Jumaat, 11 Mac 2011

tulisan 8 : perginya seorang sahabat

Ya Allah..seorang lagi hambaMu telah Engkau tarik nyawanya..innalillahi wainnailaihiraji'un~

Khairul Hakimi bin Ismail nama beliau..rakan secourse penulis sejak foundation lagi di UTP. Memang mati tu sangat sangat dekat kan..masuk ini dah 4 orang sahabat yang sebaya pergi meninggalkan dunia - tiga pelajar sekelas di UTP dan satu teman sekolah ketika di SMKA Al-Irshad *Al-Fatihah kepada mereka*..Masih muda, masih banyak ilmu untuk dikejar namun Allah lebih sayangkan mereka. Ini keratan akhbar Utusan hari ini


Ya..kami semua ingin pulang ke rumah sempena cuti mid-semester tapi malangnya niat Allahyarham tak kesampaian. Remuk teruk kereta tuh kan. Berita nya bole di baca di sini. Tengok tajuk berita kt bawah tu pun pasal kemalangan maut dua pelajar poli. Muda jugak tuh.

Penulis memang terkejut sangat dengan berita kematian Allahyarham. Tahu pun betol-betol sebelom nak bertolak pulang ke Kedah dalam pukul 2 petang camtuh. Allahyarham meninggal kira-kira jam 11.30 pagi. Dalam hati masa tuh memang berkali-kali berkata "Allah tengah bagi peringatan kat hang tuh supaya hati-hati". Penulis pulak kena drive sebab osmate a.k.a. aseng a.k.a. afif a.k.a. pemilik kereta saket belakang *banyak pulak a.k.a dia*. Macam-macam difikirkan dalam kepala tapi Alhamdulillah selamat sampai ke kampung.

Walaupun tak begitu rapat dengan Allahyarham tapi penulis tahu Allahyarham orang yang sangat baik. Kalau terserempak mesti akan bertegor dan bergurau. Sebak dah ni sebab selalu nampak kt dalam kelas. Lepas ni dah tak nampak dah. Macam mana lah kan perasaan keluarga Allahyarham yang menunggu kepulangannya di rumah. Semoga mereka sabar dan tabah. Sebagai seorang rakan dan saudara se-Islam, penulis mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman lagi terpuji. Sama-samalah kita doakan ya. Kalau bukan kita sapa lagi. Ingatlah bahawa ajal maut kita tu memang dah ditentukan. Cuma jangan mencari maut pulak lah *tobat la wahai mat-mat rempit dan pelumba-pelumba haram sekalian*. Sebab kalau mencari maut itu sama lah dengan membunuh diri dan nerakalah jawapnya kan.

"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." 
~Surah Al-A'araf : 34~

Dalam kesedihan menerima berita buruk ni, Alhamdulillah penulis ada terima berita baek jugak sebaik sebelom bertolak pulang semalam. Penulis ada terima satu panggilan daripada senior sekolah. Penulis telah menerima satu lamaran *ingat pompuan ja ka boleh dilamar?*.Lamaran apa? Haa..yang itu nanti lah penulis ceritakan bila sudah mendapat kepastian. Sekian~



4 pengasah pensel:

Athirah Ahmad berkata...

alhamdulillah. selamat smpai jugak korang kt kpg halaman masing2.

hepi holss yaa! ingat2 lah kami yg tak balek nih! sob3.

[Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi menghadap Ilahi]

Zakuan Ahmad berkata...

alhamdulillah..

ala.taun lpas da 8 bulan menyemak kt umah kn.ckup la tuh..

al-fatihah~

fatin hilmi berkata...

al-fatihah utk arwah..

smoga arwah ditempatkn bersama org2 yg soleh..

lpas nie giliran kita lak.. cuma x tahu bila..

Zakuan Ahmad berkata...

itulah..bila2 ja kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...