Isnin, 21 Mac 2011

tulisan 12 : hampa tera loghat kedah dak?




Hampa rasa hampa tera?

Hampa tengok kat bawah ni ada list vocabulary loghat Kedah dengan example lagi tuh. Cubala torai test cakap Kedah sat kalo hampa betoi-betoi tera. Penulis memang da tera sebab kampung kat Kedah. Hampa jangan duk buat lupa segala dengung dgn harakat dia nooo~Bagi yang da tera tuh, ni kira revision laa. Tegeliat lidah pun tegeliat la. 

Vocabulary Loghat Kedah

Meqhenin - tegang/cekang
Perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi



Cemuih - bosan
Cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat (mencurah rasa) depa hari-hari



Menyoqhok - sarapan pagi
Pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi



Menghenyeh - gatai menqhela
Tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu



Ndoi - buaian
Isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia




Cheme - free
Ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin

Beghetoh - berlaga
"Aduih!!Macam mana buleh beghetoh dengan batu besaq gajah ni!!"

Pengkarq - jalan mengengkang sikit
"Chaq tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"




Mandom - lembab/slow,
" Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"







Cunggit - terbalek
"Misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

Pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
"Comei nya anak menakan misai tuh, bermisai jugak"

Heliaq - sapu atau lap
Lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
"Hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai"

Melingkaq - maksud dia tak berapa nak pasti tapi ayat dia macam kt bawah ni
"Tuu dia tengok misai dia dok melingkaq macam ulaq sawa"




Baloq liat - malas
"Heee tengok budak misai tu, dah la tidoq melingkaq, baloq liat lak tu"




Kughuih Kelepiang - teramat kurus
Disebabkan 5 bulan tak makan nasik, habih kughuih kelepiang macam cempiang si misai tuh.





Ceghin - tegak
Rambut si misai ceghin macam bulu landak.





Kawaq - pencuri
"Risau la aku nak pi KL sebab banyak kawaq kat sana"







Melewaq- merayau/melilau
Budak-budak zaman la memang kuat melewaq.



Teqhebeh - lastik
Kepala pengadil habih bdarah krn di teghebeh oleh peyokong kedah yg tak puas ati.



Loqlaq - merepek/perangai ntah apa-apa
"Hang toksah duk buat loqlaq kat sini. Aku tibai satgi!"

Celuih - muat,padan
"Badan besaq kapai mana nak celuih naek keta kancil ni"





Hinggut - goyang 
"Awat pokok tuh duk hinggut-hinggut weh?!!Cabut-cabut!!"



Segan - malu
"Hang duk segan-segan apa.Satgi melepas tuh"





Raba - pemadam
"Mana pi raba aku?mai raba hang sat"




Tegelinchaq - tergelincir
Kaki Maniam lebam lepaih dia tegelinchaq semalam.





Telepaih - tertinggal 
Atan telepaih bas nak balik aloq setaq.

Ketayap - kepiah
"Mahai btoi la ketayap ni. Nak pakai pi masjid ja pun"

Aih ketoi - ais batu
Selori aih ketoi berterabuq kat tengah jalan semalam.

Ghelai - hancur
Habih ghelai kertas ujian Atan kena hujan.

Cukupla tu kot noooo~ Kalo lidah hampa tak tegeliat lagi, hampa memang tera!! Dah bole pi masok minang orang Kedah dah ni. Mai mai promote loghat Kedah. haha~



9 pengasah pensel:

Athirah Ahmad berkata...

okaaaaay. lidah 'klaka' sarawak boleh masok sikit speaking kedah!

kalau exam ni, B aku dapat! *konpiden je kan* hahaha. boleh pass exam dah nih. hahahaha.

Zakuan Ahmad berkata...

hish..sape examiner tuh?msti bayar kn..sptotnye dalam2 area C-..haha

Athirah Ahmad berkata...

pfft!=="

buatlah sekali cmne cara sebot die. *demand lak*. baru bole dapat A! hahahaha.

Zakuan Ahmad berkata...

xde2~nak lebey2 bayor!haha

Athirah berkata...

menarik2!!! sy xtegeliat lidah pon.. mmg dok ckp kt ghumah dr kecik lg.. hahahaha..

Zakuan Ahmad berkata...

tahniah!!mmg da pro da ni..tapi ni loghat kedah taw..bukan penang..penang punya laen pnya plak.

along rufaidah berkata...

nice2!

terkenang balik saat2 intern kt kedah..hehe. lekat jgk la sket2 8 bulan tu.

favourite word kt ofis tu: cheme...
sket2 nk makan cheme..haha.

pastu antara perkataan awal2 yg tidak difahami: nak toyu dak dgn nasi tu?
wah...sbb tak fhm. trus ckp tak nk :P

Zakuan Ahmad berkata...

haha..x penah keluar loghat kedah pn..laen kali ckp ye je..baru taw ape die.ahha

SHERRY SPA AND BEAUTY ( Private Spa) berkata...

Amboii. . Amboii. . . Depa. . Sakan aihh. . Tejuliaq tejuloq lidah cek ni dok pektis. . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...