Ahad, 27 Mac 2011

tulisan 14 : INSAFF dalam kenangan

Insaff 2011
Insaff di Shabu-Shabu (2010)
Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum!!
Alhamdulillah^^, setelah berpenat lelah bertungkus lumus berbungkus nasik *bungkus nasik??*, berakhirnya sudah Final Malam Inspirasi Seni UTP 2011. Apakah Malam Inspirasi Seni (MIS) ini? Haa..bagi yang tak tahu tuh *mesti bukan budak UTP ni*, MIS ini merupakan malam di mana para penasyid tegar di UTP berentap merebut kejuaraan *ya, penulis kaki nasyid.harap maklum*. MIS kali ini merupakan edisi ke 4 bagi penulis dan Alhamdulillah 4 tahun berturut-turut berjaya bersama-sama sahabat sekumpulan ke final.

Kumpulan yang dimaksudkan penulis tak lain dan tak bukan adalah INSAFF!!! *da tulis besaq2 da kat tajuk post tuh*. Memang terlalu banyak kenangan yang akan sentiasa berada di dalam ingatan penulis sepanjang bersama kumpulan ini. Tirai MIS tahun ini dilabuhkan dengan juara dimiliki oleh kumpulan All For Ummah *memang hebat team ni!!* diikuti dengan kumpulan SIFU *wachaaa!!!* yang bersahaja dan INSAFF di tempat ketiga. Tahun lepas dapat tempat kedua. Dua tahun lepas pulak tempat pertama. Logik la kan kan kan? Haha.

Kumpulan Inspirasi dan Islamica (2010)
Insaff 2010
Nak dijadikan cerita *cecita cecita*, penulis pertama kali masuk group INSAFF ini ketika masih setahun jagung lagi di UTP. Masa tu baru foundation second semester *2007*. Masa foundation first semester, MIS edisi 2007 telah berlangsung tetapi penulis belom berpeluang menyertai atau menubuhkan group nasyid *carik-carik orang x jumpa-jumpa*. Ingat lagi, MIS 2007 tuh berlangsung masa penulis perlu menghadiri majlis graduasi SMKA Al-Irshad *memang tak dapat la nak nolong*. Jadi, dalam sedar tak sedar, penulis pun join group INSAFF ni yang rata-rata nya pada masa tuh di anggotai oleh abang-abang senior. Penulis join INSAFF sekali dengan rumate penulis masa tuh iaitu Zulhasri dan member sebatch, Hafiz atau panggilan manjenye , Apek *manje la sangat*. Tak lupa jugak kepada member sebatch yang dah awal-awal lagi masok INSAFF ni, Bobo dan Hamzah *president MPP skang tuh*. First persembahan penulis adalah sempena ConvoFair pada tahun 2007 tuh. Lepas tuh *banyak plak tuh*, mulalah episod perjuangan penulis bersama INSAFF sampaila ke malam ni *cewahh..berepisod-episod plak*. Sepanjang 4 tahun *dari 2008 smpai 2011*, selain daripada berentap di MIS, INSAFF jugak banyak dijemput melakukan persembahan di dalam dan luar UTP.

Memang banyak pengalaman yang ditimba. Memang banyak jugaklah kenangan yang akan disimpan InsyaAllah. Tak sangka tup tup dah final year kan. Cepat sungguh masa ni. Takdak nak RnR kejap ka. Apa-apa pun penulis sangat bersyukur diberi kudrat olehNya untuk terus berjuang dalam bidang nasyid sampai ke hari ini. Terima kasih jugak kepada penyokong yang tiap-tiap tahun tak jemu-jemu terseksa mendengar suara sumbang kami *hahaha*. Terima kasih banyak-banyak!!!

Inspirasi beraksi!! (2010)
No 2 pun tetap happy!! (Insaff 2010)
berposing sebelom berentap (Insaff 2010)
kami bukan juara..pinjam ja tuh.haha (Insaff 2011)
bergambar dengan adik amira (anak abang Mua'adz)
Begitulah berakhirnya perjuangan penulis bersama INSAFF untuk MIS UTP. Lepas ni ada persembahan pulak sempena konsert amal Palestin yang dianjurkan oleh pihak Tronoh Theatre Shop di bulan April. Lepas tuh? Ntahla. Yang pasti penulis ada rancangan sendiri dalam bidang ini di masa depan. Doa-doa kanlah ya!! Sebelom mengakhiri tulisan ni..Nak share satu lagu khas nyanyian encik pensel yang sumbang ini.

MIS tadi telah menjemput seorang artis nasyid tanah air, abang Mu'adz *comel giler anak beliau* untuk menghiburkan para tetamu seketika dan beliau telah menyanyikan satu lagu yang bertemakan hijrah. Sekarang terimalah lagu bertemakan hijrah daripada encik pensel pulak *cover song sbenornya by devotees*.

Hijrah Menuju Allah - Encik Pensel



P/s : Seperti biasa.Jangan komen.Haha~





4 pengasah pensel:

Athirah berkata...

apapun tahniah... :)
(xtaw nk komen ap.. da suh komen, komen ja la)

Zakuan Ahmad berkata...

haha..bgos btoi junior ni.thanx!

pESAwah berkata...

ok sedap boleh makan2 <--Hijrah ok :D

Zakuan Ahmad berkata...

haha..kan da cakap jgn komen!!thnx btw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...