Petikan pendek dari akhbar Harian Metro *penulis potong-potong sket*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
------
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita penuh kat sini.
Penulis yakin ramai dah tahu tentang kisah ni. Kisah yang agak menggemparkan Malaysia. Yalah, pelajar di pukul sampai mati oleh gurunya sendiri. Ustaz pulak tuh. Budak tu pulak kecik lagi. Memang ramailah makcik-makcik, pakcik-pakcik dan rakyat Malaysia seangkatan yang marah, mengutuk-ngutuk dan mengeji perbuatan guru tersebut.
Tapi kan.
Tapi..
Tetapilah
Pernah tak anda terfikir walau sekejap pun, sekejapp jaa..
" Betoi ka tak laporan berita ni?eh..canteknya rama-rama tuh"
Pernah tak? Pernah? *rama-rama tu takdak kaitan okeh*
Haa..memanglah kita tak kan tau pun apa cerita sebenar di sebalik kejadian ni. Selalunya yang kita baca kat paper, yang tu la yang kita percaya kan. Biasa la manusia. Sebab tu la penulis nak menyelit sikit cerita lagi satu pasal kejadian ni.. Source nya dari sini. Kesahihannya penulis tak pasti tapi kita kenala pasang telinga dan dengar jugak cerita dari pihak lagi satu kan kan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangarpada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat".
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad."
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. " dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia" cerita abang zamri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah kisahnya. Penulis copy paste bahagian yang penulis rasa penting. Kalau nak baca yang full bole singgah ke link kat atas tadi.
Siapa yang betol? Wallahualam.. Hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Cuma kita ni janganlah cepat sangat percaya dengan media zaman sekarang. Pom Pang Pom Pang depa bagitau orang tapi hakikat nya cuma pot pet pot pet ja *analogi rekaan yang amat buruk*. Memburuk-burukkan orang dah jadik satu trend untuk mendapat populariti bagi sebahagian pihak. UTP sendiri pun pernah kena tahu.
Baca, nilai dan cari kebenaran dulu sebelum percaya okeh!!
2 pengasah pensel:
Aiyoh
Mane satu betul?
Kita baca benda yang kita tak tau, kita akan cepat terpercaya. Tu la kuasa media. Senang sangat kita nak terpedaya. Huhu
tula..ni dalam Malaysia moh..berita-berita luar negar lagi la susah nk percaya..
Catat Ulasan