Khamis, 3 Mac 2011

tulisan 6 : tik tok tik tok

tik ...tok...tik...tok...tik...tok...

Bunyi apakah itu?haa..bunyi menda ni la.


Ala macam tak penah dengar pulak kalau tengah-tengah sunyi sepi..yang kedengaran mesti bunyi jam dinding *bagi yang pakai jam digital tuh.sila buat-buat paham*

Jam kt laptop ku sekarang ni dah 3.42 petang..
Lagi sejam lima belas minit nak ke kelas MED (Mechanical Engineering Design) bagi mengakhiri kelas harini..

Harini dah 3 March 2011...
Lagi 1 minggu mau pulang ke rumah bercuti dengan keluarga walau 4 hari cuma..

Lagi 2 minggu nak bertanding nasyid tapi lagu tak finalize lagi..

Lagi 2 bulan nak habes semester pertama tahun akhir ni...

Lagi 3 semester nak menggenggam segulung ijazah insyaAllah

Lagi 3 semester jugak nak mula mencari rezeki untuk diri dan masa depan

Tapi kan..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat Hari Kiamat itu tiba...

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita akan kembali menghadapNya..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita akan bertemu jodoh kita *bagi yang belom ketemu la*..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita mampu berjalan seperti sekarang..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita mampu makan dengan tangan..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita mampu tidur dengan lena..

Kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita mampu melihat dengan mata..

Dan kita tak taw lagi berapa tahun, bulan, minggu, hari, jam mahupun saat kita dapat menyembah yang Esa..

Banyak btol kan ketidak pastian dalam hidup ni..tapi masa tetap berjalan tik tok tik tok meninggalkan kita. Mengapa Allah tidak memberi khabar tentang bilakah Hari Kiamat itu?Mengapa ramai saudara Islam kita dibunuh kejam dan hidup dalam kesengsaraan??Mengapa ada yang dilahirkan cacat??Mengapa?

Sebabnya Allah itu Maha Adil. Setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah tidak mengkhabarkan Hari Kiamat itu bila kerana Dia nak uji hambaNya supaya berlumba-lumba mengejar syurgaNya tak kira masa. Adil lah kan? Kalau kita tak bersedia mana mungkin kita layak masok syurga. Goyang-goyang kaki bila nak dapat pahala kn. Saudara-saudara kita yang dalam kesusahan dihimpit kekejaman musuh Islam itu pula Allah uji dengan ujian yang amat besar tetapi ganjaran syahid dan keperitan yang dilalui demi Allah itu lebih besar. Adil lah kn? Saudara-saudara kita yang dilahirkan cacat diuji Allah supaya berusaha untuk berjaya didalam kehidupan dan akhirat seperti orang normal. Kesusahan dan kepayahan mereka itu ganjaran nya sangat-sangat besar di akhirat kelak. Adil lah kn? Mungkin kita pn bakal ditarik segala nikmat yang kita ada kalau Allah nak uji kita. Ketidak pastian ini yang patot membuatkan kita bersyukur atas segala benda yang terjadi pada kita. Allah masih memberi kita masa untuk bernafas sampai ke ketika ini. Bila-bila masa saja boleh ditarik nyawa.

Oleh itu, jom-jom gunakan masa yang ada walaupun kita tak pasti sampai bila kita ada, untuk memperbaiki diri. Ingatlah kawan-kawan bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji hambaNya kerana Allah tahu hambaNya itu mampu untuk menghadapi ujianNya. Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu limit setiap hambaNya itu. Sebab tu ujian setiap orang berbeza-beza. Dan ujian Allah itu adalah tanda sayangNya kepada hambaNya supaya kita selalu ingat kepada Nya. Sedangkan Rasulallah kekasih Allah pun diuji dengan banyaknya, kita ni hamba biasa mestila kena uji jugak kn.

tik...tok...tik...tok...tik....tok...

Bunyi tu tak kan pernah berhenti sebab masa tak pernah menunggu kita *berhenti jugakla kalau bateri habes*
Okeh. Tinggal setengah jam lagi kelas nak start. Mau siap-siapkan diri..sekian~

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi orang mukmin yang beriman dan beramal soleh, dan saling nasihat-menasihati supaya berpegang pada kebenaran dan kesabaran"
~Surah Al-`Asr~

2 pengasah pensel:

cikminn berkata...

tik tok tik tok...

Zakuan Ahmad berkata...

ni knpem pakai jam dinding ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...