Khamis, 28 April 2011

tulisan 25 : aurat..apa kah itu?



Tahu kah anda definisi aurat? Yaa anda la..tengok-tengok belakang pulak..

Tahu? Tak Tahu?Tahu ka tak ni?

Eh..Malu-malu pulak..Lempang kang..

Aurat berasal daripada kalimah Arab iaitu "'awr" yang bermaksud sesuatu yang kurang, aib dan keji.

Ini pulak definisi aurat dari encik wiki

"Aurat (Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis." 

Kita tengok pada definisi kat atas. Simple saja kan tapi dah cukup untuk memberi kefahaman yang jelas.

WAJIB menutup aurat..W.......A.............J............I.............B............WAJIB...

Apa yang kita tak faham tentang wajib? Wajib adalah sesuatu yang kita mesti buat dan tiada alasan untuk mengelat. En. wiki pun ada sebut kewajipan menutup aurat ini adalah berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith. Jelas ia suruhan dari Sang Pencipta yakni Allah S.W.T.

" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"
~Surah Al-A'raf : 26~


Kita ni lah anak-anak Adam itu. Kalau tak mau mengaku jugak tu bole dah  pi cek kat klinik haiwan kalau saket *bukan manusia la hampa.haha*. Jelas ayat di atas menerangkan kewajipan menutup aurat sebagai tanda taqwa kita kepada Allah dan orang-orang yang gagal menutup aurat adalah orang yang rugi serta tidak mensyukuri nikmatNya. Allah dah bagi kita bahan-bahan yang cukup untuk membuat pakaian tetapi penulis  tengok kita ni sekarang makin lama makin tak cukup kain ja. Isu aurat ni rasanya dah selalu sangat di bicarakan kat mana-mana sahaja. Tapikan penulis rasa ia sangat perlu memandangkan keadaan zaman sekarang yang jelas di mana kita menganggapnya remeh dan tak lagi mempraktikkan apa yang kita tahu. Kalau ada subjek aurat ni kat sekolah atau universiti, pelajarnya mesti perform ujian teori tapi kurang pada praktikal nya.




Banyak hikmahnya menutup aurat ni. Bukan sekadar pakai tudung saja. Antaranya adalah sebagai lambang keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kalau kita betol beriman dan bertaqwa, kita mestilah patuh dengan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya kan. Hikmah lain pulak adalah dapat mengelakkan diri daripada golongan yang berniat jahat. Kalau dah pakai pakaian yang menarik tertarik kau memang de bom, mana tak tertarik kaum yang berlawanan jenis tu *kebaboom depa mai*. Kewajipan menutup aurat juga adalah sebagai pembezaan antara muslim dan non-muslim. Mungkin untuk lelaki tak jelas perbezaan tapi untuk perempuan memang terang bagaikan lampu kapal dah. Ternyata Islam punya identiti nya tersendiri.

Dah cukup cantik dan manis dah kalau perempuan itu bertudung menutup rambut lengkap. Di tambah pula dengan pakaian labuh yang kemas. Tak perlu pun ketat sana ketat sini. Bagi lelaki pun, aurat amat penting kerana kita jugak memiliki bahagian tubuh yang wajib ditutup. Apa bahagian-bahagiannya?

LELAKI - antara pusat dan lutut

PEREMPUAN - seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan

Bila dah tahu bahagian-bahagian yang perlu ditutup, datang pulak masalah lain.

Pakaian yang dipakai dah tutup dah apa yang patot tapi..

Tapi..

Tapi..

Apa yang berketoi-ketoi tuh? Lemak ka? Awat ketat sangat tuh baju.

Haaa. Ni la masalah nya. Dah bertudung tapi tak cukup labuh atau terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Tak cantek la begitu. Aurat perlu ditutup sampai tak dapat di kesan oleh mata. Untuk perempuan, pakaian yang paling afdal adalah

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher tangan, kaki dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.


Penulis suka petikan daripada penulisan Ustaz Zaharuddin di www.zaharuddin.net yang berjudul 'Aurat : Apa sudah jadi?'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya sebab nak nampak cantek, sanggup tubuh ditayang-tayang sana-sini. Ish3~

Memang tak mudah untuk terus sempurna dalam berpakaian. Pelan-pelan kayuh. InsyaAllah bila niat itu ada dan dizahirkan dengan usaha, Allah akan bantu kita. Yang jadik masalah selalunya pemahaman kita yang sering merasakan pemakaian tudung adalah adat semata. Tak takot kah dengan balasan Nya?

Tahu tak apa balasannya bagi orang-orang yang tak menutup aurat?

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya it : (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam) : (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung keapda perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
~Riwayat Muslim~

Nauzubillah. Mintak jauh la kan. Matlamat hidup kita bukan untuk dunia, bukan untuk manusia lain, tapi untuk akhirat. 

Oh.Dah azan subuh. Kejap lagi ada test dan petang pulak ada project presentation. Sempat pulak menulis kan. Haha. 


si Irene pun da pandai pakai tudung 

Diharap tulisan kali ini dapat membantu walau sedikit. Kita boleh berubah kan dan perubahan ke arah kebaikan adalah yang terbaik. Betoi tak? Never say never bak kata Justin Bibir *haha*. Beruntunglah bagi mereka yang sedar dan rugilah bagi mereka yang leka. Peringatan buat penulis sendiri.





1 pengasah pensel:

Athirah berkata...

Ameenn.. Moga2 kita sama-sama beringat utk kebaikan diri kita sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...