Rabu, 8 Jun 2011

tulisan 30 : simptom-simptom bila result nak keluar


Tak kira lah result SPM ka Lesen Memandu mahupun game bolasepak

Huih~

Macam-macam jenis simptom akan jelas kelihatan bila result tu makin dekat kan.

Nak taw apa simptom-simptom nya?

Haaa...

Simptom 1

Bila result di war-warkan akan keluar pukul 2 petang, pada pukul 1.51 petang dia dah " OMG..OMG...OMG!!! 9 minit lagi!! OMG!!!" sambil bergedik-gedik atas katil

Simptom 2

Bila result nak keluar esok, segala mak nenek stail tido di gayakan termasok freestyle kat atas katil tapi mata tuh tebukak jugak. "Awat ceqq tak boleh tidooqq nii!!" kata beliau.

Simptom 3

Dua tiga hari sebelum result keluar, kelihatan beliau mandi tak basah, tidoq tak lena, makan tak berenti dan berak tak basoh *untuk yg kronik sahaja*.

Simptom 4

Sensitip yang melampau-melampau. Bila rasa nak tampau beliau pun beliau dah nanges. Tu baru rasa. Haih~

Simptom 5

Perubahan ketara pada riak wajah seminggu sebelum result keluar. Ada yang seropa zombi. Ada yang iras-iras zebra. Malah ada yang seperti muka tak siap.

Simptom 6

Dulunya bukan main bergayut talipon dengan kekasih hati memadu asmara di bawah pohon durian. Tapi bila result nak keluar nampak kelibat beliau duk bergayut-gayut sorang-sorang kat atas pokok durian itu sendiri.

Simptom 7

Bila result dah nak dekat, mulut yang dulunya berkelajuan cahaya kini cuma amek lane kecemasan.

Simptom 8

Kalau laki bini, sebelom result nak keluar bukan main sweet dengan I Lap U, U Lap I. Tapi huh, bila result dah nak dekat jadik I Slap U, U Kick I.

Simptom 9

Simptom ni baguih. Tiap-tiap malam solat hajat mintak result baguih. Tapi jangan pi solat hajat mintak result nombor ekor kena pulak. Tembak kanggg!! Hampeh punya olangg.

Simptom 10

Dulu nya pro gila memasak. Tutup mata pun jadik sedap. Fuhh. Tapi bila result nak dekat dah, masak ayaq pun hanguih. Apa cita.



Cukup la tuh penulis merepek noooohh

Merepek ni pun satu simptom jugak sebenaqnya. Haha~ 

Sekarang penduduk-penduduk UTP mula menunjukkan simptom-simptom tersebut sebab result patot keluar arini tetapi malangnya kami tak dapat nak cek online. Server down mungkin dan di maklumkan kalau dah sangap sangat nak taw result boleh lah pi amek kat exam unit hardcopy result tuh. Dah macam nak amek slip SPM da ni.

Maka, bertambah-tambah frust la kami ni yang dah lama menunggu kan. Mana la nak taw da 3 minggu belajaq tiba-tiba kena repeat *Mintak jauhhhhhhhhhhhhhh*.

Jadi, pandai-pandai la mengawal diri dan jangan terlalu memikirkan sangat okeh!

Kita dah usaha. Tawakal ja lah menunggu result tuh. Tak kirala result apa pun.


InsyaAllah Dia akan bagi habuan yang setimpal dengan usaha kita^^



2 pengasah pensel:

Nursyahida Osman berkata...

Azab kau dah lepas. Sekarang azab aku pulak. And aku dah ade syptoms2 yg sama sejak sebulan yang lepas :( Tsk

Zakuan Ahmad berkata...

Haha..awal betol simptom kau kan =P.goodluck k amoi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...