq jugak. Tak payah Napping Day ni. Every day is napping day.
11. Hug Your Cat Day
|
Adoi..comel btoi kucing ni |
Bagi para peminat kucing seluruh dunia
*angkat tangan!!*, tanggal 13 May merupakan hari memeluk kucing sedunia. Kucing pun nak dipeluk jugak. Peluk tiap-tiap hari pun bagos.
12. Lost Sock Memorial Day
|
Stokin pun ada memorial day.Haha
|
Anda hilang stokin? Sebelah tak jumpa? Haaa. Pada 9 Mei, sesiapa yang kehilangan stokin kaler pink ka ada polkadot dot ka kaler apa-apa lah boleh la memperingati kenangan anda bersamanya. Kehilangan sebelah stokin amatlah dirasai dan ia memerit kan. Alang-alang tu biar lah hilang dua-dua belah kan.
Jadi itu saja lah cuti-cuti pelik yang dapat penulis cecita kan kat sini. Banyak lagi sebenarnya. Banyak sangat. Tak larat nak letak semua. Kalau ada sahabat-sahabat yang kat luar negara tuh yang nak share pun boleh. Kot-kot la ada pengalaman baling buah durian ramai-ramai ka. Apa-apa pun, yang penting bila cuti tuh, pandai-pandai la guna. Nak terjun longkang ka, makan ulat ka, gelak tak berenti ka suka hati hampa la. Janji selamat dan bahagia~
2 pengasah pensel:
nice one zakuan. baru jumpa blogspot hg. seingat aku dulu guna wp. :) keep it up.
haha..thanx.da betukaq angin balik..jemput2 melawat naa
Catat Ulasan