Selasa, 15 Mac 2011

tulisan 10 : dulunya Constantinople, kini Istanbul

Bukannya penulis penah menjejak kaki di Istanbul pun..tapi pernahla menonton final UEFA Champions League kat kedai mamak yang bersiaran langsung kt Istanbul *takdak kaitan pun dengan tulisan kali ini*


Sebenarnya, hari sabtu lepas, penulis berkesempatanla ke USM Penang nak melawat kawan-kawan zaman sekolah kat sana. Rindu kot kat depa. Yang ditemui kat sana Firdaus Najib *UTP*, Raqib Sofian *USM*, Sufi *UTP* dan Husna *USM*. Panjang cerita sebenarnya lawatan penulis kat sana tapi malas pulak nak cecita. Kite bako jeee~

Fokus utamanya adalah bila penulis dengan kawan-kawan ni pergi melepak sebentar dekat kawasan karnival USM. Ada gerai-gerai la kat situ. Masa tu pun dah malam kira-kira jam 10 kot. Penulis sempat melayan ceramah yang disampaikan *tak ingat nama penceramah tuh* yang berkaitan dengan seorang pemimpin Islam yang amat menarik minat penulis. Siapakah beliau??hah??ceteka..ceteka..haha

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq : "..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
~Hadis riwayat Imam Ahmad~


Raja yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W. itu adalah tak lain dan tak bukan Muhammad Al-Fatih, khalifah ketujuh kerajaan Uthmaniyah. Sebelum bercecita lebih lanjut tentang Muhammad Al-Fatih, eloklah kita mulakan dengan pengenalan ringkas Constantinople yang kini dikenali Istanbul.


Constantinople ni diasaskan oleh Maharaja Byzantine iaitu Constantine I *adakah bandar Kepala Batas di asaskan oleh Kepala bin Batas?yang tu yang kita takmau taw tuh* pada tahun 330 Masihi. Ia merupakan sebuah bandar yang memiliki sejarah yang hebat. Dengan kedudukan yang strategik, Constantinople telah menjadi ibu negara Empayar Byzantine dan pernah menjadi bandar terbesar dan utama dunia. Rasulullah S.A.W. telah banyak kali memberi khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam macam yang disebutkan di dalam hadis di atas. Umat Islam zaman dulu memang berkeinginan tinggi untuk membebaskan Constantinople itu tapi disebabkan oleh kehebatan pertahanan bandar itu, banyak percubaan tentera Islam berjaya di patahkan. Penulis tak ingat berapa kali percubaan yang di sampaikan oleh penceramah malam tuh tapi dalam belasan jugak lah. Memang liat lah nak tumpaskan Constantinople ni. Tetapi, macam pepatah melayu la "sepandai-pandai superman terbang, akhirnya turun jugak sebab nak makan" *maafkan daku duhai guru BM ku*. Peristiwa bersejarah dimana Constantinople berjaya dibebaskan di tangan Islam terletak pada Sultan Muhammad Al-Fatih. Siapakah beliau ini yang disebut "sebaik-baik raja" dan tenteranya yang "sebaik-baik tentera" oleh Rasulullah S.A.W.?

screenshot animasi "Muhammad Al-Fateh"
Muhammad Al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis *sempadan Turki-Bulgaria*. Yang menariknya, 800 tahun sebelum kelahirannya lagi telah Rasulullah S.A.W. sebutkan di dalam hadis di atas. Begitulah kebenaran kata-kata Rasulullah S.A.W. nabi kita. Berbalik kepada Muhammad Al-Fatih, baginda telah menjadik sultan ketika baru berusia 19 tahun *penulis baru 2nd Year kalau 19 tahun* selama 30 tahun. Baginda ni berpendidikan tinggi di mana baginda telah di ajar mengenai Al-Quran, Al-Hadith, ilmu fiqah, linguistik *fasih bertutur 7 bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew*, dan ilmu peperangan. Memang sejak kecil lagi baginda selalu mengikut ayahnya ke medan perang untuk meniliti dan meninjau strategi-strategi perang. Keperibadian baginda amatlah mulia dengan sifat tawadhu' dan rendah diri. Tenang, pendiam, berani, sabar dan tegas itulah juga sifat-sifat Muhammad Al-Fatih. Ada satu kisah di mana baginda dan tenteranya hendak bersolat Jumaat tapi tidak tahu siapa yang layak menjadik imam *dulu takdak rancangan imam muda lagi*. Kemudian, baginda menyuruh semua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya "Sapa antara kita ni sejak baligh sampai sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!!". Sorang pun tak duduk sebab memang mereka tak pernah tinggal solat fardhu. Lepas tuh, baginda bertanya lagi "Sapa yang sejak baligh lagi sampai hari ini pernah tinggal solat sunat rawatib sila duduk!!". Kali ini sebahagian tenteranya duduk. Kemudian, baginda bertanya lagi "Sapa antara kamu yang sejak baligh sampai ke hari ini pernah meninggalkan solat tahajjud walau sekali sila duduk!!". Yang ni semua orang duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih. Ya, baginda tak pernah tinggal solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. MasyaAllah. Hebat btol baginda kan. Memang baginda ni adalah sebaik-sebaik raja.

Tadi tu kisah hebatnya raja mereka kan. Ini pulak kisah tenteranya. Ada satu ketika, sedang raja dan tenteranya berjalan menuju ke Constantinople, tentera Muhammad Al-Fatih ni lalu sebuah ladang anggur yang besar pastu penuh dengan buah-buah yang masak. Memang menjilat ibu jari kaki lah *hyperbola.harap maklum*. Tapi, sebelum mereka lalu ladang itu, Muhammad Al-Fatih ni dah ingatkan tenteranya untuk tidak mengambil anggur tuh walau sebijik pun. Maka, perjalanan mereka diteruskan sampai la mereka tiba di satu tempat untuk berehat. Jadi, berkhemahlah mereka tapi ada satu ketika tuh pembantu baginda keluar dari khemah baginda dengan muka sugul lalu memanggil semua tenteranya berkumpul. Kenapa mereka dipanggil? Muhammad Al-Fatih dikhabarkan telah jatuh sakit. Macam biasala, doktor pun datang mengecheck baginda dan doktor tuh cakap ubat untuk menyembuhkan baginda cuma satu ja. Apakah itu?Ya..pandai btol hampa ni..Anggur. Lalu, doktor tu pun bertanya pada tentera-tentera yang ada sama ada mereka memiliki buah anggur atau tidak. Kalau tak, dikhuatiri Muhammad Al-Fatih akan mangkat. Tetapi malangnya, sorang pun tentera baginda tak punya buah anggur. Tahulah Muhammad Al-Fatih bahawa tenteranya langsung tak mengingkari perintahnya. Mereka memiliki kekuatan fizikal dan rohani yang menakjubkan. Lalu, keluarlah baginda dari khemah dan memuji tenteranya serta menerangkan maksud sebenarnya. Baginda ingin menguji tenteranya rupanya. Hebat btol lah taktik baginda *kagum.kagum*.

Dengan keperibadian tinggi yang dimiliki oleh si raja dan tenteranya, maka tidak peliklah Constantinople berjaya dibebaskan. Kisah pembebasan Constantinople jugak amat-amat menarik dengan kisah penculikan engineer terbaik Constantinople, bagaimana Muhammad Al-Fateh menekan musuhnya secara psikologi, perjanjian baginda dengan Maharaja Constantine, kisah kapal-kapal perang yang diangkut ke atas gunung, Menara Bergerak, Perairan Tanjung Emas *Golden Horn* yang dihalang pintu masuknya dengan rantai-rantai yang amat banyak di dasar laut dan macam-macam lagi. Tak mampu lah untuk penulis mencecita di sini sebab pengetahuan pun tak banyak. Kalau ada masa tuh sila-silalah baca ya. Kisah pembebasan ini pun telah dianimasikan dengan tajuk "Muhammad Al-Fateh" kalau tak silap *salah satu screenshot animasi tu kt gambar kt atas tadi*. InsyaAllah tak rugi mempelajari sirah-sirah nabi kita dan para khalifah zaman terdahulu sebab di situlah kita nampak hebatnya Islam dan dapat menaikkan semangat kita. Tak gitu??



4 pengasah pensel:

along rufaidah berkata...

sekarang tengah baca buku sultan muhammad al-fateh karya abdul latip talib (PTS) tu....sgt best!
kalau nk pinjam..boleh je roger2

Zakuan Ahmad berkata...

da abes blom??kalo dah..mau!!

fatin hilmi berkata...

stuju ngn rufaidah... sgt best buku tu.. dlm buku tue dia kata jgk slain pemimpin dan tentera yg baik, zaman sultan muhammad al-fateh ni, rakyat dia pn sebaik-baik rakyat.. sgt kagum..

Zakuan Ahmad berkata...

nak pinjam T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...