kelihatan jembalang-jembalang durian sedang posing meratah durian *imej kabur akibat paranormal activity* |
Hachumm!!Haih..sampai terbersin-bersin makan durian tadi..selsema da ni.
Alhamdulillah kempunan da ilang. Kami bebudak V5E-tgkat atas langit-umah no.3 selesai memerot enam bijik durian yang konpom menjilat ibu jari jiran-jiran umah sebelah *ibu jari apa?itu yang kita takmau taw*. Sedap hoitt!!
Memang durian ni makanan feveret penulis bila sampai musim dia. Tapi nasib baik musim durian ni bukan macam musim salji. Kalau tak jenuh la berdarah-darah kepala tiap-tiap ari *buah durian jatuh macam salji*. Haha. Tau-tau ja musim durian da mai, Isnin baru ni penulis dengan osmate terus pegi carik kat pasar UiTM Seri Iskandar. Tapi minggu lopaih 3 bijik ja. Ada ulat pulak tuh *yang ada ulat tu yang paling sedap tuh*. So, tak berapa nak syiokkk~
Arini pulok, osmate penulis kuar carik kat pasar rabu. Buah die, pergghhhh wa cakap lu!! Marvelous!! Masa nak bukak buah tuh, bole pulak si Reza *osmate* cakap kat J *osmate jugak* yang tengah mandi.
" Oi J!! Cepat!! dah tinggal tulang da ni!! " (-.-") *sungguh motipp di situ*
nampak tak bebudak ni amek isi durian dengan kelajuan cahaya *baru ja bukak tuh* |
hantu-hantu durian |
mayat-mayat durian bergelimpangan |
Hampa yang kuat makan durian mesti mengidam-ngidam gak kan?? Tunggu apa lagi?! Jangan tunggu-tunggu dah. Durian takkan menunggu anda!! Jadi, dengan ini beta isytiharkan kepada para peminat tegar durian-durian sedunia, Kite bako jeee!!!
p/s : Panas da badan. Tolongla ujan lebat lagi malam ni.
0 pengasah pensel:
Catat Ulasan